KAJIAN LAPANGAN SK SARIKEI, SARAWAK

Penerangan tentang sejarah penubuhan sekolah, cogan kata, visi, misi sekolah serta maksud warna dan simbol pada lencana dan bendera sekolah.

            Sekolah Kebangsaan Sarikei telah ditubuhkan pada sekitar 1999 sehingga taun 2000. Penubuhan sekolah ini mengambil masa selama 2 tahun dan telah siap sepenuhnya dan mula beroperasi pada tahun 2001. Sebanyak 21 orang tenaga pengajar dan seramai 373 orang pelajar telah memulakan sesi persekolahan di Sekolah Kebangsaan Sarikei ini. Encik Ali Bujang merupakan guru besar yang pertama di sekolah ini.

            Sekitar tahun 16 April 2003, Cik Rokiah Anak Jilan telah menjadi guru besar kedua bagi SK Sarikei. Namun, beliau tidak mengambil tempoh masa yang lama sebagai guru besar di sekolah tersebut dan telah diganti oleh Puan Rakiah @ Maimon Binti Haji Mahadi sebagai guru besar ketiga sehingga sekarang. 

            Pada tahun 2002, sebuah sekolah Pra Sekolah telah ditubuhkan dan telah dipertanggungjawabkan kepada guru pra sekolah yang pertama iaitu Cik Puteri Rusmiyati Binti Radin Abdul Muin dan pada 2006, sebuah lagi kelas Pra Sekolah telah ditubuhkan.

            Sekolah ini mempunyai satu padang untuk kegunaan sukan padang, gelanggang pula terdapat 2 iaitu gelanggang serba guna dan gelanggang petanque, makmal computer, bangunan-bangunan kelas, perpustakaan, makmal sains dan banyak lagi. Setiap dinding bangunan yang terdapat di sekolah ini mempunyai lukisan mural yang berunsurkan pendidikan.

            Daripada sudut pencapaian akademik pula, peratusan kecemerlangan UPSR pada setiap tahun menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan dan membanggakan. Pelbagai pertandingan telah dimenangi oleh sekolah ini semenjak ia ditubuhkan. Contohnya, peningkatan keputusan UPSR pelajar-pelajar sekolah tersebut. Malah, sekolah ini pernah memenangi beberapa pertandingan seperti mendapat tempat ketiga bagi pertandingan tarian peringkat daerah Sarikei, johan bagi pertandingan bola sepak peringkat Sarikei dan banyak lagi.

            Semenjak ditubuhkan, SK Sarikei telah menghasilkan visi dan misi untuk dijadikan sasaran dalam membangunkan sekolah tersebut. Visi  bagi sekolah ini ialah “Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera” yang berfokuskan kepada pembangunan modal insan yang dapat memberi sumbangan kepada pembangunan Negara kita. Manakala misi bagi sekolah ini ialah “Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara”. Misi sekolah ini lebih berfokuskan kepada impian sekolah ini untuk mewujudkan sistem pendidikan yang berkualiti.

            Logo sekolah yang telah dihasilkan oleh warga sekolah merupakan simbol yang boleh menyimpulkan hasrat sesebuah sekolah. Bentuk bulat yang terdapat pada logo seeoklah ini melambangkan kesepaduan kerjasama dan permuafakatan guru dan murid dalam menjana ilmu pengetahuan. Warna kuning pada lencana tersebut pula melambangkan kegemilangan sekolah serta warga sekolah dan ibu bapa bagi melahirkan anak-anak berilmu pengetahuan serta berakhlak mulia. Manakala tahun 2001 yang berada di tengah-tengah logo membawa maksud bahawa sekolah ini telah mula beroperasi pada tahun 2001.

            Lagu sekolah ini telah dihasilkan oleh Encik Jamaluddin Bin Ahmad dan En. Awg Ahmad Ibrahim yang bertajuk “Gemilang Sekolahku”. Lagu ini sering dinyanyikan sewaktu perhimpunan dan semasa adanya aktiviti formal sekolah tersebut.

2.0 PROGRAM-PROGRAM BERIMPAK TINGGI
A) Program e-book
      Di SK Sarikei, terdapat beberapa program atau projek berimpak tinggi yang telah dijalankan untuk membantu dalam membangunkan kecemerlangan sekolah. Program tersebut adalah meliputi bidang kurikulum dan kokurikulum. Dalam bidang kurikulum, salah satu program atau projek yang berimpak tinggi yang dapat membangunkan kecemerlangan SK Sarikei ialah program ebook dan penggunaan “smartboard” dalam kelas. Smartboard ini juga dikenali sebagai Papan elektronik atau “Interactive White Board”. Papan jenis ini berciri interaktif. Ia merupakan sejenis papan putih yang memaparkan imej daripada monitor computer. Permukaan papan ini berfungsi sebagai satu papan sentuh (touch screen) yang besar. Papan elektronik ini mempunyai saiz yang berlainan. Pengguna boleh mengawal kedua-dua perisian daripada komputer dan dari papan.Komputer yang disambungkan kepada papan elektronik ini boleh dikawal melalui menyentuh permukaan papan elektronik ini. Ini boleh dilakukan dengan menggunakan jari kita ataupun dengan menggunakan pen elektronik yang khas untuk tujuan ini. Menurut Puan Rakiah, Guru Besar SK Sarikei, program ebook dan smartboard ini telah dilancarkan sejak 2 tahun lepas oleh Yang Berhormat (YB) Norah. Program ini telah dilaksanakan di prasekolah-prasekolah di SK Sarikei ini. Terdapat tiga buah prasekolah yang ada di sekolah ini. Setiap prasekolah dilengkapi dengan smartboard dan komputer serta seorang juruteknik telah dilantik untuk memantau kelancaran penggunaan program tersebut. Ebook pula diberikan kepada setiap murid Tahun 4 untuk digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Pembelajaran dan pengajaran melalui penggunaan e-Book dapat membantu pelajar-pelajar mengurangkan beban untuk membawa buku teks ke sekolah dan pelajar-pelajar dapat meningkatkan prestasi pembelajaran, sekolah dapat mengurangkan bilangan pelajar yang tidak datang ke sekolah, senang dibawa dan dapat mengakses internet bagi mencari maklumat dengan pantas. Program ebook serta penggunaan smartboard ini adalah berdasaran sukatan pelajaran yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan. 

B)Program Latihan Bola Sepak antara sekolah-sekolah rendah di Sarikei
    
    Program latihan bola sepak ini telah dilaksanakan bersama dengan SK Agama MIS Sarikei. Program ini bertujuan untuk melatih murid-murid yang mempunyai bakat dalam sukan Bola sepak bagi mewakili bahagian Sarikei dalam mana-mana perlawanan bola sepak. Latihan yang dijalankan adalah sepanjang tahun. Hal ini bagi mengasah bakat-bakat murid daripada kedua-dua buah sekolah agar dapat bermain dengan baik. Menurut Puan Rakiah, Guru Besar SK Sarikei, melalui program latihan ini, sebuah pasukan bola sepak khas telah ditubuhkan. Pasukan ini juga pernah memenangi tempat pertama iaitu johan dalam perlawanan bola sepak antara sekolah rendah pada peringkat negeri Sarawak. Pasukan bola sepak SK Sarikei ini juga sentiasa menyertai perlawanan bola sepak pada setiap tahun sempana Perayaan Hari Jadi Tuan Yang Terutama Negeri Sarawak. Malah, pasukan ini pernah memenangi sebagai Naib Johan Bola Sepak Piala Perak Sarikei.

C) Program Keagamaan Murid Tahun 6

      Dalam program ini, dapat dibahagikan kepada beberapa aktiviti sampingan iaitu Majlis Khatamal Al-Quran serta Majlis Berkhatan bagi murid-murid Tahap 2 khusunya Tahun 6. Perlaksanaan program ini adalah bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu daripada pelbagai aspek Jasmani, rohani, emosi, sosial dan intelektual. Pihak sekolah ternyata tidak menolak kepentingan program keagamaan dalam melaksanakan aktiviti dan program. yang berbentuk kerohanian. Program ini adalah sangat mendapat sambutan daripada ibu dan bapa murid. Program ini dikatakan telah bermula sejak tahun 2005 lagi. Majlis Khatamal Al-Quran ini dijalankan adalah bagi memenuhi program JQAF dalam sukatan pelajaran sekolah rendah. 


 
23.0 Menilai dan memberi justifikasi tentang keberkesanan usaha-usaha untuk mengekalkan kebersihan dan keindahan sekolah.

            Sekolah Kebangsaan Sarikei merupakan sekolah yang amat menitik berat mengenai kawasan sekolah mereka. Pelbagai usaha-usaha telah dijalankan bagi menimbulkan kesedaran pelajar-pelajar sekolah tersebut agar kebersihan dan keindahan kawasan sekolah berada di tahap yang memuaskan. Hal ini penting bagi memastikan pelajar-pelajar dapat belajar dalam suasana yang kondusif dan ceria.

            Sekolah ini juga banyak menyediakan tong sampah di sekitar kawsan sekolah. Hal ini, bagi memudahkan pelajar untuk membuang sampah terus ke dalam tong sampah. Malah, sekolah ini turut ada menyediakan tong sampah kitar semula bagi tujuan sampah-sampah yang dapat dikitar semula. Pelajar-pelajar telah diberi pendedahan awal mengenai program kitar semula agar pelajar-pelajar dapat mengaplikasikan ilmu tersebut dalam kehidupan seharian mereka.

            Pihak sekolah telah menggalakkan pihak luar untuk terlibat dalam program kebersihan dan keindahan. Contohnya, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang turut dijemput untuk terlibat dalam aktiviti gotong-royong sekolah tersebut. Gotong –royong yang dijalankan di sekolah ini biasanya dijalankan pada waktu-waktu tertentu. Tetapi pemantauan kebersihan tetap dijalankan setiap hari dari kelas ke kelas oleh guru-guru sekolah tersebut. Ibu bapa pelajar-pelajar sekolah tersebut juga ada mengeluarkan beberapa sumbangan berbentuk idea dan tenaga. Pelbagai idea telah di sumbangkan oleh ibu bapa bagi memastikan kebersihan dan keindahan sekolah tersebut berada di tahap yang memuaskan.

            Bagi guru pula, mereka lebih banyak memberi sumbangan kepada penganjuran program kebersihan dan keindahan sekolah tersebut. Guru-guru di sekolah ini juga telah mengadakan pertandingan kebersihan antara kelas. Pemenang bagi pertandingan kebersihan dan keindahan antara kelas akan diberi hadiah.  Malah untuk memastikan bilik darjah sentiasa ceria, guru-guru telah menganjurkan pertandingan bilik darjah berhias agar dapat memberi semangat kepada pelajar untuk menghias kelas mereka.

            Bagi peringkat sekolah juga, SK Sarikei juga telah terlibat dengan beberapa program kebersihan dan keindahan. Contohnya pertandingan berbintang. Pertandingan ini telah dianjurkan bagi melihat tahap kebersihan dan keindahan sekolah-sekolah yang terdapat di Daerah Sarikei. Bagi pertandingan berbintang, sekolah ini telah memenangi beberapa bahagian iaitu bilik darjah berbintang, kantin berbintang dan perpustakaan berbintang. Pertandingan ini telah dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Daerah Sarikei.

            Melainkan itu, sekolah ini juga ada menjalankan program 3K. Program 3K merupakan singkatan kepada kecerian, kebersihan dan keselamatan. Dari pemerhatian yang telah kami jalankan, kami dapat melihat bahawa sekolah ini amat mementingkan kecerian. Ini dapat dibuktikan apabila kita dapat melihat pelbagai mural-mural yang menarik terdapat pada dinding-dinding bangunan sekolah. Malah, mural-mural yang dilukiskan ini juga berunsurkan pendidikan menjadikan sekolah ini kelihatan menarik dan ceria. Manakala mengenai kebersihan, program-program mengenai kebersihan turut dianjurkan. Contohnya aktiviti gotong-royong bagi membersihkan kawasan sekolah untuk mengelakkan pembiakkan nyamuk aedes. Bagi aspek keselamatan pula, dapat dilihat guru-guru dan warga sekolah amat mementingkan aspek ini. Hal ini kerana, dapat dilihat bahawa suasana sekolah yang tidak membahayakan.

            Kesimpulannya, sekolah telah mnejalankan pelbagai program bagi mengekalkan kebersihan dan keindahan sekolah ini. Program-program yang dianjurkan ini dapat memberikan kesan yang besar kepada warga sekolah dan persekitarannya. Antaranya ialah, daripada program-program ini, kebersihan dan keindahan sekolah ini dapat dipertingkatkan. Apabila kebersihan dan keindahan sekolah dapat dipertingkatkan maka suasana persekolahan akan lebih ceria dan tidak menganggu persekitaran pembelajaran pelajar. Malah, kebersihan sekolah ini harus di jaga agar dapat mengelak daripada penyakit-penyakit yang berbahaya seperti malaria dan denggi.

4.0 SK SARIKEI SEBAGAI SEBUAH INSTITUSI YANG BOLEH DIBANGGAKAN
Sk Sarikei merupakan sebuah sekolah yang aktif dalam bidang kokurikulum dan juga kurikulum. Antara anugerah yang pernah diterima di sekolah ini ialah anugerah pada peringkat bahagian, daerah, negeri dan kebangsaan. Penglibatan pelajar yang aktif dalam bidang kurikulum dan kokurikulum mampu menjadikan sekolah ini mendapat anugerah. Sekolah ini pernah menjadi naib johan dalam pertandingan bola sepak peringkat negeri Sarawak. Selain itu, sekolah ini juga terlibat aktif dalam pertandingan bola sepak peringkat bahagian dan daerah. Oleh hal yang demikian, sekolah ini berjaya mengharumkan nama sekolah diperingkat negeri. Target mereka pada tahun ini, 2014 adalah menjadi johan peringkat negeri dalam sukan bola sepak.

            Perkhemahan unit beruniform pula berjaya mencapai peringkat kebangsaan. Perkhemahan ini diadakan di Kuala Lumpur. Seramai 2 orang pelajar telah terpilih mewakili unit beruniform masing-masing. Persatuan pengakap dan kadet remaja sekolah adalah wakil sekolah itu. Sekolah ini amat aktif dalam persatuan unit beruniform. Terdapat tiga persatuan yang ditawarkan di sekolah ini. Antaranya ialah pengakap, kadet remaja sekolah, dan bulan sabit merah Malaysia.
           
Keputusan akademik pelajar dari tahun ke tahun amat memberansangkan. Adakalanya purata keputusan peperiksaan menurun namun ianya tidak menurun secara mendadak. Kelas-kelas tambahan diadakan pada sebelah petang iaitu hari selasa dan khamis. Manakala hari isnin dan rabu pula merupakan perjumpaan untuk persatuan unit beruniform dan sukan dan permainan. Rumusan analisis keputusan UPSR dari tahun 2008 sehingga 2013 di Sk. Sarikei. Gps pada setiap tahun tersebut berubah-ubah dan masih pada tahap yang cemerlang. Contohnya, pada tahun 2013, Sk. Sarikei mendapat Gps yang cukup baik iaitu 2.46 sehingga sekolah ini dianugerahkan sijil kecemerlangan oleh jabatan pendidikan negeri Sarawak kerana penurunan gred purata sekolah dalam ujian pencapaian sekolah rendah. Pada tahun 2010, ianya mencatat jumlah Gps yang paling teruk iaitu 2.74. namun begitu, pada tahun yang sebelumnya iaitu 2008 dan 2009, sekolah ini mencatat jumlah Gps yang memuaskan iaitu sekitar 2.61 dan 2.48. Pada tahun 2011 dan 2012 pula, Gps keputusan Upsr mencatat jumlah 2.51 dan 2.57. Sedikit penurunan Gps menjadikan sekolah ini mendapat anugerah yang cemerlang. 

Selain itu, PIBG di SK Sarikei memainkan peranan tersendiri dalam menjadikan sekolah ini satu instiusi yang membanggakan. PIBG adalah satu penubuhan yang diceburi secara sukarela. AJK yang dipilih perlu menitikberatkan ciri-ciri keikhlasan, pengorbanan masa, wang ringgit dan tenaga. Fungsi PIBG ialah membantu sekolah dalam pelbagai aktiviti demi kebaikan anak-anak yang belajar di sekolah tersebut. Selain dari itu juga PIBG juga berperanan mencari sumbangan dari ahli dan orang ramai samada berbentuk wang, material mahupun tenaga bagi faedah para pelajar.PIBG yang ditubuhkan adalah bertujuan untuk mewujudkan permuafakatan antara ibu bapa dan guru di sekolah yang berkenaan. Permuafakatan seumpama ini diharapkan dapat membina kesefahaman tentang tugas dan tanggungjawab bersama dalam usaha untuk meningkatkan mutu pengajaran guru-guru dan pembelajaran murid di sekolah, selain mempertingkatkan kerjasama dan perkongsian antara pihak sekolah, ibu bapa, dan komuniti setempat. 

Bagi menentukan tokoh pelajar cemerlang dan memberi penghargaan kepada mereka, satu majlis telah diadakan. Pada Majlis Menjunjung Ilmu 2013 yang telah diadakan pada 7 November 2013 yang lalu, pihak sekolah telah bersetuju untuk memilih 2 pelajar yang dirasakan begitu tepat sekali untuk memegang gelaran sebagai Tokoh Ko-Kurikulum & Tokoh Kurikulum bagi tahun 2013. Pelajar yang terpilih untuk memegang gelaran Tokoh Ko-Kurikulum 2012 adalah Adik Mohd Hamizan bin Mohd Fakri, pelajar dari Tahun 5 dan Adik Siti Aisyah Binti Hussain, pelajar Tahun 6 untuk memegang gelaran sebagai Tokoh Kurikulum 2013. Ciri-ciri dan perwatakan yang ada pada beliau ialah Mempunyai ciri-ciri kepimpinan, Berpotensi untuk cemerlang dalam kurikulum, Seorang pelajar yang ringan tulang dalam memberi pertolongan kepada para guru, Bergiat aktif dalam bidang Ko-Kurikulum dan Ko-Akademik. Antaranya ialah mewakili sekolah dalam Pertandingan bercerita, hafazan, dan kuiz matematik dan melayakkan beliau pergi ke peringkat yang seterusnya iaitu peringkat negeri. Mereka juga pernah mewakili sekolah ke Korobori Pengakap Peringkat Negeri untuk pelajar lepasan UPSR. Selain itu, mendapat Pingat Perak untuk kategori B bagi acara "Free Sparring" untuk pelajar Bawah 12 Tahun di Kejohanan Tae Kwon Do GTF Antara Sekolah Sarawak Kali ke-20. Beliau telah Mendapat 5A dalam UPSR 2013.

Pencapaian dalam bidang Ko-Kurikulum :
Terpilih mewakili Negeri Sarawak ke Kejohanan Bola Sepak Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) Peringkat Umur Bawah 12 Tahun yang telah diadakan di Universiti Teknologi Malaysia di Skudai, Johor pada 2 hingga 9 Jun 2013 yang lalu. Beliau bermain diposisi “wing defender” dan berjaya menjaringkan gol sebanyak 2 kali. Selain itu, beliau juga terpilih mewakili Negeri Sarawak ke Kejohanan Antara Zon Untuk Kumpulan Umur Bawah 12 Tahun yang telah diadakan pada 7 hingga 11 Oktober 2012 di Kinrara Oval, Puchong, Selangor. Kejohanan adalah dibawah kendalian Persatuan Bola Sepak Malaysia bertujuan mencungkil bakat yang boleh diketengahkan untuk mewakili peringkat negeri dan kebangsaan. Beliau juga mewakili sekolah dalam Pertandingan Bola Tampar dan Sepak Takraw Peringkat Zon KDSR 4. Acara 100M L 12 dan Perbarisan Sempena Kejohanan Olahraga MSSDHT serta Olahraga bagi acara Lompat Jauh L11 dan Sepak Takraw untuk Program Pembangunan Sukan 1Murid 1Sukan.

Sekolah ini begitu aktif dalam kurikulum dan kokurikulum. Sekolah ini juga pernah diaungerahkan sebagai sekolah cemerlang pada tahun 2013 kerana telah berjaya dalam penurunan Gps Upsr. Penglibatan yang aktif dalam kokurikulum telah menjadikan sekolah ini berjaya ke peringkat negeri iaitu sukan permainan bola sepak. Selain itu, diperingkat daerah, sekolah ini berjaya mengharumkan nama apabila mendapat tempat kedua bagi pertandingan nasyid dan tempat pertama dalam hafazan.

PEMBENTANGAN OLEH :
NORSAFINA BINTI OSMAN
NORSYAZREEN BINTI ABD. RAHIM
NUR FATIN BINTI IBRAHIM

No comments: