SK St. Anne, Sarikei



1.    Terangkan tentang sejarah penubuhan sekolah, cogan kata, visi dan misi sekolah serta maksud warna dan simbol pada lencana dan bendera sekolah.

Nama asal SK St. Anne, Sarikei ialah Sekolah Rendah St Anthony (St. Anthony Primary School) dan terletak di tapak Sekolah Menengah Bantuan St Anthony sekarang ini.  Sekolah Rendah St Anthony ditubuhkan oleh mendiang Rev. Father Ching Ting Huong pada tahun 1936 dan ditadbir oleh Mubaligh Katolik.  Beberapa tahun kemudian sekolah tersebut telah membuka kelas-kelas menengah iaitu tingkatan 1, 2 dan 3.  Dengan itu sekolah rendah dan sekolah menengah diwujudkan dengan berkongsi bangunan.  Bahasa pengantar pada masa itu ialah bahasa Inggeris manakala sekolah rendah dalam aliran bahasa Cina diadakan pada waktu petang.

Mulai tahun 1941, pentadbiran sekolah ini ditutup selama 3 tahun 8 bulan atas sebab Sarawak ditakluki dan diperintah oleh tentera Jepun.  Tamatnya pemerintahan Jepun, sekolah ini dibuka emula dan berkembang maju dengan kelas tingkatan 4 pada tahun 1960 oleh mendiang Rev. Father Rottinghuis yang merupakan pengetua pada masa itu.

Pada tahun 1967, Sekolah Rendah St. Antony dipisahkan daripada Sekolah Menengah Bantuan St. Anthony atas cadangan Rev. Father Rottinghuis.  Oleh itu, bangunan sekolah rendah in mula dibina pada tahun yang sama di satu kawasan yang berhampiran dengan gereja St. Anthony.  Pada tahun 1960, nama sekolah tersebut telah ditukar kepada St. Anne Primary School dan guru besarnya yang pertama ialah Rev. Mother Angela Goh.

Sejarah awal sekolah ini diketuai dan diuruskan oleh beberapa orang paderi Katholik yang datang dari negara Eropah seperti Rev. Father Mo Hugh, Rev. Father Rottinghuis, Rev. Father Ahem, dan Rev. Father Mogan. 

Sejak penubuhannya sekolah ini telah mendidik ramai murid dan dalam kalangan mereka kini menjadi orang kenamaan.  Antaranya ialah datuk Chong Siew Fai, Hakim Besar Borneo dan Tuan Yang Dipertua Negeri Sarawak Allahyaham Tun Abang Haji Openg.  Allahyaham merupakan bakas murid di sekolah itu pada wakti sebelum Perang dunia Kedua.

Bangunan-bangunan baru sekolah sama ada sementara atau yang kekal dibina banyak kali untuk menambahkan bilangan bilik darjah bagi menampung bilangan murid yang semakin bertambah. Umpamanya, bangunan sekolah induk disambung sebanyak dua kali iaitu pada tahun 1974 dan 1978. Pada tahun 1978, sebuah sekolah 3 tingkat (6 bilik darjah) dibina oleh Guru Besar Encik Teng Pang Yu. Kemudian pada tahun 1994, bangunan tersebut disambung lagi untuk menambahkan 2 bilik darjah, 2 bilik makmal sains, sebuah bilik perpustakaan dan sebuah bilik computer. Sekolah ini juga mempunyai sebuah stadium yang dibina pada tahun 1982 atas usaha guru besar kedua iaitu Rev. Sister Adriana Tiong. Stadium ini pernah digunakan untuk pertandingan Bola Tampar Sukma pada tahun 1992.

Sekolah Kebangsaan St. Anne pernah dilawati oleh beberapa orang kenamaan termasuk Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Dato Mohamad Murad pada 14 April 1984, Pengarah Bahagian Teknologi, Pn Sri Hafsah Haji Nasir pada 2 Mac 1985, Menteri Sains Teknologi dan Alam Sekitar Malaysia, Datuk Law Hieng Ding dan Menteri Muda Alam Sekitar dan Industri Pemakanan Sarawak, Datuk David Teng Lung Chi.

            Sepanjang usia lebih dari 30 tahun ini, Sekolah Kebangsaan St. Anne telah melahirkan ramai murid yang terkenal. Antara bekas murid yang terkenal adalah seperti Dr. Wong Koh Ping, Dr. Lei Chang Moh dan Dr. Wong Ching King.

SK St. Anne merupakan sebuah sekolah dalam kategori sekolah bandar jenis Gred A.  Sistem pengurusanya yang teratur, berkesan dan proaktif telah menjadikan sekolah ini mengalami banyak perubahan yang memberansangkan serta menggalakkan.  Pencapaian prestasi sekolah ini sentiasa cemerlang dan mengkagumkan sama ada dalam bidang kurikulum, kokurikulum, disiplin, sahsiah murid dan juga prasarana sekolah.  Pencapaian prestasi SK St. Anne yang membanggakan ini adalah hasil kerjasama dan komitmen semua warga sekolah di samping sokongan yang padu dari pihak Lembaga Pengurusan Sekolah, PIBG sekolah, Wakil-wakil rakyat tempatan, Ketua-ketua jabatan dan ketua-ketua masyarakat setempat.

Walaupun SK St. Anne merupakan sebuah sekolah bandar dan menghadapi pelbagai masalah dan halangan dalam mengharungi arus pembangunan pendidikan yang sejajar dengan matlamat dan objektif Pendidikan Kebangsaan tetapi warga sekolah ini tetap komited dan bekerjasama dalam merealisasikan matlamat yang telah ditetapkan.  Dalam meralisasikan wawasan sekolah ini, warga SK St. Anne sentiasa berpegang kepada visi, misi, motto dan slogan sekolah serta berusaha memenuhi tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Pendek kata, SK St. Anne yang terletak di sebuah tempat berdekatan dengan Sungai Rajang mampu memiliki dan memenuhi ciri-ciri ‘Sekolah Gemilang’ berkat perancangan dan pengurusan yang teratur dan penuh dedikasi, komitmen yang ditunjukkan oleh semua warga sekolah, sokongan padu pihak Lembaga Pengurusan Sekolah dan PIBG serta sumbangan dan sokongan daripada Pejabat Pelajaran Daerah Sarikei, Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak, Kementerian Pelajaran Malaysia, wakil-wakil rakyat dan masyarakat tempatan di bahagian Sarikei.

Visi sekolah ini ialah Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera, manakala misi sekolah ini pula Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan  Potensi Individu Bagi Memebuhi Aspirasi Negara. Motto pula Non Scholae Sed Vitae.

Matlamat Sekolah Kebangsaan St Anne, Sarikei adalah berusaha dan komited memastikan kurikulum dan kokurikulum cemerlang, sahsiah dan disiplin terpuji, persekitaran yang kondusif, pentadbiran dan pengurusan yang telus dan dibantu hubungan komuniti yang erat.
            Akhir sekali adalah logo sekolah di mana yang berwarna biru melambangkan perpaduan dan keharmonian masyarakat SKSAS, warna Kuning melambangkan kesetiaan dan kepatuhan kepada semua undang-undang dan peraturan, warna merah melambangkan keberanian dan kecekalan serta semangat waja untuk mencapai cita-cita, warna putih melambangkan kesucian dan keluhuran budi warga SKSAS, obor melambangkan semangat yang membakar dalam ciri setiap anggota warga SKSAS untuk mencapai kegemilangan kokurikulum, simbol buku pula mementingkan pencapaian dan kecemerlangan akademik dan alat sains melambangkan warga sekolah mementingkan sains dan teknologi. Maksud keseluruhan lencana adalah melambangkan sekolah ini menuntut murid mencapai keseimbangan dalam mengikut perkembangan sains dan teknologi.  Pendidikan juga adalah untuk seumur hidup mementingkan nilai-nilai murni. Motto sekolah pula ialah Non Scholae Sed Vitae membawa maksud pendidikan untuk seumur hidup.


            Kesimpulannya, sekolah ini mempunyai keistimewaannya yang tersendiri di mana sekolah ini adalah ditadbir oleh Mubaligh Katolik. Selain itu, logo yang digunakan mempunyai makna-makna yang tertentu di mana ia dapat melahirkan perasaan bangga terhadap sekolah dalam kalangan pelajar. Hal ini kerana sekolah ini banyak melahirkan murid yang berjaya dalam hidupnya. Contohnya datuk Chong Siew Fai, Hakim Besar Borneo dan Tuan Yang Dipertua Negeri Sarawak Allahyaham Tun Abang Haji Openg. Justeru, sekolah ini merupakan sebuah institusi yang dapat dibanggakan kerana banyak melahirkan insan-insan yang berjaya dalam kehidupan.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhlD_3tpVUOAS_bYyoK9NrPIfLIncShyI0ov0mJYqBwFD9RLSN7CL13KqIIUFmCiGJgOlZYwbRQPsyVztgSKy3MIkS4DT5LCgqwRfGJu6RRm70j3V6hpfDDeZ2Loify1NUy3DWs1x2HPBWf/s400/Logo+St.+Anne.png
Rajah 1: Logo Sekolah
2.0       Program berimpak tinggi
SK St Anne Sarikei mempunyai beberapa program yang berimpak tinggi yang boleh dibahagikan kepada dua secara umumnya. Pertama ialah bahagian kurikulum dan yang kedua kokurikulum. Bahagian kurikulum bertumpu kepada akademik murid-murid sendiri terutamanya murid-murid tahun 6. Pengambilan murid-murid tahun 1 adalah daripada Prasekolah St Anne berdasarkan beberapa kriteria yang telah ditetapkan. Jadi disini wujud kawalan kualiti murid-murid yang diambil. Sewaktu pengambilan murid-murid tahun 1 juga pihak sekolah membuat permuafakatan dengan ibu bapa bagi memastikan ibu bapa sentiasa peka dan tahu perjalanan perkembangan sekolah di samping mengetahui perkembangan anak mereka sendiri.

Selain itu, pihak sekolah turut mengikuti program semasa daripada Kementerian Pendidikan Malaysia seperti LINUS. Ini bagi mengenalpasti murid-murid yang menghadapi masalah dalam membaca, mengira dan menulis seterusnya membantu mereka mengatasi masalah tersebut. Hasilnya semua murid mesti melepasi konstruk yang ditetapkan. Selepas tahun 3 murid-murid tersebut sepatutnya tidak menghadapi masalah yang sama lagi. setiap darjah mempunyai 4 buah kelas. Semua murid dalam sesebuah darjah akan ditempatkan mengikut pencapaian masing-masing. Sekiranya keputusan mereka baik akan ditempatkan di kelas yang hadapan. Begitu juga sebaliknya.

Apabila mereka naik ke tahun 4, 5 dan 6 diwujudkan program yang dikenali sebagai Kelas Maju. Program ini khusus untuk murid-murid di kelas hujung yang agak kurang dalam pencapaian akademik mereka. Mereka akan diberikan bimbingan agar dapat mencapai kejayaan sama seperti rakan-rakan mereka. Kemudian diwujudkan pula program bimbingan rakan sebaya. Program ini membolehkan murid yang cemerlang dalam akademik membimbing rakan mereka yang kurang cemerlang subjek tertentu sehingga pandai. Bimbingan rakan sebaya dijalanakan pada awal pagi sebelum masuk dan semasa rehat. Oleh sebab itu, jika diperhati di sekitar kawasan sekolah diadakan sudut-sudut bacaan dan gazebo yang digunakan bagi tujuan bimbingan rakan sebaya. Kadangkala masa-masa tersebut digunakan juga untuk menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh guru. Rasionalnya adalah rakan sebaya adalah orang yang hampir dengan murid dan mudah untuk dicari. Pada peringkat kanak-kanak juga mereka suka mencari kawan-kawan dan cuba menyelesaikan masalah bersama.

Tambahan pula, khusus bagi tahun 6 yang akan menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) mereka mempunyai program keluarga angkat. Seorang guru akan mengambil 6 orang murid untuk dibimbing sehabis baik. Setiap petang selam sejam setengah akan ada sesi bimbingan bermula daripada jam 1.00 petang. Kadangkala ada guru yang membawa murid balik ke rumah atau murid sendiri yang datang ke rumah guru bagi mendapatkan bimbingan. Ini akan merapatkan lagi hubungan guru-murid dan mempu meningkatkan motivasi murid-murid. Tidak ketinggalan juga program motivasi untuk murid-murid tahun 6. Seperti biasa bertujuan meningkatkan semangat mereka dan memastikan mereka bersedia menghadapi UPSR.

Walaubagaimanapun, terdapat juga ibu bapa yang mengadu dan memberi respon yang kurang memberangsangkan terhadap program yang dilaksanakan oleh sekolah. Ini biasa terjadi terhadap murid tahun 6 yang mempunyai ibu bapa yang bekerjaya. Ibu bapa mereka terpaksa berkejar untuk mengambil anak mereka dan terus balik ke pejabat. Program yang dijalankan selepas jam 2.00 petang akan mengganggu masa ibubapa bekerja. Sungguhpun wujud tentangan, tetapi ia tidak menjejaskan program yang dijalankan dan berkat permuafakatan dan perbincangan antara ibu bapa dan guru berjaya menyelesaikan masalah yang timbul.

Daripada segi penglibatan murid pula ia amat memberangsangkan. Jadi tidak hairanlah keputusan UPSR SK St Anne sentiasa berada pada tahap yang cemerlang. Warga sekolah sudah semestinya memberikan sokongan padu terhadap setiap program yang dijalankan. Antara kejayaan SK St Anne ialah Anugerah Sekolah Cemerlang Peringkat Kebangsaan 2007, Keputusan UPSR Terbaik Peringkat Negeri Sarawak 2012, Tempat Ke-3 Public Speaking Peringkat Negeri dan Naib Johan Story Telling Peringkat Kebangsaan.

SK St Anne bukan sahaja cemerlang dalam akademik tetapi juga kokurikulum. Ini adalah hasil usaha guru-guru dan murid-murid yang sanggup menjalani latihan intensif untuk menyertai mana-mana pertandingan. Guru-guru SK St Anne juga banyak yang berbakat dalam bidang masing-masing. Misalnya Cikgu Shukri yang merupakan seorang guru tari yang pernah memberi khidmat di IPG Kampus Rajang dalam Kursus Tarian 2014. Antara kejayaan yang pernah dirangkul SK St Anne ialah Tempat Ke-3   pertandingan Action Song Peringkat Negeri, Naib Johan Pertandingan Bercerita Sains dalam Bahasa Inggeris dan Johan Pertandingan Tarian Peringkat Bahagian.

3.         Menilai dan memberi justifikasi tentang keberkesanan usaha-usaha untuk mengekalkan keberishan dan keindahan sekolah.

Pada 19 Ogos dan 26 Ogos 2014, saya dan ahli kumpulan saya yang terdiri daripada Abd. Jumarey, Hafizuddin dan Kashfan telah pergi ke SK St Anne, Sarikei untuk menjalankan kajian yang disebut sebagai Pembelajaran Berasaskan Projek. Terdapat empat soalan unit yang harus diselesaikan. Saya berpeluang untuk mencari maklumat mengenai keberkesanan usaha-usaha pihak sekolah dalam mengekalkan kebersihan dan keindahan sekolah.

            Terdapat pelbagai aktiviti kebersihan yang dilakukan oleh pihak sekolah. Antaranya ialah gotong-royong harian. Gotong-royong ini melibatkan murid untuk mengutip sampah setiap kali melihat sampah di kawansan sekolah. Murid tersebut akan memungut dan membuangkanya ke dalam tong sampah. Hal ini bertujuan untuk menjamin kelangsungan dan kebersihan kawasan sekolah setiap masa. Selain itu, pihak sekolah juga ada menjalankan pertandingan kebersihan dan keceriaan kelas sepanjang tahun semasa sesi persekolahan. Markah akan dipungut berdasarkan kebersihan bulanan. Bagi kelas yang tercorot dari segi penilaian pula, murid-murid dalam kelas tersebut akan diberikan hukuman untuk membersihkan kelas. Bukan itu sahaja, pihak sekolah juga ada menjalankan program Kitar Semula. Program ini dijalankan melalui Kelab Pencinta Alam Sekitar (PALS).

            Setiap aktiviti yang dijalankan oleh pihak sekolah seharusnya mendapatkan penglibatan yang memberangsangkan daripada murid-murid. Oleh itu, setiap aktiviti yang dijalankan oleh pihak sekolah terutamanya dalam mengekalkan kebersihan dan keindahan sekolah juga berada dalam tahap memberangsangkan. Hal ini kerana pihak sekolah memberikan maklumat dan promosi yang secukpnya agar murid mampu melibatkan diri secara aktif. Guru-guru juga tegas terhadap murid-murid setiap kali menjalankan program ini.

            Kebanyakan aktiviti ini mampu mengekalkan kebersihan dan keindahan sekolah. Hal ini kerana setiap aktiviti ini memfokuskan kebersihan dan keindahan sekolah secara mutlak. Kebersihan dapat di bentuk dengan program gotong-royong dan kebersihan kelas. Manakala, keindahan sekolah pula dibentuk melalui aktiviti yang dijalankan oleh Kelab Pencinta Alam Sekitar. Menurut Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, aktiviti kebersihan yang dijalankan secara berterusan sememangnya mampu mengekalkan kebersihan dan keindahan sekolah.

            Apabila melibatkan aktiviti sekolah, sememangnya terdapat pelbagai reaksi pihak yang terlibat terhadap aktiviti yang dijalankan. Setiap aktiviti yang dijalankan mempunyai tahapnya tersendiri iaitu sebelum, semasa dan selepas. Sebelum pelaksanaan, pihak sekolah telah membuat mesyuarat dan menghasilkan kertas kerja untuk melaksanakan program ini. Banyak perkara yang perlu dilakukan. Oleh itu, komitmen pelaksana program seharusnya lebih tinggi agar program ini Berjaya dijalankan. Semasa tahap semasa program pula, aktiviti ini mendapat reaksi yang pelbagai terutama dalam kalangan murid-murid. Bagi murid yang didedahkan dengan kebersihan daripada rumah, program ini bukannya sesuatu yang baru bagi mereka. Manakala, bagi murid yang suka membuang sampah dan tidak mementingkan kebersihan berasa tidak selesa dengan program yang dijalankan oleh pihak sekolah. Hal ini kerana terdapat murid-murid yang gemar membuang sampah merata-rata tempat. Perlakuan ini disebabkan daripada factor pembawaan daripada rumah lagi. Namun begitu, aktiviti ini dapat membentuk reaksi mereka ke arah yang lebih positif kerana kebersihan dan keindahan sekolah sememangnya membawa kepada keselesaan dan suasana yang kondusif yang sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran murid-murid.

            Sekiranya ingin menjadi sekolah yang disanjungi dan menjadi sekolah kebanggaan kepada seluruh warga sekolah, sudah pasti akademik dan ko-kurikulum bukanlah aspek utama yang dinilai. Hal ini kerana kebersihan dan keindahan sekolah juga menjadi keutamaan untuk menjadi sekolah yang layak dibanggakan. Bukan sahaja melalui pelaksanaan aktiviti, tetapi harus mempunyai kertas kerja, dokumetasi yang mantap serta dibentangkan dan mempunyai hasil daripada aktiviti dan program yang dijalankan. Perkara yang paling utama ialah sekolah harus mendapat pengiktirafan daripada Pegawai Pelajaran Daerah dan juga diperingkat kebangsaan. Perkara sebegini akan mampu menjadikan sekolah St. Anne ini sebagai salah sebuah sekolah yang dibanggakan.

4.0       Sekolah Sebagai Institusi Pendidikan Yang Perlu Dibanggakan
Pentas terbaik anak-anak kita menimbah ilmu yang tidak ternilai ialah sekolah. Sekolah yang kami pilih adalah Sekolah Kebangsaan Saint Anne, Sarikei. Sekolah rendah adalah tempat pendidikan awal anak-anak secara formal. Di sekolah bermulanya pembinaan peribadi dan kecemerlangan seseorang pelajar. Sekolah juga ialah platform terbaik seseorang individu mengorak langkah bagi mengisi otaknya bagi mengatasi segala onak dan duri yang bakal menimpa kelak. Kerajaan negara kita yang berprihatin senantiasa mengambil inisiatif yang tidak terhingga bagi mewujudkan sekolah yang sesuai bagi pendidikan anak-anak kita. Pada zaman moden ini, sekolah menyediakan pelbagai kemudahan dan kelengkapan pendidikan yang baik dan sempurna berbanding dengan rumah tangga dan keluarga. Sekolah memainkan peranan penting sebagai agen perubahan sosial, persediaan untuk pengajaran dan pengaliran pengetahuan dan kemahiran.

            Sejak penubuhan sekolah itu ia telah banyak melahirkan modal insan yang berkualiti. Ada yang berkerjaya sebagai pemimpin, berjawatan tinggi di peringkat jabatan kerajaan dan swasta, menjadi usahawan, peniaga serta lain-lain lagi bidang kerja yang mampu dibanggakan. Apa yang lebih membanggakan kita ialah kebanyakan generasi yang mendapatkan didikan di sekolah ini adalah anak orang kampung yang rata-ratanya dari keluarga yang berpendapatan sederhana dan rendah. Antaranya ialah Datuk Chong Siew Fai, Hakim Besar Borneo dan Tuan Yang Dipertua Negeri Sarawak Allahyaham Tun Abang Haji Openg. Allahyaham merupakan bakas murid di sekolah itu pada wakti sebelum Perang dunia Kedua. Bekas murid yang lain adalah seperti Tuan Mohammad Tahjuddin Bin Junaidi (Bekas Residen Bahagian Kuching), Dr. James Balai, Dr. Joseph Yap Ah Ming, Dr. Wong Ching Chaw (PhD), Dr. Yee Chie Sing, Dr. Wong Ching Mung (PhD), Dr. Alex Chung Ching Ming (PhD), Dr. Wong Koh Ping, Dr. Lei Chang Moh, Dr. Wong Ching King dan Dr. Wong Hua Sieh. Sekarang, mereka ini merupakan pemimpin masyarakat di dalam atau di luar negeri Sarawak. Oleh itu, pihak sekolah perlu mengaturkan strategi yang terancang untuk melahirkan pemimpin yang berwibawa. Dalam situasi ini, pihak sekolah perlu menyediakan satu ruang yang kondusif kepada pelajar untuk menonjolkan kepimpinan mereka. Setiap pelajar perlu diberikan peluang untuk menjadi ahli jawatankuasa dalam kelas, persatuan kokurikulum dan pasukan beruniform. 
           
            SK St. Anne merupakan sebuah sekolah dalam kategori sekolah bandar jenis Gred A.  Sistem pengurusanya yang teratur, berkesan dan proaktif telah menjadikan sekolah ini mengalami banyak perubahan yang memberansangkan serta menggalakkan. Warga sekolah juga menampakkan saling bekerjasama dalam melaksanakan sesuatu program. Pencapaian prestasi sekolah ini sentiasa cemerlang dan mengkagumkan sama ada dalam bidang kurikulum, kokurikulum, disiplin, sahsiah murid dan juga prasarana sekolah. Hasil analisis kami di sekolah ini, terdapat peningkatan yang membanggakan dari segi pencapaian prestasi sekolah dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Bermula tahun 2009, calon yang mendapat A seramai 29 orang mencapai 5A. Kemudian pada tahun 2010 sekolah terus menunjukkan peningkatan berikutan 42 orang mencapai 5 A dalam UPSR. Namun pada tahun 2011, sekolah mengalami penurunan dalam pencapaian UPSR iaitu hanya 15 orang sahaja yang mendapat 5A. Sekolah tidak berputus asa dalam melahirkan pelajar cemerlang. Pada tahun 2012, 54 orang calon berjaya memperolehi 5A dalam UPSR.

            Sekolah ini juga turut menyediakan beberapa program pendidikan seperti yang disarankan oleh pihak kerajaan.  Antaranya GeMS – GERAKAN MENJULANGI SARAWAK, MaCS - Strategi Mempertingkatkan Akademik Sekolah Tahun 2013 – 2015 (TOV, OTI, ETR), PPSMI, MBMMBI, TMK, LINUS, PROTIM dan KSSR.  Sekolah ini juga menjalankan banyak program khas untuk akademik. Ini bertujuan untuk membangunkan dan memperkasakan pencapaian akademik pelajar. Kami juga melihat program khas untuk akademik ini berjaya meningkatkan pencapaian akademik pelajar dan dapat kita lihat pada pencapaian UPSR. Antara program yang dilaksanakan adalah Program Ekspres Pagi, Kelas Tambahan / Maju, Kelas Bimbingan, Program Anak Angkat, Program Khas untuk setiap matapelajaran dan Pembimbing Rakan Sebaya. Selain daripada kurikulum, sekolah ini juga mementingkan pencapaian kokurikulum dan penglibatan aktif pelajar dalam bidang kokurikulum. Kemajuan sekolah dalam bidang kokurikulum juga bergerak seiring dengan bidang kurikulum. Banyak atlet-atlet di lahirkan di sekolah ini. Antara program yang dijalankan adalah Latihan Intensif awal pagi / petang, Penggunaan Borang penilaian Kokurikulum, Pemberian Insentif, Latihan berkala dan Sesi Motivasi Kokurikulum.

            Sekolah di Malaysia sudah berusaha sebaik mungkin bagi menjadikan sekolah sebagai institusi pendidikan yang perlu dibanggakan. Kejayaan sebuah sekolah bergantung kepada Misalnya di Sekolah Rendah Saint Anne, telah merancang dan melaksanakan pelbagai inovasi dalam melahirkan pelajar yang boleh dibanggakan sekolah. Kejayaan dan prestasi yang cemerlang dalam UPSR setiap tahun adalah disebabkan perancangan daru segi program, tindakan dan kerjasama oleh semua warga SK St. Anne. Antara perancangan dan program yang dijalankan adalah seperti kelas tambahan atau kelas maju diri untuk murid-murid tahun 6 dari bulan Januari hingga September, gerak gempur UPSR, mantor–mentee UPSR, bengkel kecemerlangan UPSR, english speaking day, english speaking zone, program Nilam, sudut bacaan (setiap blok / bangunan), pondok membaca, sudut Bacaan (setiap kelas) dan piala kecemerlangan murid. Di sekolah ini juga mempunyai guru-guru yang berpengalaman dan pakar dalam subjek serta bidang tertentu. Di sekolah ini juga mempunyai guru bimbingan dan kaunseling yang berpengalaman. Malahan sekolah ini turut memiliki jurulatih utama dlm matapelajaran tertentu seperti Bahasa Cina, tarian, bola keranjang dan pemeriksa  kertas Bahasa Inggeris UPSR.
           
            Saya melihat Sekolah Kebangsaan Saint Anne, Sarikei mampu melahirkan pelajar yang membanggakan sekolah dan masyarakat di Sarikei mahupun di Sarawak. Sekolah ini juga sentiasa menerima anugerah kecemerlangan akademik daripada Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dan Pejabat Pendidikan Daerah Sarikei. Sekolah ini pernah memperoleh banyak anugerah dan menjadi sekolah terbaik di daerah Sarikei. Sekolah ini juga menjadi tumpuan para ibu-bapa untuk menghantar anaknya ke sekolah tersebut. Antara anugerah yang diperolehi adalah anugerah Sekolah Harapan Negara pada tahun 1998 dan anugerah Sekolah Cemerlang pada tahun 2007. Selain itu, sekolah ini juga merupakan johan Sekolah Perintis Pelaksanaan Program Doktor Muda Negeri Sarawak dan calon Sekolah Cemerlang Program Doktor Muda Peringkat Kebangsaan 2006.
           
            Selain itu, Sekolah Kebangsaan Saint Anne, Sarikei  terus menunjukkan peningkatan dari tahun ke tahun. Pelbagai anugerah atau sijil kecemerlangan yang diperolehi dalam tempoh 2010 hingga 2012. Antara anugerah yang menjadi kebanggan Sekolah Kebangsaan Saint Anne adalah Sijil Usaha Gigih Sempena Perayaan Hari Guru Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2011, Sijil Penghargaan Penyertaan dalam Program Pemantauan Kelab Pencinta Alam Sekitar (PALS) NREB Sarawak pada Bulan Februari 2011 dan Sijil Penghargaan di atas Keputusan Cemerlang (Penurunan Gred Purata Sekolah) dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2012. Pencapaian prestasi SK St. Anne yang membanggakan ini adalah hasil kerjasama dan komitmen semua warga sekolah di samping sokongan yang padu dari pihak Lembaga Pengurusan Sekolah, PIBG sekolah, Wakil-wakil rakyat tempatan, Ketua-ketua jabatan dan ketua-ketua masyarakat setempat.

            Sekolah ini bukan sahaja cemerlang dalam bidang kurikulum, malah turut cemerlang dan seimbang dalam bidang kokurikulum. Penglibatan murid dalam ko-kurikulum dapat memupuk perkembangan diri pelajar melalui aspek psikomotor, kogmitif dan efektif. Ini juga dapat mengembangkan bakat, potensi dan minat dalam bidang atau kegiatan yang dipilih. Bidang sukan sangat penting dalam mengoptimumkan kecergasan fizikal murid atau pelajar di sekolah rendah dan menengah. Sekolah ini bukan sekadar di peringkat daerah, malah terus unggul sehingga peringkat bahagian, negeri dan kebangsaan. Pada tahun 2014, Pertandingan tarian sekolah juga berjaya mengharumkan nama sekolah sehingga ke peringkat negeri sarawak. Sekolah ini juga aktif dalam permainan bola tampar sehingga ke peringkat negeri. Pada tahun 2012, Fun Jung Cheng mewakili bola tampar sehingga peringkat kebangsaan. Sekolah ini juga aktif dalam acara olahraga sehingga ke peringkat daerah. Antara atletnya adalah Nickson Renang, Garry Guruh, Adelyn dan sebagainya. Oleh itu, melalui penyertaan sehingga ke peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan mampu mempertingkatkan lagi keupayaan dan pengiktirafan diri pelajar ke arah kecemerlangan.
           
            Terdapat beberapa faktor yang mendorong Sekolah Kebangsaan Saint Anne, Sarikei ini menjadi institusi pendidikan yang perlu dibanggakan. Aspek-aspek tersebut termasuklah kepimpinan, budaya sekolah, ko-kurikulum, guru dan disiplin. Faktor pertama adalah kepimpinan. Guru besar sekolah ini mempunyai semangat yang semangat yang tinggi, sedar akan tanggungjawabnya yang menentukan hala tuju dan matlamat sekolah serta membentuk budaya kerja yang cekap dan seterusnya budaya sekolah yang cemerlang. Hasil pemerhatian kami juga di sekolah ini, guru memainkan peranan sebagai pemimpin, inventor, pengajar, pengurus dan fasilitator kepada pelajar. Guru juga telah merancang dan melaksanakan pelbagai program untuk pembangunan pendidikan sekolah sehingga berjaya melahirkan modal insan yang membanggakan. Pihak sekolah ini juga telah menggunakan segala perbelanjaan yang diberikan oleh kerajaan untuk program latihan kepimpinan seperti kem persatuan, kem badan beruniform, seminar ataupun kursus yang dapat mencungkil bakat kepimpinan pelajar. Sifat kepimpinan yang dipupuk dapat membentuk pelajar yang bertanggungjawab, berfikir waras ketika membuat keputusan dan mempunyai daya tahan fizikal dan mental yang tinggi.

            Faktor yang turut mendorong Sekolah Kebangsaan Saint Anne adalah budaya sekolah. Guru dan pihak sekolah memainkan peranan penting dalam membentuk budaya sekolah. Dari segi fizikal sekolah ini, kebersihan dan keselamatan dipentingkan. Sekolah ini mempunyai suasana sekolah yang selesa, tenteram, mesra, riang di mana proses pengajaran dan pemelajaran boleh dijalankan dengan lancar. Bangunan dan kawasan sekolah yang bersih serta pakaian pelajar yang kemas dan keindahan kawasan sekolah dengan adanya taman bunga atau hiasan lukisan dinding memberikan keselesaan kepada warga sekolah. Malah, langkah-langkah keselamatan juga dititikberatkan di sekolah ini. Dari segi aspek sosial budaya sekolah pula, pelbagai nilai murni dapat dipupuk di kalangan murid. Mural-mural pada dinding dan papan tanda yang mempunyai nilai murni diletakkan di kawasan sekitar sekolah. Unsur intelek dpat dikembangkan melalui budaya sekolah seperti membaca buku, membaca surat khabar dan bahan rujukan luar. Contohnya sekolah telah melaksanakan satu program inovasi kawasan bawah tangga iaitu menyediakan sudut bacaaan. Sekolah juga telah melaksanak program seperti english speaking day dan english speaking zone untuk memperkasakan dan membudayakan penggunaan bahasa inggeris di sekolah ini.

           Pendidikan dan aktiviti kokurikulum adalah berkait rapat kerana ia menentukan corak serta mutu kehidupan individu. Penglibatan murid dalam ko-kurikulum dapat memupuk perkembangan diri pelajar melalui aspek psikomotor, kognitif dan efektif. Ini juga dapat mengembangkan bakat, potensi dan minat dalam bidang atau kegiatan yang dipilih. Perlaksanaan ko-kurikulum di sekolah ini telah meningkatkan penglibatan kerjasama dan sumbangan dua hala antara sekolah dengan ibubapa dan masyarakat setempat. Kesemua ini dapat menyediakan pelajar-pelajar untuk melibatkan diri dalam kegiatan masyarakat dengan penuh keyakinan. Pihak Sekolah kebangsaan Saint Anne, Sarikei telah menitikberatkan perkembangan ko-kurikulum kerana ia memainkan peranan penting dalam perkembangan potensi murid. Di sekolah ini terdapat beberapa orang jurulatih yang mahir dalam bidang tarian dan bola tampar. Jadi, guru telah mempertingkatkan, mencungkil serta memupuk potensi dan kebolehan mereka untuk mengharumkan nama sekolah.  

            Sebenarnya, perkhidmatan seseorang guru adalah amat penting serta diperlukan oleh masyarakat untuk mendidik generasi muda. Guru berperanan melahirkan masyarakat yang berilmu pengetahuan. Kecemerlangan sekolah ini juga banyak dipengaruhi oleh kejayaan guru yang mendidik pelajarnyanya. Hasil pemerhatian kami, guru banyak mendedahkan murid-muridnya kepada ilmu pengetahuan melalui buku atau rujukan serta menerangkan kepada mereka tentang kepentingan ilmu pengetahuan. Malah, guru di Sekolah Kebangsaan Saint Anne, Sarikei juga boleh menceriakan suasana pembelajaran dengan menggunakan cara mengajar atau alat bantu mengajar yang lebih menarik untuk menarik minat membaca murid-murid. Dengan itu, dapatlah murid-murid dipupuk dengan semangat cintai ilmu pengetahuan dan sanggup berusaha untuk memupuk budaya ilmu dan budaya membaca. Cara ini juga membolehkan mereka membentuk fikiran yang luas dan terbuka.

            Faktor disiplin juga mempengaruhi kejayaan sekolah. Di sekolah ini tidak mempunyai masalah disiplin yang besar.  Jika budaya sekolah baik, maka wujudlah disiplin yang baik dalam semua aktiviti pendidikan, iaitu tiada masalah P&P, tiada konflik, tiada pelanggaran disiplin, tiada masalah keceriaan sekolah dan sebagainya. Jadi, pelaksanaan disiplin atau peraturan sekolah adalah penting untuk mewujudkan persekitaran sekolah yang selesa dan harmonis. Sekolah mempunyai suasana disiplin yang teratur tanpa perlu membina peraturan ketat, tenang tanpa penindasan yang secara amnya adalah selesa untuk suasana proses pembelajaran. Kementerian Pelajaran telah bertanggungjawab untuk meningkatkan peranan guru kaunseling dan mengurangkan beban pengajaran kepada guru tersebut. Antara teknik pelaksanaan tindakan disiplin di sekolah ini adalah terpulang kepada guru sama ada dengan nasihat, denda atau menyerahkan kepada guru kaunseling dan guru disiplin. Apa yang pasti sekolah guru memberi perhatian yang serius terhadap masalah disiplin murid dalam membentuk insan yang seimbang dan harmonis.

            Oleh itu, kami yakin bahawa Sk Saint Anne sebagai institusi pendidikan yang perlu dibanggakan dengan pencapaian yang cemerlang dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. Pendek kata, SK St. Anne memenuhi ciri-ciri ‘Sekolah Gemilang’ berkat perancangan dan pengurusan yang teratur dan penuh dedikasi, komitmen yang ditunjukkan oleh semua warga sekolah, sokongan padu pihak Lembaga Pengurusan Sekolah dan PIBG.


Disediakan oleh:
Abd Jumarey bin Mahmud
Emyanex Welly Tugis
Hafizuddin bin Hamdan
Kasyfan bin Alimardah







           


No comments: