1. Terangkan
tentang sejarah penubuhan sekolah, cogan kata, visi dan misi sekolah serta
maksud warna dan simbol pada lencana dan bendera sekolah.
Nama asal SK St. Anne, Sarikei ialah
Sekolah Rendah St Anthony (St. Anthony Primary School) dan terletak di tapak
Sekolah Menengah Bantuan St Anthony sekarang ini. Sekolah Rendah St Anthony ditubuhkan oleh
mendiang Rev. Father Ching Ting Huong pada tahun 1936 dan ditadbir oleh
Mubaligh Katolik. Beberapa tahun
kemudian sekolah tersebut telah membuka kelas-kelas menengah iaitu tingkatan 1,
2 dan 3. Dengan itu sekolah rendah dan
sekolah menengah diwujudkan dengan berkongsi bangunan. Bahasa pengantar pada masa itu ialah bahasa Inggeris
manakala sekolah rendah dalam aliran bahasa Cina diadakan pada waktu petang.
Mulai tahun 1941, pentadbiran sekolah
ini ditutup selama 3 tahun 8 bulan atas sebab Sarawak ditakluki dan diperintah
oleh tentera Jepun. Tamatnya
pemerintahan Jepun, sekolah ini dibuka emula dan berkembang maju dengan kelas
tingkatan 4 pada tahun 1960 oleh mendiang Rev. Father Rottinghuis yang
merupakan pengetua pada masa itu.
Pada tahun 1967, Sekolah Rendah St.
Antony dipisahkan daripada Sekolah Menengah Bantuan St. Anthony atas cadangan
Rev. Father Rottinghuis. Oleh itu,
bangunan sekolah rendah in mula dibina pada tahun yang sama di satu kawasan
yang berhampiran dengan gereja St. Anthony.
Pada tahun 1960, nama sekolah tersebut telah ditukar kepada St. Anne
Primary School dan guru besarnya yang pertama ialah Rev. Mother Angela Goh.
Sejarah awal sekolah ini diketuai dan
diuruskan oleh beberapa orang paderi Katholik yang datang dari negara Eropah
seperti Rev. Father Mo Hugh, Rev. Father Rottinghuis, Rev. Father Ahem, dan
Rev. Father Mogan.
Sejak penubuhannya sekolah ini telah
mendidik ramai murid dan dalam kalangan mereka kini menjadi orang
kenamaan. Antaranya ialah datuk Chong
Siew Fai, Hakim Besar Borneo dan Tuan Yang Dipertua Negeri Sarawak Allahyaham
Tun Abang Haji Openg. Allahyaham
merupakan bakas murid di sekolah itu pada wakti sebelum Perang dunia Kedua.
Bangunan-bangunan baru sekolah sama ada
sementara atau yang kekal dibina banyak kali untuk menambahkan bilangan bilik
darjah bagi menampung bilangan murid yang semakin bertambah. Umpamanya,
bangunan sekolah induk disambung sebanyak dua kali iaitu pada tahun 1974 dan
1978. Pada tahun 1978, sebuah sekolah 3 tingkat (6 bilik darjah) dibina oleh
Guru Besar Encik Teng Pang Yu. Kemudian pada tahun 1994, bangunan tersebut
disambung lagi untuk menambahkan 2 bilik darjah, 2 bilik makmal sains, sebuah
bilik perpustakaan dan sebuah bilik computer. Sekolah ini juga mempunyai sebuah
stadium yang dibina pada tahun 1982 atas usaha guru besar kedua iaitu Rev.
Sister Adriana Tiong. Stadium ini pernah digunakan untuk pertandingan Bola
Tampar Sukma pada tahun 1992.
Sekolah Kebangsaan St. Anne pernah
dilawati oleh beberapa orang kenamaan termasuk Ketua Pengarah Pelajaran
Malaysia, Dato Mohamad Murad pada 14 April 1984, Pengarah Bahagian Teknologi,
Pn Sri Hafsah Haji Nasir pada 2 Mac 1985, Menteri Sains Teknologi dan Alam
Sekitar Malaysia, Datuk Law Hieng Ding dan Menteri Muda Alam Sekitar dan
Industri Pemakanan Sarawak, Datuk David Teng Lung Chi.
Sepanjang
usia lebih dari 30 tahun ini, Sekolah Kebangsaan St. Anne telah melahirkan
ramai murid yang terkenal. Antara bekas murid yang terkenal adalah seperti Dr.
Wong Koh Ping, Dr. Lei Chang Moh dan Dr. Wong Ching King.
SK St. Anne merupakan sebuah sekolah
dalam kategori sekolah bandar jenis Gred A.
Sistem pengurusanya yang teratur, berkesan dan proaktif telah menjadikan
sekolah ini mengalami banyak perubahan yang memberansangkan serta menggalakkan. Pencapaian prestasi sekolah ini sentiasa
cemerlang dan mengkagumkan sama ada dalam bidang kurikulum, kokurikulum,
disiplin, sahsiah murid dan juga prasarana sekolah. Pencapaian prestasi SK St. Anne yang
membanggakan ini adalah hasil kerjasama dan komitmen semua warga sekolah di samping
sokongan yang padu dari pihak Lembaga Pengurusan Sekolah, PIBG sekolah,
Wakil-wakil rakyat tempatan, Ketua-ketua jabatan dan ketua-ketua masyarakat
setempat.
Walaupun SK St. Anne merupakan sebuah
sekolah bandar dan menghadapi pelbagai masalah dan halangan dalam mengharungi
arus pembangunan pendidikan yang sejajar dengan matlamat dan objektif
Pendidikan Kebangsaan tetapi warga sekolah ini tetap komited dan bekerjasama
dalam merealisasikan matlamat yang telah ditetapkan. Dalam meralisasikan wawasan sekolah ini,
warga SK St. Anne sentiasa berpegang kepada visi, misi, motto dan slogan
sekolah serta berusaha memenuhi tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Pendek kata, SK St. Anne yang terletak
di sebuah tempat berdekatan dengan Sungai Rajang mampu memiliki dan memenuhi
ciri-ciri ‘Sekolah Gemilang’ berkat perancangan dan pengurusan yang teratur dan
penuh dedikasi, komitmen yang ditunjukkan oleh semua warga sekolah, sokongan
padu pihak Lembaga Pengurusan Sekolah dan PIBG serta sumbangan dan sokongan
daripada Pejabat Pelajaran Daerah Sarikei, Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak,
Kementerian Pelajaran Malaysia, wakil-wakil rakyat dan masyarakat tempatan di
bahagian Sarikei.
Visi sekolah ini ialah Pendidikan
Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera, manakala misi sekolah ini pula
Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memebuhi Aspirasi
Negara. Motto pula Non Scholae Sed Vitae.
Matlamat Sekolah Kebangsaan St Anne,
Sarikei adalah berusaha dan komited memastikan kurikulum dan kokurikulum
cemerlang, sahsiah dan disiplin terpuji, persekitaran yang kondusif, pentadbiran
dan pengurusan yang telus dan dibantu hubungan komuniti yang erat.
Akhir sekali adalah logo sekolah di
mana yang berwarna biru melambangkan perpaduan dan keharmonian masyarakat
SKSAS, warna
Kuning melambangkan kesetiaan dan kepatuhan kepada semua undang-undang dan
peraturan, warna merah melambangkan keberanian dan kecekalan serta semangat
waja untuk mencapai cita-cita, warna putih melambangkan kesucian dan keluhuran
budi warga SKSAS, obor melambangkan semangat yang membakar dalam ciri setiap
anggota warga SKSAS untuk mencapai kegemilangan kokurikulum, simbol buku pula
mementingkan pencapaian dan kecemerlangan akademik dan alat sains melambangkan
warga sekolah mementingkan sains dan teknologi. Maksud keseluruhan lencana adalah melambangkan sekolah ini
menuntut murid mencapai keseimbangan dalam mengikut perkembangan sains dan
teknologi. Pendidikan juga adalah untuk seumur hidup mementingkan
nilai-nilai murni. Motto sekolah pula ialah Non Scholae Sed Vitae membawa
maksud pendidikan untuk seumur hidup.
Kesimpulannya,
sekolah ini mempunyai keistimewaannya yang tersendiri di mana sekolah ini
adalah ditadbir oleh
Mubaligh Katolik. Selain itu, logo yang digunakan mempunyai makna-makna yang
tertentu di mana ia dapat melahirkan perasaan bangga terhadap sekolah dalam
kalangan pelajar. Hal ini kerana sekolah ini banyak melahirkan murid yang
berjaya dalam hidupnya. Contohnya datuk Chong Siew Fai, Hakim Besar Borneo dan
Tuan Yang Dipertua Negeri Sarawak Allahyaham Tun Abang Haji Openg. Justeru,
sekolah ini merupakan sebuah institusi yang dapat dibanggakan kerana banyak
melahirkan insan-insan yang berjaya dalam kehidupan.
Rajah 1: Logo Sekolah
2.0 Program
berimpak tinggi
SK St Anne Sarikei mempunyai beberapa
program yang berimpak tinggi yang boleh dibahagikan kepada dua secara umumnya.
Pertama ialah bahagian kurikulum dan yang kedua kokurikulum. Bahagian kurikulum
bertumpu kepada akademik murid-murid sendiri terutamanya murid-murid tahun 6.
Pengambilan murid-murid tahun 1 adalah daripada Prasekolah St Anne berdasarkan
beberapa kriteria yang telah ditetapkan. Jadi disini wujud kawalan kualiti
murid-murid yang diambil. Sewaktu pengambilan murid-murid tahun 1 juga pihak
sekolah membuat permuafakatan dengan ibu bapa bagi memastikan ibu bapa sentiasa
peka dan tahu perjalanan perkembangan sekolah di samping mengetahui
perkembangan anak mereka sendiri.
Selain itu, pihak sekolah turut mengikuti
program semasa daripada Kementerian Pendidikan Malaysia seperti LINUS. Ini bagi
mengenalpasti murid-murid yang menghadapi masalah dalam membaca, mengira dan
menulis seterusnya membantu mereka mengatasi masalah tersebut. Hasilnya semua
murid mesti melepasi konstruk yang ditetapkan. Selepas tahun 3 murid-murid
tersebut sepatutnya tidak menghadapi masalah yang sama lagi. setiap darjah
mempunyai 4 buah kelas. Semua murid dalam sesebuah darjah akan ditempatkan
mengikut pencapaian masing-masing. Sekiranya keputusan mereka baik akan
ditempatkan di kelas yang hadapan. Begitu juga sebaliknya.
Apabila mereka naik ke tahun 4, 5 dan 6
diwujudkan program yang dikenali sebagai Kelas Maju. Program ini khusus untuk
murid-murid di kelas hujung yang agak kurang dalam pencapaian akademik mereka.
Mereka akan diberikan bimbingan agar dapat mencapai kejayaan sama seperti
rakan-rakan mereka. Kemudian diwujudkan pula program bimbingan rakan sebaya.
Program ini membolehkan murid yang cemerlang dalam akademik membimbing rakan mereka
yang kurang cemerlang subjek tertentu sehingga pandai. Bimbingan rakan sebaya
dijalanakan pada awal pagi sebelum masuk dan semasa rehat. Oleh sebab itu, jika
diperhati di sekitar kawasan sekolah diadakan sudut-sudut bacaan dan gazebo
yang digunakan bagi tujuan bimbingan rakan sebaya. Kadangkala masa-masa
tersebut digunakan juga untuk menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh guru.
Rasionalnya adalah rakan sebaya adalah orang yang hampir dengan murid dan mudah
untuk dicari. Pada peringkat kanak-kanak juga mereka suka mencari kawan-kawan
dan cuba menyelesaikan masalah bersama.
Tambahan pula, khusus bagi tahun 6 yang
akan menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) mereka mempunyai program
keluarga angkat. Seorang guru akan mengambil 6 orang murid untuk dibimbing
sehabis baik. Setiap petang selam sejam setengah akan ada sesi bimbingan
bermula daripada jam 1.00 petang. Kadangkala ada guru yang membawa murid balik
ke rumah atau murid sendiri yang datang ke rumah guru bagi mendapatkan
bimbingan. Ini akan merapatkan lagi hubungan guru-murid dan mempu meningkatkan
motivasi murid-murid. Tidak ketinggalan juga program motivasi untuk murid-murid
tahun 6. Seperti biasa bertujuan meningkatkan semangat mereka dan memastikan
mereka bersedia menghadapi UPSR.
Walaubagaimanapun, terdapat juga ibu
bapa yang mengadu dan memberi respon yang kurang memberangsangkan terhadap
program yang dilaksanakan oleh sekolah. Ini biasa terjadi terhadap murid tahun
6 yang mempunyai ibu bapa yang bekerjaya. Ibu bapa mereka terpaksa berkejar
untuk mengambil anak mereka dan terus balik ke pejabat. Program yang dijalankan
selepas jam 2.00 petang akan mengganggu masa ibubapa bekerja. Sungguhpun wujud
tentangan, tetapi ia tidak menjejaskan program yang dijalankan dan berkat
permuafakatan dan perbincangan antara ibu bapa dan guru berjaya menyelesaikan
masalah yang timbul.
Daripada segi penglibatan murid pula ia
amat memberangsangkan. Jadi tidak hairanlah keputusan UPSR SK St Anne sentiasa
berada pada tahap yang cemerlang. Warga sekolah sudah semestinya memberikan
sokongan padu terhadap setiap program yang dijalankan. Antara kejayaan SK St
Anne ialah Anugerah Sekolah Cemerlang Peringkat Kebangsaan 2007, Keputusan UPSR
Terbaik Peringkat Negeri Sarawak 2012, Tempat Ke-3 Public Speaking Peringkat Negeri dan Naib Johan Story Telling Peringkat Kebangsaan.
SK St Anne bukan sahaja cemerlang dalam
akademik tetapi juga kokurikulum. Ini adalah hasil usaha guru-guru dan
murid-murid yang sanggup menjalani latihan intensif untuk menyertai mana-mana
pertandingan. Guru-guru SK St Anne juga banyak yang berbakat dalam bidang
masing-masing. Misalnya Cikgu Shukri yang merupakan seorang guru tari yang
pernah memberi khidmat di IPG Kampus Rajang dalam Kursus Tarian 2014. Antara
kejayaan yang pernah dirangkul SK St Anne ialah Tempat Ke-3 pertandingan Action Song Peringkat Negeri,
Naib Johan Pertandingan Bercerita Sains dalam Bahasa Inggeris dan Johan
Pertandingan Tarian Peringkat Bahagian.
3. Menilai
dan memberi justifikasi tentang keberkesanan usaha-usaha untuk mengekalkan
keberishan dan keindahan sekolah.
Pada 19 Ogos dan 26 Ogos 2014, saya dan
ahli kumpulan saya yang terdiri daripada Abd. Jumarey, Hafizuddin dan Kashfan
telah pergi ke SK St Anne, Sarikei untuk menjalankan kajian yang disebut
sebagai Pembelajaran Berasaskan Projek. Terdapat empat soalan unit yang harus
diselesaikan. Saya berpeluang untuk mencari maklumat mengenai keberkesanan
usaha-usaha pihak sekolah dalam mengekalkan kebersihan dan keindahan sekolah.
Terdapat
pelbagai aktiviti kebersihan yang dilakukan oleh pihak sekolah. Antaranya ialah
gotong-royong harian. Gotong-royong ini melibatkan murid untuk mengutip sampah
setiap kali melihat sampah di kawansan sekolah. Murid tersebut akan memungut
dan membuangkanya ke dalam tong sampah. Hal ini bertujuan untuk menjamin
kelangsungan dan kebersihan kawasan sekolah setiap masa. Selain itu, pihak
sekolah juga ada menjalankan pertandingan kebersihan dan keceriaan kelas
sepanjang tahun semasa sesi persekolahan. Markah akan dipungut berdasarkan
kebersihan bulanan. Bagi kelas yang tercorot dari segi penilaian pula,
murid-murid dalam kelas tersebut akan diberikan hukuman untuk membersihkan
kelas. Bukan itu sahaja, pihak sekolah juga ada menjalankan program Kitar
Semula. Program ini dijalankan melalui Kelab Pencinta Alam Sekitar (PALS).
Setiap
aktiviti yang dijalankan oleh pihak sekolah seharusnya mendapatkan penglibatan
yang memberangsangkan daripada murid-murid. Oleh itu, setiap aktiviti yang
dijalankan oleh pihak sekolah terutamanya dalam mengekalkan kebersihan dan
keindahan sekolah juga berada dalam tahap memberangsangkan. Hal ini kerana
pihak sekolah memberikan maklumat dan promosi yang secukpnya agar murid mampu
melibatkan diri secara aktif. Guru-guru juga tegas terhadap murid-murid setiap
kali menjalankan program ini.
Kebanyakan
aktiviti ini mampu mengekalkan kebersihan dan keindahan sekolah. Hal ini kerana
setiap aktiviti ini memfokuskan kebersihan dan keindahan sekolah secara mutlak.
Kebersihan dapat di bentuk dengan program gotong-royong dan kebersihan kelas.
Manakala, keindahan sekolah pula dibentuk melalui aktiviti yang dijalankan oleh
Kelab Pencinta Alam Sekitar. Menurut Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, aktiviti
kebersihan yang dijalankan secara berterusan sememangnya mampu mengekalkan
kebersihan dan keindahan sekolah.
Apabila
melibatkan aktiviti sekolah, sememangnya terdapat pelbagai reaksi pihak yang
terlibat terhadap aktiviti yang dijalankan. Setiap aktiviti yang dijalankan
mempunyai tahapnya tersendiri iaitu sebelum, semasa dan selepas. Sebelum
pelaksanaan, pihak sekolah telah membuat mesyuarat dan menghasilkan kertas
kerja untuk melaksanakan program ini. Banyak perkara yang perlu dilakukan. Oleh
itu, komitmen pelaksana program seharusnya lebih tinggi agar program ini
Berjaya dijalankan. Semasa tahap semasa program pula, aktiviti ini mendapat
reaksi yang pelbagai terutama dalam kalangan murid-murid. Bagi murid yang
didedahkan dengan kebersihan daripada rumah, program ini bukannya sesuatu yang
baru bagi mereka. Manakala, bagi murid yang suka membuang sampah dan tidak
mementingkan kebersihan berasa tidak selesa dengan program yang dijalankan oleh
pihak sekolah. Hal ini kerana terdapat murid-murid yang gemar membuang sampah
merata-rata tempat. Perlakuan ini disebabkan daripada factor pembawaan daripada
rumah lagi. Namun begitu, aktiviti ini dapat membentuk reaksi mereka ke arah
yang lebih positif kerana kebersihan dan keindahan sekolah sememangnya membawa
kepada keselesaan dan suasana yang kondusif yang sesuai untuk pengajaran dan
pembelajaran murid-murid.
Sekiranya
ingin menjadi sekolah yang disanjungi dan menjadi sekolah kebanggaan kepada
seluruh warga sekolah, sudah pasti akademik dan ko-kurikulum bukanlah aspek
utama yang dinilai. Hal ini kerana kebersihan dan keindahan sekolah juga
menjadi keutamaan untuk menjadi sekolah yang layak dibanggakan. Bukan sahaja
melalui pelaksanaan aktiviti, tetapi harus mempunyai kertas kerja, dokumetasi
yang mantap serta dibentangkan dan mempunyai hasil daripada aktiviti dan
program yang dijalankan. Perkara yang paling utama ialah sekolah harus mendapat
pengiktirafan daripada Pegawai Pelajaran Daerah dan juga diperingkat
kebangsaan. Perkara sebegini akan mampu menjadikan sekolah St. Anne ini sebagai
salah sebuah sekolah yang dibanggakan.
4.0 Sekolah Sebagai Institusi Pendidikan Yang
Perlu Dibanggakan
Pentas terbaik anak-anak kita menimbah
ilmu yang tidak ternilai ialah sekolah. Sekolah yang kami pilih adalah Sekolah
Kebangsaan Saint Anne, Sarikei. Sekolah rendah adalah tempat pendidikan awal
anak-anak secara formal. Di sekolah bermulanya pembinaan peribadi dan
kecemerlangan seseorang pelajar. Sekolah juga ialah platform terbaik seseorang
individu mengorak langkah bagi mengisi otaknya bagi mengatasi segala onak dan
duri yang bakal menimpa kelak. Kerajaan negara kita yang berprihatin senantiasa
mengambil inisiatif yang tidak terhingga bagi mewujudkan sekolah yang sesuai
bagi pendidikan anak-anak kita. Pada zaman moden ini, sekolah menyediakan
pelbagai kemudahan dan kelengkapan pendidikan yang baik dan sempurna berbanding
dengan rumah tangga dan keluarga. Sekolah memainkan peranan penting sebagai
agen perubahan sosial, persediaan untuk pengajaran dan pengaliran pengetahuan
dan kemahiran.
Sejak penubuhan sekolah itu ia telah
banyak melahirkan modal insan yang berkualiti. Ada yang berkerjaya sebagai
pemimpin, berjawatan tinggi di peringkat jabatan kerajaan dan swasta, menjadi
usahawan, peniaga serta lain-lain lagi bidang kerja yang mampu dibanggakan. Apa
yang lebih membanggakan kita ialah kebanyakan generasi yang mendapatkan didikan
di sekolah ini adalah anak orang kampung yang rata-ratanya dari keluarga yang
berpendapatan sederhana dan rendah. Antaranya ialah Datuk Chong Siew Fai, Hakim
Besar Borneo dan Tuan Yang Dipertua Negeri Sarawak Allahyaham Tun Abang Haji
Openg. Allahyaham merupakan bakas murid di sekolah itu pada wakti sebelum
Perang dunia Kedua. Bekas murid yang lain adalah seperti Tuan Mohammad
Tahjuddin Bin Junaidi (Bekas Residen Bahagian Kuching), Dr. James Balai, Dr.
Joseph Yap Ah Ming, Dr. Wong Ching Chaw (PhD), Dr. Yee Chie Sing, Dr. Wong
Ching Mung (PhD), Dr. Alex Chung Ching Ming (PhD), Dr. Wong Koh Ping, Dr. Lei
Chang Moh, Dr. Wong Ching King dan Dr. Wong Hua Sieh. Sekarang, mereka ini
merupakan pemimpin masyarakat di dalam atau di luar negeri Sarawak. Oleh itu,
pihak sekolah perlu
mengaturkan strategi yang terancang untuk melahirkan pemimpin yang berwibawa. Dalam
situasi ini, pihak sekolah perlu menyediakan satu ruang yang kondusif kepada
pelajar untuk menonjolkan kepimpinan mereka. Setiap pelajar perlu diberikan
peluang untuk menjadi ahli jawatankuasa dalam kelas, persatuan kokurikulum dan
pasukan beruniform.
SK St. Anne merupakan sebuah sekolah
dalam kategori sekolah bandar jenis Gred A.
Sistem pengurusanya yang teratur, berkesan dan proaktif telah menjadikan
sekolah ini mengalami banyak perubahan yang memberansangkan serta menggalakkan.
Warga sekolah juga menampakkan saling bekerjasama dalam melaksanakan sesuatu
program. Pencapaian prestasi sekolah ini sentiasa cemerlang dan mengkagumkan
sama ada dalam bidang kurikulum, kokurikulum, disiplin, sahsiah murid dan juga
prasarana sekolah. Hasil analisis kami di sekolah ini, terdapat peningkatan
yang membanggakan dari segi pencapaian prestasi sekolah dalam Ujian Penilaian
Sekolah Rendah (UPSR). Bermula tahun 2009, calon yang mendapat A seramai 29
orang mencapai 5A. Kemudian pada tahun 2010 sekolah terus menunjukkan
peningkatan berikutan 42 orang mencapai 5 A dalam UPSR. Namun pada tahun 2011,
sekolah mengalami penurunan dalam pencapaian UPSR iaitu hanya 15 orang sahaja
yang mendapat 5A. Sekolah tidak berputus asa dalam melahirkan pelajar
cemerlang. Pada tahun 2012, 54 orang calon berjaya memperolehi 5A dalam UPSR.
Sekolah ini juga turut menyediakan
beberapa program pendidikan seperti yang disarankan oleh pihak kerajaan. Antaranya GeMS – GERAKAN MENJULANGI SARAWAK, MaCS
- Strategi Mempertingkatkan Akademik Sekolah Tahun 2013 – 2015 (TOV, OTI, ETR),
PPSMI, MBMMBI, TMK, LINUS, PROTIM dan KSSR.
Sekolah ini juga menjalankan banyak program khas untuk akademik. Ini
bertujuan untuk membangunkan dan memperkasakan pencapaian akademik pelajar.
Kami juga melihat program khas untuk akademik ini berjaya meningkatkan
pencapaian akademik pelajar dan dapat kita lihat pada pencapaian UPSR. Antara
program yang dilaksanakan adalah Program
Ekspres Pagi, Kelas
Tambahan / Maju, Kelas
Bimbingan, Program Anak Angkat, Program Khas untuk setiap matapelajaran dan Pembimbing Rakan Sebaya. Selain daripada
kurikulum, sekolah ini juga mementingkan pencapaian kokurikulum dan penglibatan
aktif pelajar dalam bidang kokurikulum. Kemajuan sekolah dalam bidang
kokurikulum juga bergerak seiring dengan bidang kurikulum. Banyak atlet-atlet
di lahirkan di sekolah ini. Antara program yang dijalankan adalah Latihan
Intensif awal pagi / petang, Penggunaan Borang penilaian Kokurikulum, Pemberian
Insentif, Latihan berkala dan Sesi Motivasi Kokurikulum.
Sekolah
di Malaysia sudah berusaha sebaik mungkin bagi menjadikan sekolah sebagai
institusi pendidikan yang perlu dibanggakan. Kejayaan sebuah sekolah bergantung
kepada Misalnya di Sekolah Rendah Saint Anne, telah merancang dan melaksanakan
pelbagai inovasi dalam melahirkan pelajar yang boleh dibanggakan sekolah. Kejayaan
dan prestasi yang cemerlang dalam UPSR setiap tahun adalah disebabkan
perancangan daru segi program, tindakan dan kerjasama oleh semua warga SK St.
Anne. Antara perancangan dan program yang dijalankan adalah seperti kelas
tambahan atau kelas maju diri untuk murid-murid tahun 6 dari bulan Januari
hingga September, gerak gempur UPSR, mantor–mentee UPSR, bengkel kecemerlangan
UPSR, english speaking day, english speaking zone, program Nilam, sudut bacaan
(setiap blok / bangunan), pondok membaca, sudut Bacaan (setiap kelas) dan piala
kecemerlangan murid. Di
sekolah ini juga mempunyai guru-guru yang berpengalaman dan pakar dalam subjek
serta bidang tertentu. Di sekolah ini juga mempunyai guru bimbingan dan
kaunseling yang berpengalaman. Malahan sekolah ini turut memiliki jurulatih
utama dlm matapelajaran tertentu seperti Bahasa Cina, tarian, bola keranjang
dan pemeriksa kertas Bahasa Inggeris
UPSR.
Saya
melihat Sekolah Kebangsaan Saint Anne, Sarikei mampu melahirkan pelajar yang
membanggakan sekolah dan masyarakat di Sarikei mahupun di Sarawak. Sekolah ini
juga sentiasa menerima anugerah kecemerlangan akademik daripada Jabatan
Pendidikan Negeri Sarawak dan Pejabat Pendidikan Daerah Sarikei. Sekolah ini
pernah memperoleh banyak anugerah dan menjadi sekolah terbaik di daerah
Sarikei. Sekolah ini juga menjadi tumpuan para ibu-bapa untuk menghantar
anaknya ke sekolah tersebut. Antara anugerah yang diperolehi adalah anugerah
Sekolah Harapan Negara pada tahun 1998 dan anugerah Sekolah Cemerlang pada
tahun 2007. Selain itu, sekolah ini juga merupakan johan Sekolah Perintis Pelaksanaan
Program Doktor Muda Negeri Sarawak dan calon Sekolah Cemerlang Program Doktor
Muda Peringkat Kebangsaan 2006.
Selain itu, Sekolah Kebangsaan Saint
Anne, Sarikei terus menunjukkan
peningkatan dari tahun ke tahun. Pelbagai anugerah atau sijil kecemerlangan
yang diperolehi dalam tempoh 2010 hingga 2012. Antara anugerah yang menjadi
kebanggan Sekolah Kebangsaan Saint Anne adalah Sijil Usaha Gigih Sempena
Perayaan Hari Guru Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2011, Sijil Penghargaan
Penyertaan dalam Program Pemantauan Kelab Pencinta Alam Sekitar (PALS) NREB
Sarawak pada Bulan Februari 2011 dan Sijil Penghargaan di atas Keputusan
Cemerlang (Penurunan Gred Purata Sekolah) dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah
(UPSR) 2012. Pencapaian prestasi SK St. Anne yang membanggakan ini adalah hasil
kerjasama dan komitmen semua warga sekolah di samping sokongan yang padu dari
pihak Lembaga Pengurusan Sekolah, PIBG sekolah, Wakil-wakil rakyat tempatan,
Ketua-ketua jabatan dan ketua-ketua masyarakat setempat.
Sekolah ini bukan sahaja cemerlang
dalam bidang kurikulum, malah turut cemerlang dan seimbang dalam bidang
kokurikulum. Penglibatan murid dalam ko-kurikulum dapat memupuk perkembangan
diri pelajar melalui aspek psikomotor, kogmitif dan efektif. Ini juga dapat
mengembangkan bakat, potensi dan minat dalam bidang atau kegiatan yang dipilih.
Bidang sukan sangat penting
dalam mengoptimumkan kecergasan fizikal murid atau pelajar di sekolah rendah
dan menengah. Sekolah ini bukan sekadar di peringkat daerah, malah terus
unggul sehingga peringkat bahagian, negeri dan kebangsaan. Pada tahun 2014,
Pertandingan tarian sekolah juga berjaya mengharumkan nama sekolah sehingga ke
peringkat negeri sarawak. Sekolah ini juga aktif dalam permainan bola tampar
sehingga ke peringkat negeri. Pada tahun 2012, Fun Jung Cheng mewakili bola
tampar sehingga peringkat kebangsaan. Sekolah ini juga aktif dalam acara
olahraga sehingga ke peringkat daerah. Antara atletnya adalah Nickson Renang,
Garry Guruh, Adelyn dan sebagainya. Oleh
itu, melalui penyertaan sehingga ke peringkat sekolah, daerah, negeri dan
kebangsaan mampu mempertingkatkan lagi keupayaan dan pengiktirafan diri pelajar
ke arah kecemerlangan.
Terdapat
beberapa faktor yang mendorong Sekolah Kebangsaan Saint Anne, Sarikei ini
menjadi institusi pendidikan yang perlu dibanggakan. Aspek-aspek tersebut
termasuklah kepimpinan, budaya sekolah, ko-kurikulum, guru dan disiplin. Faktor
pertama adalah kepimpinan. Guru besar sekolah ini mempunyai semangat yang
semangat yang tinggi, sedar akan tanggungjawabnya yang menentukan hala tuju dan
matlamat sekolah serta membentuk budaya kerja yang cekap dan seterusnya budaya
sekolah yang cemerlang. Hasil pemerhatian kami juga di sekolah ini, guru
memainkan peranan sebagai pemimpin, inventor, pengajar, pengurus dan
fasilitator kepada pelajar. Guru juga telah merancang dan melaksanakan pelbagai
program untuk pembangunan pendidikan sekolah sehingga berjaya melahirkan modal
insan yang membanggakan. Pihak sekolah ini juga telah menggunakan segala perbelanjaan
yang diberikan oleh kerajaan untuk program latihan kepimpinan seperti kem
persatuan, kem badan beruniform, seminar ataupun kursus yang dapat mencungkil
bakat kepimpinan pelajar. Sifat kepimpinan yang dipupuk dapat membentuk pelajar
yang bertanggungjawab, berfikir waras ketika membuat keputusan dan mempunyai
daya tahan fizikal dan mental yang tinggi.
Faktor
yang turut mendorong Sekolah Kebangsaan Saint Anne adalah budaya sekolah. Guru
dan pihak sekolah memainkan peranan penting dalam membentuk budaya sekolah. Dari segi
fizikal sekolah ini, kebersihan dan keselamatan dipentingkan. Sekolah ini mempunyai suasana
sekolah yang selesa, tenteram, mesra, riang di mana proses pengajaran dan
pemelajaran boleh dijalankan dengan lancar. Bangunan dan kawasan sekolah yang
bersih serta pakaian pelajar yang kemas dan keindahan kawasan sekolah dengan
adanya taman bunga atau hiasan lukisan dinding memberikan keselesaan kepada warga
sekolah. Malah, langkah-langkah keselamatan juga dititikberatkan di sekolah
ini. Dari segi aspek sosial budaya sekolah pula, pelbagai nilai murni dapat
dipupuk di kalangan murid. Mural-mural pada dinding dan papan tanda yang
mempunyai nilai murni diletakkan di kawasan sekitar sekolah. Unsur intelek dpat
dikembangkan melalui budaya sekolah seperti membaca buku, membaca surat khabar
dan bahan rujukan luar. Contohnya sekolah telah melaksanakan satu program
inovasi kawasan bawah tangga iaitu menyediakan sudut bacaaan. Sekolah juga
telah melaksanak program seperti english speaking day dan english speaking zone
untuk memperkasakan dan membudayakan penggunaan bahasa inggeris di sekolah ini.
Pendidikan
dan aktiviti kokurikulum adalah berkait rapat kerana ia menentukan corak serta
mutu kehidupan individu. Penglibatan murid dalam ko-kurikulum dapat memupuk
perkembangan diri pelajar melalui aspek psikomotor, kognitif dan efektif. Ini
juga dapat mengembangkan bakat, potensi dan minat dalam bidang atau kegiatan
yang dipilih. Perlaksanaan ko-kurikulum di sekolah ini telah meningkatkan
penglibatan kerjasama dan sumbangan dua hala antara sekolah dengan ibubapa dan
masyarakat setempat. Kesemua ini dapat menyediakan pelajar-pelajar untuk
melibatkan diri dalam kegiatan masyarakat dengan penuh keyakinan. Pihak Sekolah kebangsaan
Saint Anne, Sarikei telah menitikberatkan perkembangan ko-kurikulum kerana ia
memainkan peranan penting dalam perkembangan potensi murid. Di sekolah ini
terdapat beberapa orang jurulatih yang mahir dalam bidang tarian dan bola
tampar. Jadi, guru telah mempertingkatkan, mencungkil serta memupuk potensi dan
kebolehan mereka untuk mengharumkan nama sekolah.
Sebenarnya,
perkhidmatan seseorang guru adalah amat penting serta diperlukan oleh
masyarakat untuk mendidik generasi muda. Guru berperanan melahirkan masyarakat
yang berilmu pengetahuan. Kecemerlangan sekolah ini juga banyak dipengaruhi
oleh kejayaan guru yang mendidik pelajarnyanya. Hasil pemerhatian kami, guru
banyak mendedahkan murid-muridnya kepada ilmu pengetahuan melalui buku atau
rujukan serta menerangkan kepada mereka tentang kepentingan ilmu pengetahuan.
Malah, guru di Sekolah Kebangsaan Saint Anne, Sarikei juga boleh menceriakan
suasana pembelajaran dengan menggunakan cara mengajar atau alat bantu mengajar
yang lebih menarik untuk menarik minat membaca murid-murid. Dengan itu,
dapatlah murid-murid dipupuk dengan semangat cintai ilmu pengetahuan dan
sanggup berusaha untuk memupuk budaya ilmu dan budaya membaca. Cara ini juga
membolehkan mereka membentuk fikiran yang luas dan terbuka.
Faktor
disiplin juga mempengaruhi kejayaan sekolah. Di sekolah ini tidak mempunyai
masalah disiplin yang besar. Jika budaya
sekolah baik, maka wujudlah disiplin yang baik dalam semua aktiviti pendidikan,
iaitu tiada masalah P&P, tiada konflik, tiada pelanggaran disiplin, tiada
masalah keceriaan sekolah dan sebagainya. Jadi, pelaksanaan disiplin atau
peraturan sekolah adalah penting untuk mewujudkan persekitaran sekolah yang
selesa dan harmonis. Sekolah mempunyai suasana disiplin yang teratur tanpa
perlu membina peraturan ketat, tenang tanpa penindasan yang secara amnya adalah
selesa untuk suasana proses pembelajaran. Kementerian
Pelajaran telah bertanggungjawab untuk meningkatkan peranan guru kaunseling dan
mengurangkan beban pengajaran kepada guru tersebut. Antara teknik pelaksanaan
tindakan disiplin di sekolah ini adalah terpulang kepada guru sama ada dengan
nasihat, denda atau menyerahkan kepada guru kaunseling dan guru disiplin. Apa
yang pasti sekolah guru
memberi perhatian yang serius terhadap masalah disiplin murid dalam membentuk insan
yang seimbang dan harmonis.
Oleh
itu, kami yakin bahawa Sk Saint Anne sebagai institusi pendidikan yang perlu
dibanggakan dengan pencapaian yang cemerlang dalam bidang kurikulum dan
kokurikulum. Pendek kata, SK St. Anne memenuhi ciri-ciri ‘Sekolah Gemilang’
berkat perancangan dan pengurusan yang teratur dan penuh dedikasi, komitmen
yang ditunjukkan oleh semua warga sekolah, sokongan padu pihak Lembaga
Pengurusan Sekolah dan PIBG.
Disediakan oleh:
Abd Jumarey bin Mahmud
Emyanex Welly Tugis
Hafizuddin bin Hamdan
Kasyfan bin Alimardah
Abd Jumarey bin Mahmud
Emyanex Welly Tugis
Hafizuddin bin Hamdan
Kasyfan bin Alimardah
No comments:
Post a Comment