Kajian Lapangan Pembelajaran Di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Ming Tee, Meradong

1.0          PENGENALAN
Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP) bermaksud proses pembelajaran yang berfokuskan tugasan amali secara sistematik atau terancang dalam jangka masa yang tertentu. Ia biasanya melibatkan kutipan serta analisis data dan persediaan satu laporan yang betul (Educational Technology Division, 2006: 3). PBP boleh dijalankan secara individu atau secara berkumpulan, mengikut perancangan guru atau mengikut projek yang hendak dijalankan oleh murid. Biasanya, penilaiannya akan dijalankan pada setiap tahap proses sehinggalah ke tahap hasil yang siap.

Antara ciri-ciri PBP ialah, ia adalah satu kaedah yang mengintegrasikan pengetahuan dengan aktiviti. Hal ini kerana aktiviti yang dirancang adalah berasaskan kemahiran, pengetahuan, pengalaman dan kebolehan murid. Pekara yang dirancang juga sesuai dengan murid dan kurikulum yang sedang digunakan murid pada masa tersebut.

Selain itu, interaksi antara guru dan murid juga berupa bimbingan dan perundingan pada setiap tahap proses. Ini kerana guru perlu menjelaskan prosedur pelaksanaan yang lengkap. Proses ini melibatkan pengumpulan bahan, maklumat, data, memproses maklumat dan data, dan pelaporan hasil juga refleksi kendiri.

Untuk PBP yang kami jalankan, kami dikehendaki untuk memilih sebuah sekolah untuk mendapatkan data dan maklumat berkaitan dengan Standard Kandungan 1.3 Sejarah Sekolah dalam DSKP Tahun 4. Untuk itu, kumpulan kami telah memilih SJK (C) Ming Tee sebagai sekolah kajian.
·        
2.0          PENERANGAN TENTANG SEJARAH PENUBUHAN SEKOLAH, COGAN KATA, VISI DAN MISI SEKOLAH SERTA MAKSUD WARNA DAN SIMBOL PADA LENCANA DAN BENDERA SEKOLAH
Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Ming Tee merupakan sekolah yang terletak di daerah Bintangor. Sejarah penubuhan sekolah ini bermula pada tahun 1933 apabila mubaligh-mubaligh Methodist mula masuk ke Sarawak. Kebanyakan gereja yang didirikan pada masa tersebut digunakan sebagai pusat penyebaran pendidikan. Kemudiannya, pada tahun yang sama, Encik Lau Siew Yung telah mohon untuk dijadikan Penolong Gereja untuk gereja yang terletak di Batu 3, Jalan Kelupu, Bintangor. Untuk menubuhkan gereja baru tersebut, beliau dan beberapa orang tempatan telah memberi bantuan termasuk dari segi kewangan. Gereja itu kemudiannya dijadikan bilik darjah dan diberikan nama Sekolah Ming Tee atau ‘Ming Tee Primary School’.

            Pada awal penubuhannya, sekolah ini hanya mempunyai seorang murid. Semakin lama, jumlah muridnya meningkat ke 170 orang. Apabila bangunan gereja tersebut tidak dapat lagi menampung bilangan murid yang semakin bertambah, bangunan baharu telah dibina hasil kutipan derma daripada orang-orang tempatan. Selepas pendudukan Jepun tamat pada tahun 1945, pada tahun 1946, sekolah tersebut diperbaiki semula dan dilengkapkan dengan peralatan-peralatan yang diperlukan. Pada tahun 1949 pula, sekolah ini telah menerima derma daripada sekumpulan mubaligh Methodist sebanyak RM 5000 untuk membina bangunan baru. Bilangan murid pada masa itu ialah 250 orang dan bilangan guru ialah 8 orang.

Pada tahun 1964, sekolah ini telah diambil alih oleh kerajaan. Maka, kebanyakan perbelanjaan sekolah ini adalah ditanggung oleh kerajaan. Pada tahun 1977, 6 buah bilik darjah, sebuah bilik staf dan sebuah kantin telah didirikan. Selain itu, 4 buah tandas lelaki dan 5 buah tandas perempuan yang dibuat daripada simen juga telah dibina. Pada penggal ketiga pada tahun 1986, sebuah bangunan lama telah digantikan dengan bangunan baru yang dibuat daripada setengah kayu dan setengah simen. Bangunan baru tersebut mempunyai sebuah bilik staf, sebuah perpustakaan dan sebuah bilik sumber sekolah. Pada tahun 1991, tingkat bawah bangunan baru yang kosong dibuat bilik pemulihan dan dewan sekolah dan pagar sekolah baru berdawai dibina.

Guru Besar pertama sekolah ini ialah Encik Ting Su Mui. Guru-guru Besar yang seterusnya pula hanya menjawat jawatan sebagai Guru Besar dalam tempoh masa 6 bulan hingga 4 tahun. Pada bulan Ogos 1995, Puan Lee Leh Choo telah ditugaskan untuk menjawat jawatan Guru Besar hingga sekarang. Sepanjang tempoh beliau menjadi guru besar hingga sekarang, pembangunan infrastruktur sekolah giat dilakukan. Antaranya ialah pembinaan bangunan sekolah tiga tingkat (siap pada Julai 2002), pembinaan sebuah stadium berbumbung (siap pada Mac 2004), projek mendirikan pagar bersimen dan pintu gerbang sekolah (siap pada Oktober 2004) dan pembinaan tempat meletak kereta di luar sekolah (2012).

Antara kemudahan lain yang dibangunkan di SJK (C) Ming Tee ialah sekolah ini telah mewujudkan bilik bimbingan dan kaunseling untuk memberi bantuan kepada murid yang memerlukan bantuan, mewujudkan Bilik Operasi untuk melicinkan pengurusan KSSR di SJK (C) Ming Tee, mewujudkan Bilik Pemulihan supaya murid yang memerlukan bantuan khas dalam pembelajaran mempunyai suasana pembelajaran yang kondusif dan selesa dan sekolah ini telah mewujudkan kemudahan ‘wireless’ untuk memudahkan kerja pengurusan dan pentadbiran, serta untuk mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih efektif dan kondusif.
             
            Cogan kata SJK(C) Ming Tee ialah “Sehati Sejiwa Ke Arah Kecemerlangan”. Visi sekolah pula adalah “Organisasi Sekolah Yang Beribawa dan Unggul Serta Bermuafakat Dengan Sehati Sejiwa Dalam Semua Aspek Perkhidmatan Pendidikan”. Misi sekolah pula ialah “Memastikan Pengurusan Semua Aspek Perkhidmatan Pendidikan Di Peringkat Sekolah Yang Melibatkan Semua Warga Sekolah Dilaksanakan Secara Paling Berkesan Dengan Sehati Sejiwa Ke Arah Kecermelangan Untuk Mencapai Matlamat Pendidikan”. Untuk tambahan, sekolah ini mempunyai etos SKJ (C) Ming Tee juga iaitu, “Keutuhan Warga SJK (C) Ming Tee Secara Sehati Sejiwa Ke Arah Kecemerlangan Dalam Aspek Pengurusan Alam Sekitar Yang Mampan Ke Arah Pembangunan Modal Insan Berminda Kelas Pertama Demi Mencapai Matlamat Mewujudkan Sekolah Dalam Taman Bagi Melahirkan Murid Yang Cemerlang, Gemilang Dan Terbilang.”

*Sekolah ini tidak memiliki lencana dan bendera sekolah

3.0          PENJELASAN TENTANG PROGRAM ATAU PROJEK BERIMPAK TINGGI YANG DILAKSANAKAN UNTUK MEMBANGUNKAN KECEMERLANGAN SEKOLAH
Berdasarkan kajian yang dijalankan di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Ming Tee, Meradong, didapati terdapat pelbagai program yang berimpak tinggi dilaksanakan di sekolah tersebut yang sememangnya telah memberi impak yang besar kepada kecemerlangan sekolah. Didapati sekolah ini amat menekankan tentang kesihatan para murid dan kebersihan sekolah. Hal ini kerana program-pogram yang dijalankan berunsurkan kesihatan dan kebersihan sekolah. Sebagai contoh, program Kebersihan Gigi, Sekolah Bebas Dadah, Amalan Pemakanan Yang Sihat, Program Cara Hidup Sihat, Program SERASI dan sebagainya. (sila rujuk lampiran di belakang berkenaan program-program khas sekolah). Selain itu, terdapat juga program yang memfokuskan kepada kecemerlangan akademik murid seperti Program Kad Akses Kendiri yang bertujuan untuk mewujudkan Alat Bantu Mengajar yang berkesan bagi murid di sekolah tersebut. Di samping itu juga, Program Nilam, Program Anak Angkat, Program Bestari dan banyak lagi program yang lain dilaksanakan oleh pihak sekolah bagi memastikan akademik murid akan sentiasa terjaga dan sentiasa mendapat perhatian lebih daripada sekolah. (sila rujuk lampiran di belakang berkenaan dengan program-program sekolah).

Hasil temu bual yang dijalankan bersama pihak sekolah mendapati program yang dijalankan memberi impak yang besar kepada para murid sekolah tersebut. Memandangkan bilangan murid di SJK (C) Ming Tee tidak begitu ramai, maka perlaksanaan program tersebut mendapat kerjasama yang baik daripada murid, guru dan pihak PIBG. Kerjasama yang baik inilah yang telah menyebabkan kecemerlangan sekolah ini dapat ditingkatkan maka tidak hairanlah apabila banyak anugerah-anugerah yang diterima oleh sekolah ini sebagai contoh Anugerah Lestari - Pensijilan Alam Sekitar Peringkat Kebangsaan. Dalam program Sekolah Lestari, sekolah ini telah menghasilkan enzim mereka yang tersendiri. Antara program-program lain yang dijalankan dalam Program Sekolah Lestari ialah Program Seorang Pelajar Sepohon Pokok dimana setiap murid mempunyai sepohon pokok, projek menanam sayur-sayur dan buah-buahan tempatan ditanam di kawasan sekolah dan akhir sekali ialah penghasilan kompos. daripada daun dan batang pokok yang dicantas.

Daripada aspek akademik murid, mulai tahun 2013, pihak sekolah telah melaksanakan Program Sarana Sekolah dan Sarana Ibu bapa dalam pencapaian akademik sekolah dan kokurikulum sekolah. Sarana sekolah menyaran supaya sekolah menjadi penggerak utama dalam meningkatkan penglibatan ibu bapa dalam komuniti dan pembelajaran anak. Semangat kekitaan dan interaksi sesama ibu bapa dengan warga sekolah telah dipupuk dan digalakkan. Perlaksanaan program ini sebenarnya telah mendatangkan faedah kepada murid dan ibu bapa. Dengan melibatkan ibu bapa, keciciran sekolah dapat dielakkan dan murid mempunyai motivasi yang lebih tinggi untuk belajar. Dalam bidang akademik ibu bapa telah bekerjasama dengan pihak sekolah untuk menetapkan sasaran peratusan kuantiti dan kualiti kelulusan Tahun 4, 5 dan 6.

Kecemerlangan sekolah ini dalam aspek alam sekitar, akademik dan kokurikulum mememang tidak dapat dinafikan. Program-program yang lain juga turut memberi impak namun program alam sekitar inilah yang menunjukkan kecemerlangan sekolah yang jelas. Justeru itu, sekolah ini sememangnya mempunyai banyak program-program yang berimpak tinggi serta memberi kecemerlangan kepada sekolah khasnya.

4.0          PENILAIAN DAN JUSTIFIKASI TENTANG KEBERKESANAN USAHA-USAHA UNTUK MENGEKALKAN KEBERSIHAN DAN KEINDAHAN SEKOLAH
Kebersihan dan keindahan sekolah adalah satu aspek penting dalam sekolah. Tidak dinafikan kecemerlangan sekolah ini sebenarnya banyak dibantu oleh aspek alam sekitar sekolah. Hakikatnya SJK(C) Ming Tee cukup terkenal di daerah Sarikei mahupun Bintangor kerana kecemerlangan sekolah ini mengekalkan status sekolah dalam taman. Melangkah kaki ke sekolah ini didapati sekolah sememangnya menggambarkan status yang dipegangnya itu.

Di sekolah ini, terdapat Program Sekolah Lestari. Antara program-program yang dijalankan dalam Program Sekolah Lestari ini ialah Program Seorang Pelajar Sepohon Pokok dimana setiap murid mempunyai sepohon pokok. Tujuan program ini adalah untuk memupuk dan menyemai sikap cinta akan alam sekitar pada murid. Sayur-sayur dan buah-buahan tempatan ditanam di kawasan sekolah. Tujuannya adalah untuk menghijaukan kawasan sekolah dan memupuk sifat jimat cermat di kalangan warga sekolah. Akhir sekali ialah penghasilan kompos. Kompos dihasilkan daripada daun dan batang pokok yang dicantas. Daun dan dahan pokok yang dikumpulkan dalam tong sampah dawai akan dibiarkan berhujan dan berjemuran di bawah matahari. Kemudian, bahan tersebut akan dipijak supaya menjadi padat dan ditutup dengan kain kanvas untuk menjalani proses fermentasi. Selepas 3 hingga 6 bulan, kompos akan terhasil.

Sekolah ini juga terkenal dalam penghasilan enzim. Enzim yang digunakan tersebut adalah bersifat organik malah pihak sekolah menggunakan enzim tersebut di sekitar sekolah sebagai contoh untuk mengurut murid, bahan pencuci dan banyak lagi. Sekolah ini menghasilkan pelbagai jenis enzim yang digunakan dalam sesi persekolahan. Maka tidak hairanlah jika sekolah ini dianugerahkan Anugerah Khas Elemen Khas (Penghasilan Enzim) dalam Program Sekolah Lestari.

            SJK(C) Ming Tee banyak menerima bantuan dan kerjasama daripada pelbagai pihak dalam mengekalkan keindahan dan kebersihan sekolah. Kawasan luar sekolah ini telah diitanam dengan pelbagai pokok palma dan tumbuhan-tumbuhan lain yang menceriakan dan  mengindahkan sekolah. Persekitaran sekolah juga ditanam dengan pelbagai jenis bunga dan ditambah lagi dengan mural-mural dan arca-arca yang berunsurkan alam sekitar. Berdasarkan temu bual, pada tahun 2003 pihak sekolah telah mendapat peruntukan sebanyak RM70 000 untuk projek keceriaan sekolah. Dibawah projek tersebut, kawasan sekolah telah diberikan dua pondok/gazebo , sebuah air terjun buatan, sebuah lorong reflexologi serta ditanami pelbagai pokok bagi menceriakan dan mengindahkan sekolah. Pemandangan yang indah inilah yang menjadi salah satu faktor pendorong untuk menyediakan suasana pengajaran dan pembelajaran yang baik kepada warga pendidik dan murid sekolah tersebut. Berikut merupakan pengiktirafan dan anugerah yang diterima berkenaan dengan kebersihan dan keceriaan sekolah.

TAHUN DIPEROLEHI
PERKARA/ TAJUK ANUGERAH/ PENGIKTIRAFAN
2005
  • Anugerah Sekolah Harapan Negara Peringkat Negeri (Johan)
  • Johan bagi Anugerah Alam Sekolah Rakan Alam Sekitar 2005 Dalam Kategori Kebersihan Dan Keindahan Persekitaran Sekolah (Peringkat Negeri)
2006
  • Anugerah Lestari Peringkat Kebangsaan
  • Sekolah Terbaik Peringkat Negeri
  • Naib Johan Sekolah Harapan Negeri Peringkat Kebangsaan
2007
·         Anugerah Sekolah Cemerlang
2007/2008
  • Pertandingan Serasi Juara Keseluruhan
  • Anugerah Sijil Usaha Gigih
2009
  • Sijil Penyertaan Pertandingan 3K
  • Naib Johan Anugerah Keceriaan Jabatan Persekutuan Sarawak (MAMPU) dalam kategori dibawah 75 orang Kakitangan
2009/2010
  • Johan Keseluruhan Anugerah Serasi
  • Johan Kategori Pengurusan Alam Sekitar Anugerah Serasi
  • Sijil Gangsa Anugerah Sekolah Lestari Pensijilan Alam Sekitar
  • Johan Pertandingan Folio 3RLOcal Agenda 21
2011/2012
Anugerah Lestari-Pensijilan Alam Sekitar Peringkat Kebangsaan:
  • Anugerah Khas Bagi Elemen Khas (Penghasilan enzim) Dalam Program Sekolah Lestari
  • Anugerah Khas Ke[impinan Lestari Dalam Program Sekolah Lestari (Guru Besar SJK(C) Ming Tee- Pn Lee Leh Choo)
  • Anugerah Khas Sekolah harapan Lestari bagi sesi 2011/2012 (Pingat Perak)

5.0          PERBINCANGAN IDEA-IDEA YANG RASIONAL TENTANG MENGAPAKAH SEKOLAH SEBAGAI INSTITUSI PENDIDIKAN YANG PERLU DIBANGGAKAN
Menurut pemerhatian kami di SJK (C) Ming Tee, sekolah ini merupakan sebuah sekolah yang cemerlang dimana ianya pernah menerima beberapa kali anugerah sebagai sebuah sekolah yang cemerlang. Untuk menjadi sebuah sekolah yang cemerlang, tidak dapat dinafikan bahawa muridnya mestilah cemerlang dari segi akademik, kokurikulum dan juga sahsiah mereka. Warga sekolah memainkan peranan yang sangat penting dalam melahirkan murid yang cemerlang demi menjaga nama baik sekolah. Terdapat banyak usaha yang telah dilaksanakan oleh warga sekolah untuk melahirkan murid cemerlang dari segi kurikulum dan kokurikulum. Dalam masa yang sama, SJK (C) Ming Tee juga berusaha bersungguh-sungguh dalam membentuk sahsiah murid-murid. Dalam melahirkan murid yang cemerlang di sekolah ini, pihak sekolah telah mengadakan pelbagai jenis program dan aktiviti. Warga sekolah, ibu bapa dan murid sendiri memainkan peranan masing-masing dalam membantu menjayakan program dan aktiviti yang telah dilancarkan.

Mulai tahun 2013, pihak sekolah telah melaksanakan Program Sarana Sekolah dan Sarana Ibu Bapa dalam pencapaian akademik sekolah dan kokurikulum sekolah. Sarana sekolah menyaran supaya sekolah sebagai penggerak utama dalam meningkatkan penglibatan ibu bapa dalam komuniti dan pembelajaran anak. Semangat kekitaan dan interaksi sesama ibu bapa dengan warga sekolah telah dipupuk dan digalakkan. Pelaksanaan Program Sarana Ibu Bapa mendatangkan faedah kepada murid dan ibu bapa. Dengan melibatkan ibu bapa, keciciran sekolah dapat dielakkan dan murid mempunyai motivasi belajar yang lebih tinggi. Ibu bapa juga berpeluang untuk mengetahui kaedah membantu anak di sekolah. Dalam bidang akademik, ibu bapa telah bekerjasama dengan pihak sekolah untuk menetapkan sasaran peratusan kuantiti dan kualiti kelulusan untuk Tahun 4, 5 dan 6. Menurut temu bual bersama pihak sekolah, terdapat ramai bekas murid yang cemerlang dan insan berkualiti dilahirkan oleh sekolah ini sehinggakan mereka mampu memegang profesion tinggi pada hari ini. Sebagai contoh, Lu Siew Chui yang mendapat 7A dalam keputusan UPSR dulu, kini telah meneruskan pengajiannya di universiti dalam bidang doktor gigi, Wong Ba Huay seorang murid lelaki yang mendapat 6A pula telah menamatkan pengajiannya dan bekerja sebagai seorang doktor dan Kiew Kwong Rong juga merupakan seorang murid yang cemerlang dari segi kurikulum dan kokurikulum dan kini telah menjadi seorang doktor yang berjaya. Terdapat ramai lagi murid yang cemerlang dan kini telah menjadi seorang insan yang berjaya.

Selain daripada bidang akademik, dalam bidang sukan ibu bapa anak murid turut menghulurkan bantuan kepada sekolah dalam melahirkan murid cemerlang.  Ibu bapa telah menjadi sebagai penolong jurulatih dalam beberapa bidang sukan. Hal ini kerana terdapat segelintir ibu bapa yang mahir dalam sesetengah sukan dan pernah menjadi wakil pemain. Ini bukan sahaja dapat meringankan bebanan guru manakala juga membolehkan pihak ibu bapa lebih memahami cara melatih murid dan semangat kekitaan disemai secara tidak langsung. Program ini dengan jelasnya telah mampu menunaikan hasrat sekolah dalam melahirkan murid cemerlang. Ini disebabkan menurut laporan pencapaian kokurikulum tahun 2014, sekolah ini telah mampu melahirkan murid untuk menjadi wakil pemain sehingga ke peringkat bahagian, daerah, negeri dan kebangsaan. Dalam pertandingan Catur antarabangsa murid yang bernama Ernest Ling telah menjadi sebagai wakil kebangsaan dan mendapat tempat ke-14. Dalam permainan bola baling pula, SJK (C) Ming Tee juga berjaya melahirkan dua pasukan sebagai wakil daerah iaitu satu pasukan perempuan dan satu pasukan lelaki. Bukan itu sahaja, SJK (C) Ming Tee turut menghantar wakil untuk mengikuti pertandingan Bola Jaring, Bola Tampar, Bola Keranjang dan  Badminton. 

Sebagai seorang murid yang cemerlang bukan hanya perlu cemerlang dari segi akademik dan kokurikulum malah mereka juga harus memiliki sahsiah diri yang terpuji. Bagi aspek sahsiah murid, sikap positif dan disiplin yang baik telah disemai dengan amat ketara di kalangan murid sekolah Ming Tee. Beberapa Program HEM telah dilaksanakan sebagai usaha melahirkan murid yang bersahsiah tinggi. Pelaksanaan program bertujuan untuk memupuk sikap mendisiplinkan diri sendiri di kalangan murid. Program HEM merangkumi Program Gigi Saya Bersih, Program Saya Tidak Petik Bunga, Program Saya Benci Sampah, Program Berdoa dan Bersyukur Kepada Tuhan serta Program Bebas Denggi. Program tersebut dipantau oleh guru bertugas harian dan direkodkan. Selain itu, Program Penyayang Sekolah juga telah dilaksanakan dengan sepenuhnya di sekolah kami. Guru bertugas perlu bertugas di depan pagar sekolah sebelum dan selepas waktu persekolahan supaya dapat bertegur sapa dengan murid dan mengemaskan pakaian mereka. Semua guru juga sentiasa bercakap baik dengan murid dan menasihati murid dengan baik jika mereka melakukan kesalahan.

Tuntasnya, dengan jelas sekali menunjukkan bahawa kesemua usaha yang telah dilaksanakan oleh warga sekolah ini telah berjaya melahirkan murid yang cemerlang dari segi akademik, kurikulum dan sahsiah peribadi murid. Secara rasionalnya, murid yang cemerlang akan mampu menjadikan sekolah ini sebagai institusi pendidikan yang dibanggakan.

6.0          PENUTUP

Kesimpulannya, daripada dapatan kajian kami, kami mendapati pihak pengurusan dan guru-guru SJK (C) Ming Tee sememangnya komited dengan pengurusan aspek-aspek perkhidmatan pendidikan sekolah ini. Dengan semangat ini, SJK (C) Ming Tee pastinya dapat menjadi sebuah sekolah yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang di masa depan, di samping dapat merealisasikan aspirasi Negara.

SK Bandar Bintangor, Bintangor



2.0       LAPORAN PROJEK
2.1       Terangkan Tentang Sejarah Penubuhan, Cogan Kata, Visi Dan            Misi Sekolah Serta Maksud Warna Dan Simbol Pada Lencana Dan      Bendera Sekolah
Kejayaan sesebuah sekolah bukan sahaja bergantung dengan guru atau pelajarnya tetapi juga mempunyai satu tunjang yang dijadikan sebagai panduan untuk mencapai kejayaan yang diingini. Antara tunjang atau matlamat yang dapat mendorong kejayaan sesebuah sekolah seperti cogan kata, visi dan misi sekolah, maksud dan simbol pada lencana, bendera sekolah serta sejarah sekolah yang menjadi pokok pangkal untuk dijadikan landasan dalam mencapai sesuatu. Sekolah yang telah dijadikan untuk projek berasaskan sekolah yang telah kami pilih adalah Sekolah Kebangsaan Bandar Bintangor, Sarawak. Encik En. Awangku Suhaili Bin Awangku Mohammad merupakan Guru Besar di sekolah ini. Kemudian dibantu oleh Encik Mohd Rani Bin Arip selaku Penolong Kanan Pentadbiran, Encik Ibrahim Drahman sebagai Penolong Kanan HEM dan Encik Jamel Anak Maleng sebagai Penolong Kanan Kokurikulum serta dibantu oleh guru-guru dan staf yang lain. Sekolah antara yang terawal ditubuhkan di bandar Bintangor ini boleh dihubungi di alamat Sekolah Kebangsaan Bandar Bintangor, Pejabat Pelajaran Daerah Meradong 96500 Bintangor.

            Sekolah ini mempunyai sejarahnya tersendiri. Sebelum 1963 terdapat tiga buah sekolah di Bandar, Bintangor iaitu  SRB Kai Chung, SRK Abang Amin dan SRB St. Augustine. SRK Abang Amin adalah sekolah beraliran Bahasa Inggeris manakala SRB Kai Chung beraliran Bahasa  Cina. Di Sekolah-Sekolah inilah tempat ibu bapa-ibu bapa di kawasan Bandar, Bintangor menghantar anak-anak mereka untuk persekolahan peringkat sekolah rendah.

            Walau bagaimanapun, situasi ini berubah pada tahun 1963.  Pada tahun itu, tertubuhlah sebuah sekolah baru yang bernama Binatang Town School.  Ini adalah suatu keputusan yang telah dibuat oleh Majlis Daerah Meradong.  Pada masa iu, Penguasa semua sekolah rendah beraliran Bahasa Inggeris adalah di bawah kuasa Majlis Daerah Binatang. Perkara yang telah mengakibatkan Majlis Daerah Meradong membuat keputusan ini adalah kerana kesesakan bilangan murid  darjah 1 di ketiga-tiga buah sekolah ini.  Maka pada tahun 1963, Binatang Town School telah di tubuhkan unuk menampung bilangan anak-anak yang tidak dapat diterima belajar di ke tiga-tiga sekolah ini.

            Binatang Town School bermula sejarahnya dengan membuka sebuah kelas iaitu darjah 1, menggunakan sebuah bilik di sebelah kiri di bawah Majlis Daerah Meradong.  Pada masa itu, Guru Besar ialah Encik Michael Yong Yu Ing. Pada tahun 1964, dua buah kelas dibuka di bawah Majlis Daerah Meradong, satu di sebelah kiri dan satu lagi di sebelah kanannya.  Guru Besar pada tahun itu ialah Encik James Tu Leh Chung. Walaubagaimanapun pada thun 1965 terdapat sebuah lagi kelas menggunakan sebuah bilik di sebelah kanan di bawah Majlis Daerah Meradong dan dua buah kelas pula iaitu darjah  dan 3 di tempat yang mana digunakan oleh SMK Binatang sebelum itu.  Tempat itu adalah di antara gelanggang tenis Pejabat Daerah dan Kilang kasut lama yang tersedia pada masa itu.

            Pada penghujung tahun 1965, murid-murid dan guru-gurunya berpindah ke bangunan sekolah baru yang telah dibina dan terletak di 1/2km, Jalan kelupu, Bintangor.  Seterusnya pada 7 Oktober 1966, hari Pembukaan rasmiya bangunan sekolah baru itu telah di lakukan oleh seorang ahli Parlimen iaitu Encik Sandom ak Nyuak (Temenggong). Sekolah ini menukarkan namanya kepada Council Town School pada 1966 dan SRK Binatang Town atau SRK Bandar, Binatang apabila pada 196 dan  SRK Binatang Town atau SRK Bandar,Binatang apabila semua sekolah rendah kepunyaan Majlis Daerah Meradong diambil alih oleh kerajaan Persekutuan pada Tahun 1974.

            Sekarang sekolah ini mempunyai Persatuan Ibubapa dan Guru dan yang dipertuanya ialah Encik Jamaluddin Awang Chee.  Nama yang terbaru sekolah ini ialah SRK Bandar, Bintangor.  Sejak Kebelakang ini, sekolah ini mempunyai murid-murid sekitar 160 orang dengan 12 orang guru termasuk Guru Besar, seorang Pekerja Am dan seorang Tukang Masak.  Pada Tahun 1994 sebuah asrama telah didirikan untuk tempat penginapan murid-murid yang rumahnya jauh dari sekolah.

            Seterusnya adalah cogan kata sekolah di mana Sekolah Kebangsaan Bandar Bintangor ini berpegang teguh kepada “Ilmu Sinar Hidup”. Menurut cogan kata  ini para pelajar yang menutut di sekolah ini mempunyai kebolehan dan berpotensi untuk mencapai perkembangan yang seimbang di bidang intelek, emosi, rohani dan jasmani. Dengan itu, seluas-luas peluang akan diberikan kepada para pelajar untuk mengimbangkan keempat-empat bidang tersebut. Selain itu, sekolah ini juga mempunyai visi dan misi yang menjadikannya sebagai target untuk sekolah mereka. Visi mereka adalah “Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera”. Manakala misi yang mereka ingin capai pula adalah “Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara”.

            Di samping itu, matlamat Sekolah Kebangsaan Bandar Bintangor juga boleh dilihat pada lencana sekolah. Lencana ini melambangkan identiti Sekolah Kebangsaan Bandar Bintangor. Warna yang terdapat pada lencana sekolah ini seperti warna merah, kuning, biru, daun, sijil, daun serta cogan kata yang terdapat di bahagian bawah lencana. Warna dan pemilihan simbol ini mempunyai maksudnya tersendiri. Misalnya, warna merah melambangkan semangat yang jitu untuk menuntut ilmu pengetahuan. Warna Kuning melambangkan ketinggian martabat ilmu pengetahuan untuk semua. Manakala, daun pula melambangkan kerjasama dan toleransi masyarakat SRK Bandar, Bintangor. Sijil melambangkan kejayaan Sekolah dalam bidang kurikuum dan kokurikulum. Warna Biru melambangkan kerajinan dan keharmonian kaum. Seterusnya yang terakhir iaitu cogan kata ‘Ilmu Sinar Hidup’ yang merupakan teras dan panduan untuk merealiasasikan Wawasan Pendidikan.

            Bendera sekolah ini juga mengambil contoh daripada gambar logo sekolah. Dengan ukuran 150 dan 95 sentimeter bendera Sekolah Kebangsaan Bandar Bintangor mengambil warna biru sebagai warna latar belakang. Seperti yang kita tahu warna biru melambangkan keharmonian kaum yang berbilang bangsa. Di tengah bendera tertera gambar logo sekolah seperti yang dinyatakan sebelum ini.  Di sebelah bawah bendera ini diletakkan nama sekolah “SK Bandar, Bintangor”.

            2.2       Jelaskan Tentang Program/Projek Berimpak Tinggi Yang                                 Dilaksanakan Untuk Membangunkan Kecemerlangan Sekolah
Seperti sekolah-sekolah yang lain. Sekolah Kebangsaan Bandar Bintangor juga mempunyai program ataupun projek yang dilaksanakan untuk membangunkan kecemerlangan sekolah. Walaupun program atau projek yang dilaksanakan tidaklah sebesar mana namun sekolah ini mempunyai usaha untuk meningkatkan kecemerlangan sekolah khususnya dalam bidang akademik. Antara usaha yang telah dijalankan di sekolah ini adalah program kelas bimbingan yang menekankan kepada 3 tahap iaitu tahap pandai, sederhana dan tahap lemah. Program ini bertujuan untuk mengesan murid-murid yang lemah seterusnya membimbing mereka dengan membuat kelas bimbingan agar prestasi murid dapat dipertingkatkan. Program yang seterusnya adalah ujian yang dilaporkan sendiri oleh Guru Besar kepada Jabatan Pelajaran Daerah. Hal ini untuk memantau tahap atau prestasi murid sekolah. Seterusnya, program yang terakhir adalah program Laporan Dialog Prestasi. Laporan Dialog Prestasi ini biasanya dilaksanakan selepas ujian di mana bertujuan untuk melaporkan tahap prestasi murid-murid kepada ibu bapa mereka agar ibu bapa tahu dengan pencapaian anak mereka sendiri serta berusaha untuk mendorong mereka untuk berjaya. Dengan adanya program ini maka semua ibu bapa akan berbicang dengan guru-guru mengenai anak mereka terutamanya nasihat-nasihat kepada ibu bapa agar peka terhadap akademik anak-anak mereka. Tambahan pula program ini berobjektifkan untuk menambahbaik keputusan UPSR dari tahun ke tahun dan program ini berkesan apabila keputusan UPSR telah meningkat dari tahun ke tahun dengan adanya program-program seperti yang dinayatakan tadi. Kerjasama yang dilakukan oleh pihak guru untuk mengumpul pelbagai bahan untuk digunakan di dalam proses pembelajaran menyebabkan kejayaan demi kejayaan dapat dicapai oleh sekolah ini walaupun peratusannya adalah sedikit.

            Bulan Bahasa Kebangsaan adalah sebuah program yang sering dianjurkan oleh pihak sekolah di Malaysia. Tujuan program ini diadalah adalah untuk melahirkan murid-murid yang dapat menguasai Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris di samping membimbing murid-murid supaya dapat menggunakan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sama ada dalam pertuturan mahupun penulisan. SK Bandar Bintangor juga tidak ketinggalan dalam menjalankan Bulan Bahasa yang mana ianya diadakan pada sekitar bulan Jun setiap tahun. Pelaksanaan program ini telah memberi impak positif kepada murid terutama dari aspek bahasa yang mana ianya berjaya menampakkan hasil yang berperingkat-peringkat mengikut keupayaan murid. Selain itu, bakat murid juga dapat dicungkil menerusi program ini. Hasilnya, SK Bandar Bintangor berjaya memenangi beberapa pertandingan bercerita di peringkat daerah iaitu tempat ketiga pertandingan bercerita dalam Bahasa Melayu dan keempat dalam Bahasa Inggeris.

            Setiap program yang diadakan di sekolah mestilah seimbang sama ada dari aspek akademik mahupun kokurikulum. Hal ini selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara yang memberi penekanan tentang perkembangan murid dari pelbagai aspek iaitu jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial murid. Sekiranya pihak sekolah hanya melaksanakan program akademik, murid-murid hanya akan berkembang dari aspek intelek sahaja sebaliknya perkembangan aspek-aspek yang lain terabai. Keadaan ini tidak berlaku di SK Bandar Bintangor kerana pihak sekolah telah merancang dengan sebaik mungkin aktiviti yang bakal diadakan. Contohnya, aktiviti kelab yang diadakan sekali seminggu yang mana kelab yang ditubuhkan di SK Bandar Bintangor adalah berasaskan matapelajaran. Contohnya kelab Bahasa Melayu, kelab Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Kelab-kelab sebegini sangat penting kerana murid-murid dapat melakukan aktiviti berkaitan seterusnya dapat mempertingkatkan ilmu pengetahuan mereka. Tambahan pula, aktiviti kelab juga mendedahkan murid-murid mengenai kepimpinan dan disiplin yang mana ianya terletak di dalam aspek selain dari intelek.


            2.3       Menilai Dan Memberi Justifikasi Tentang Keberkesanan Usaha-                      Usaha Untuk Mengekalkan Kebersihan Dan Keindahan Sekolah
Sekolah yang bersih berupaya menyediakan persekitaran yang kondusif bagi murid-murid untuk melibatkan diri secara aktif di dalam kelas. Di samping itu, sekolah yang bersih juga dapat mengelakkan murid-murid daripada terkena penyakit bawaan vektor. Sekolah yang indah pula dapat menarik minat murid-murid untuk belajar oleh sebab suasananya yang sejuk mata memandang. Terdapat beberapa usaha dalam mengekalkan kebersihan dan juga keindahan sekolah yang dilakukan di SK Bandar Bintangor. Antaranya, pihak sekolah menyediakan serta mendidik murid sekolah untuk menggunakan tong sampah kitar semula. Tong sampah ini terdiri daripada tiga tong dengan warna yang berbeza iaitu warna biru, coklat dan jingga. Setiap warna ini mewakili kumpulan bahan yang berbeza. Jadi, murid-murid akan membuang sampah ke dalam tong sampah berdasarkan kumpulan bahan yang telah diterangkan guru.
           
            Pendedahan mengenai aspek penjagaan kebersihan dan keindahan sekolah kepada murid juga amat penting dalam menjaga kebersihan dan keindahan sekolah. Hal ini kerana melalui pendedahan tersebut, murid-murid akan menjadi faham tujuan mereka menjaga kebersihan dan juga keindahan sekolah seterusnya berusaha untuk menjaganya. Di SK Bandar Bintangor, murid-murid telah didedahkan tentang betapa pentingnya menjaga kebersihan dan keindahan sekolah ketika sesi pengajaran dan pembelajaran dalam kelas terutamanya dalam matapelajaran Pendidikan Islam dan Moral. Di samping aspek penjagaan kebersihan dan keindahan sekolah, murid-murid SK Bandar Bintangor juga didedahkan mengenai aspek penjagaan diri yang betul. Di SK Bandar Bintangor, murid-murid akan berbaris bagi memberus gigi selepas makan  Aktiviti tersebut merupakan satu rutin harian yang baik dan patut diteruskan lagi.

            Pihak sekolah SK Bandar Bintangor juga telah melibatkan pihak luar dalam usaha bagi menjaga kebersihan dan keindahan di sekolah. Antaranya ialah Jabatan Kesihatan dan Jabatan Alam Sekitar. Penglibatan kedua-dua jabatan tersebut amat penting kerana merekalah yang bertindak melakukan pemantauan terhadap program 3K sekolah. Mereka akan pergi melawat ke sekolah seterusnya memberikan nasihat sekiranya perlu. Selain itu, Jabatan Kesihatan umpamanya turut melakukan aktiviti lain di sekolah iaitu berkenaan dengan penjagaan diri murid yang mana pegawai dari Jabatan Kesihatan datang ke sekolah secara berkala dan mengajarkan murid untuk memberus gigi dengan betul. Penglibatan dari pihak luar untuk membantu menjaga kebersihan dan keindahan sekolah sangat dialu-alukan serta dihargai pihak sekolah. Hal ini kerana pihak sekolah beranggapan mereka lebih pakai mengenai hal tersebut
           
            Program gotong-royong merupakan satu aktiviti wajib dalam usaha menjaga kebersihan dan keindahan di sekolah. Hal ini kerana melalui gotong-royong, banyak perancangan yang tertangguh akan dapat dilaksanakan kerana mempunyai sumber manusia yang mencukupi. Melalui gotong-royong juga, pembersihan sekolah secara besar-besaran dapat dilakukan. Di SK Bandar Bintangor, mereka kebiasaanya akan mengadakan gotong-royong sebanyak dua kali dalam masa setahun. Gotong-royong pertama diadakan secara kecil-kecilan iaitu pada peringkat jawatankuasa kelas yang terdiri daripada guru dan murid sahaja. Gotong-royong kedua pula diadakan selepas Ujian Pencapaian Sekolah Rendah yang melibatkan Persatuan Ibu Bapa dan Guru. Gotong-royong kedua pula dapat dilakukan secara besar-besaran kerana SK Bandar Bintangor mempunyai Persatuan Ibu Bapa dan Guru yang aktif dan suka membantu.

            Selain usaha yang dilakukan oleh pihak sekolah dan penglibatan pihak luar, ibu bapa murid-murid SK Bandar Bintangor juga memberikan sumbangan yang amat besar dalam mengekalkan kebersihan dan keindahan sekolah yang mana semua ibu bapa akan dilibatkan dalam jawatankuasa kelas. Ibu bapa bagi murid yang menghuni asrama pula akan diserap ke dalam program 3K sekolah yang mana mereka akan membantu penyelaras program 3K untuk asrama bagi membersihkan dan menghias asrama semasa program gotong-royong berlangsung. Tambahan pula, seperti yang dinyatakan sebelum ini pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Bandar Bintangor biasanya mengadakan program gotong-royong bagi membersihkan sekolah ini serta membantu menyiapkan beberapa projek yang telah dirancangkan pihak sekolah bagi mencantikkan lagi SK Bandar Bintangor. Pihak SK Bandar Bintangor berasa sangat bertuah kerana ibu bapa murid-murid banyak yang aktif serta turun bergotong-royong

            Aktiviti menjaga kebersihan dan keindahan sekolah telah memberikan banyak kesan kepada SK Bandar Bintangor. Antaranya, SK Bandar Bintangor menjadi lebih bersih dan ceria. Perkara ini jelas dalam dilihat di dalam kawasan sekolah terutama tempat murid-murid makan serta asrama murid-murid. Kedua-dua kawasan ini dihias dengan cantik sekali. Selain itu, aktiviti menjaga kebersihan dan keindahan sekolah juga telah memberikan kesedaran kepada warga sekolah akan kepentingan menjaga dan mengekalkan kebersihan serta keindahan sekolah. Perkara ini dapat dibuktikan apabila warga sekolah sangat berdisiplin dengan membuang sampah di tempat yang betul serta menghiaskan kawasan sekolah tanpa mengharapkan balasan. Tambahan pula, kerjasama antara warga sekolah juga bertambah baik dengan adanya aktiviti menjaga kebersihan dan keindahan sekolah. Hal ini kerana warga sekolah semakin banyak berinteraksi menerusi aktiviti yang dirancang seperti program gotong-royong.

            2.4       Kemukakan Idea-Idea Yang Rasional Tentang Sekolah Sebagai                       Institusi Pendidikan  Yang Perlu Dibanggakan
Sekolah merupakan sebuah institusi yang melahirkan ilmuan dan golongan cerdik pandai. Sekolah tempat dimana kemenjadian murid itu berlaku. Selain itu, ia juga tempat dimana pembelajaran berlaku dari tidak tahu menulis, membaca, mengira sehingga tiga aspek ini dapat dipenuhi. Disini juga tempat murid-murid membentuk kemahiran komunikasi dan intrapersonal serta kemahiran sosial mereka.

            Berikut merupakan idea yang rasional untuk menjadikan sekolah sebagai institusi pendidikan guru yang perlu dibanggakan. Idea yang pertama ialah peranan pendidik itu sendiri. Pendidik tersebut merujuk kepada insan guru. Guru mesti mempunyai ilmu pengetahuan yang luas serta pelbagai dalam apa-apa sahaja bidang ilmu kerana mereka merupakan sumber rujukan murid-murid mereka. Guru mesti mempunyai sikap yang dedikasi dalam mendidik anak-anak muridnya. Jauhi amalan diskriminasi terhadap anak murid kerana amalan ini dapat menjejaskan prestasi atau kebolehan dan kemahiran anak muridnya. Sebagai pendidik, seorang guru perlu menerapkan nilai pembelajaran sepanjang hayat dalam diri mereka, hal ini kerana seorang guru perlu meningkatan ilmu serta kemahirannya supaya mampu memberi ilmu yang terbaik kepada anak didiknya.

            Untuk menjadikan sekolah sebagai institusi pendidikan yang dibanggakan sekolah tersebut juga perlu mempunyai kemudahan prasarana yang lengkap serta terkini dari segi teknologi. Adanya makmal komputer, makmal sains dan kemudahan prasarana yang lain ia dapat membantu guru-guru dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan dan melahirkan murid yang berwibawa. Kemudahan prasarana yang lengkap dan terkini ini juga membantu guru-guru untuk meningkatkan kemahiran dan kebolehan mereka untuk mengajar dan menarik minat murid-murid mereka dengan menggunakan kaedah multimedia contohnya video dan gambar serta perisian yang berkaitan dengan pelajaran dalam membantu untuk memahamkan dan memberikan pendidikan yang terbaik kepada anak muridnya.

            Peranan pihak pentadbir atau pihak pengurusan adalah sangat penting untuk kemajuanan dan kejayaan yang hendak dicapai. Sekolah yang cemerlang dan berjaya adalah bermula dengan kemantapan dan kehebatan pihak pengurusan dan pentabirannya. Dalam pengurusan ini, peranan guru besar, penolong-penolong kanan dan guru-gurunya amat penting, ketiga-tiga pihak ini perlu bekerjasama dengan baik untuk menjayakan misi dan visi sekolah. Perancangan akademik , kokurikulum , hal ehwal murid dan keceriaan sekolah harus dirangka bersesuaian dengan kemudahan dan persekitaran yang ada. Perancangan akademik harus menyeluruh dan bukan tertumpu terhadap satu atau dua bahagian sahaja oleh itu setiap tahap harus mempunyai program mereka sendiri. Tumpuan yang diberikan harus seimbang dan bukan cara penyisihan atau membiarkan yang mungkin atas sebab kurang penting. Struktur pembelajaran dalam bilik darjah harus bersesuaian dengan tahap kebolehan murid dan menekankan pengajaran berpusatkan murid. Penggunaan alat bantuan pengajaran yang berkesan dapat membantu situasi pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih seronok. Menggunakan bilik-bilik khas secara maksimum dan teknologi pendidikan yang ada menjadikan suasana pembelajaran lebih seronok dan mencabar. Kebosanan dan kurang minat dapat diminimakan. Aktiviti yang dijalankan sama ada dalam atau luar bilik darjah harus berkeupayaan untuk menarik minat pelajar. Penggunaan LCD , makmal komputer, makmal sains , bengkel , bilik seni , bilik muzik dan bili-bilik khas yang lain harus diselengara dengan baik.Penggunaan pelbagai teknik pengajaran akan menimbulkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang menarik.

            Persekitaran sekolah yang kondusif dan menarik dapat menghasilkan persekitaran kerja yang berkualiti. Wajah sekolah harus menarik supaya motivasi murid dapat di tingkatkan. Jika keadaan persekitaran sekolah yang muram maka tanggapan pertama menjadi negatif oleh itu Program 3K harus diberikan perhatian dan dipertingkatkan dari masa kesemasa.Ia juga merupakan elemen yang penting dan tidak harus diabaikan. Jika kita masuk dalam kawasan sekolah. Keadaan sekolah itu cantik dan menarik makan kita akan merasa seronok. Motivasi untuk bekerja meningkat. Gaya kepimpinan pengurusan juga akan mempengaruhi persekitaran kerja. Gaya kepimpinan yang bersesuaian menjadikan pesekitaran kerja aman dan tenteram maka tidak wujud perasaan tertekan. Guru-guru dan murid akan merasa seronok melaksanakan fungsi mereka. Landskap dan mural dinding yang menarik sudah pasti mewujudkan persekitaran yang kondusif. Ia ditambah dengan kata-kata atau ungkapan bermotivasi menjadikannya lebih menarik. Keadaan bilik darjah yang terurus dapat melahirkan keadaan yang seronok untuk belajar. Tugas ini merupakan sebahagian daripada tanggungjawab Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.
Penglibatan ibu bapa dan PIBG adalah pelanggan sekolah oleh itu hubungan yang baik harus diwujudkan. Jika mereka tidak ada sudah pasti tidak adanya guru dan sekolah kerana merekalah yang melahirkan murid. Kenapa wujudnya aduan atau komplin?. Jawapannya ialah perasaan tidak puas hati. Kenapa ia berlaku ?. Jawapannya ialah saluran maklumat tidak sampai. Konsep sokong menyokong atau konsep saling bersandaran harus diguna pakai dan memutuskan hubungan. Mereka dengan rela hati akan menyumbangkan apa juga yang diminta oleh pihak sekolah. Syaratnya ialah hubungan yang baik. Pihak pentadbir harus bijak menggunakan peluang ini jika wujud. Pihak PIBG juga merupakan pengeluar dana untuk memajukan sesebuah sekolah. Maka hubungan ini amat penting diwujudkan bagi menjamin keseimbangan sekolah.

            Selain daripada Kementerian Pendidikan terdapat badan-badan kerajaan yang lain yang boleh menyumbang untuk meningkatkan dan memberikan perkhidmatan kepada pihak sekolah untuk menjadikan sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan yang boleh dibanggakan. Contohnya pihak sekolah mewujudkan hubungan yang baik dengan Polis Diraja Malaysia, Kementerian Kesihatan, Penguasa Tempatan dan lain-lain. Pihak pengurusan sekolah harus bijak menggunakan peluang yang ada jika diberikan kesempatan untuk menjalinkan hubungan dengan pihak tersebut. Hubungan yang baik adalah syarat utama. Mungkin ada ibu bapa murid yang bekerja dengan agensi-agensi tersebut oleh itu pihak sekolah harus memahami siapakah keluarga anak didik mereka

            Saiz populasi murid yang kecil memudahkan pengurusan dan pentadbiran pengajaran dan pembelajaran dijalankan oleh itu populasi sekitar 500 hingga 600 orang adalah sesuai jika ramai sekitar 1000 orang mungkin menjadi sukar. Saiz kecil tapi latar belakang pelajar kurang baik maka kejayaan sedikit sukar untuk dicapai. Yang terbaik ialah saiz kecil dan latar belakang yang baik iaitu dari keluarga yang berpendidikan tinggi. Ini adalah pandangan umum. Pokok yang baik datangnya dari benih yang baik atau baka yang baik dan dijaga dengan baik. Jika prestasi akademik berada pada tahap 90 hingga 95% sudah pasti ia menjadi bukti kepada pentadbiran sekolah berkesan.

            Kesimpulannya, untuk menjadikan sekolah sebagai tempat yang dibanggakan amat mencabar sekiranya kesemua elemen yang sudah dibincangkan diatas tidak dilaksanakan dengan teliti. Menjadikan sebuah sekolah untuk mencapai tahap kecemerlang yang diimpikan oleh setiap pengurusan perlu bermula dengan matlamat dan disertai dengan usaha.