Johan Pertandingan Kayak Kemerdekaan 2016



Johan Pertandingan Kayak Kategori Wanita. 
Siti Amizah Binti Amza & Flora anak Dayong.

Seminar Penyelidikan Tindakan Peringkat IPG Kampus Rajang 2016

Seramai 79 siswa pendidik dari Kumpulan PISMP Sejarah, PISMP Bahasa Iban dan PISMP TESL telah membentangkan hasil kajian tindakan masing-masing sepanjang 2 hari. Pembentangan berlangsung pada 4 - 5 Oktober 2016.

Daripada jumlah tersebut, seramai 33 orang siswa pendidik PISMP Sejarah telah membentangkan hasil kajian yang juga merupakan hasil inovasi masing-masing.

4 orang pensyarah telah menilai hasil pembentangan tersebut. Para penilai tersebut ialah:

1. Encik Lawrence Law Sze Yung
2. Puan Wong Mee Leng
3. Dr. Ling Pik Kuong
4. Encik Jaanom bin Saadun


Johan Pertandingan Mencipta Lagu Patriotik sempena Bulan Kebangsaan 2016

Johan Pertandingan Lagu Patriotik Hari Kebangsaan 2016.
Lagu & Lirik Ciptaan: Emyanex Welly Tugis




Malaysia
Kami anak Malaysia
Sehati dan sejiwa bersamaaaa
Lima Puluh Tiga Tahun dalam Malaysia
Terus gemilang

Walau penuh cabaran dan dugaan yang melanda
Kami tetap bersama selamanya....'aaaaa....aaaaaaaaaaa
Walau berbeza agama dan budaya
Kita tetap rakyat Malaysia

Rukun Negara Asas Perpaduan Kita
Marilah kita bergandingan tangan
Menuju kejayaan
Demimu Malaysia tercinta

Kuiz Pelaburan PNB 1Malaysia 2016

IPG Kampus Rajang telah diwakili oleh pasukan dari PISMP Sejarah Ambilan Januari 2013 dalam Kuiz Pelaburan PNB 1Malaysia 2016 peringkat Kebangsaan di Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas

Peserta:
1. Mohd Nuramin bin Rahim 
2. Suzie bt. Defrin


Pertandingan Debat Konvensional Peringkat IPG Kampus Rajang

Pasukan debat PISMP Sejarah Ambilan Januari 2013 yang diwakili oleh saudara Hafizuddin bin Hamdan. Saudara Abd. Jumarey bin Mahmud dan Saudara Emyanex Welly Tugis telah layak masuk ke pusingan akhir Pertandingan Debat Konvensional peringkat IPG Kampus Rajang.

Tajuk pusingan akhir : Kita Kembali ke Bahasa Melayu kerana belajar dari kesilapan.
Posisi: Pembangkang.
Pencapaian: Naib Johan




Pertandingan Amalan Terbaik Pembelajaran Abad ke-21

4 pasukan dari PISMP Sejarah Ambilan Januari 2013 menyertai Pertandingan Amalan Pembelajaran Terbaik Abad ke-21 peringkat kebangsaan anjuran Institut Pendidikan Kampus Temenggong Ibrahim di Johor pada 21-23 Ogos 2016. Kumpulan ini telah memperoleh 1 Anugerah Emas, 1 Anugerah Perak dan 2 Anugerah Gangsa.

Pasukan IPG Kampus Rajang, Bintangor, Saarwak.



ANUGERAH EMAS : Hafizuddin bin Hamdan & Abd. Jumarey bin Mahmud 
Bahan: E-Oftory
 


ANUGERAH PERAK: Hennylyne Tiong Mee Hiong
Bahan: History-Hunt





ANUGERAH GANGSA: Rahmah binti Radin
Bahan: JUN-PINTAR



ANUGERAH GANGSA: Muhd Adha Fakhrullah bin Abdul Razak,
 Norsyazreen bin Abd Rahim & Nur Fatin binti Ibrahim
Bahan: I.K.A-The Clown








Pertandingan Inovasi dan Kreativiti Peringkat IPG Kampus Rajang

Kumpulan PISMP Sejarah Ambilan Januari 2013 IPG Kampus Rajang telah menghantar seramai 10 kumpulan menyertai pertandingan ini. Berikut merupakan keputusan akhir pertandingan.


JOHAN KESELURUHAN & ANUGERAH EMAS
Inovasi "Obs-Man"
Zema binti Idris & Suzie bt Defrin

ANUGERAH EMAS:
Inovasi "Rantai Pintar"
Rahmah binti Radin & Nurul Fadilah binti Hamzah

Inovasi "I.K.A - The Clown"
Muhd. Adha Fakhrullah bin Abdul Razak & Norsyazreen binti Abd Rahim

ANUGERAH PERAK:
Inovasi E-Oftory:
Hafizuddin bin Hamdan & Kasyfan bin Alimardah

ANUGERAH GANGSA:
Inovasi Pizza Sejarah
Mor Eddin bin Mortada & Fazal bin Ahmad

ANUGERAH BOOTH TERCANTIK:
Inovasi "History Hunt"
Hennylyne Tiong Mee Hiong & Sim Hui Tene

PENYERTAAN:
Inovasi "PePuzz"
Sabit Angong & Maslindah binti Ma'aruf

Inovasi "BOPIKEWO"
Haina Dinol  & Anita Dilam anak Jalan

Inovasi "MapFun"
Sarwinah binti Sulong

Inovasi "STARSB"
Siti Amizah binti Amza & Nurul Fatin binti Ibrahim



Pertandingan Pidato 3 Bahasa Peringkat IPG Kampus Rajang (Kategori Bahasa Melayu)

Peserta PISMP Sejarah Ambilan Januari 2013 telah mendapat JOHAN & NAIB JOHAN dalam pertandingan ini. Pertandingan diadakan pada 27 Jun 2016 (Isnin) bertempat di Dewan Kenanga IPG Kampus Rajang, Bintangor, Sarawak.



Johan Pidato: Saudara Muhd Adha Fakhrullah bin Abdul Razak

Naib Johan: Saudari Rahmah binti Radin