Penerangan
tentang sejarah penubuhan sekolah, cogan kata, visi, misi sekolah serta
maksud warna dan simbol pada lencana dan bendera sekolah.
Sekolah
Kebangsaan Sarikei telah ditubuhkan pada sekitar 1999 sehingga taun
2000. Penubuhan sekolah ini mengambil masa selama 2 tahun dan telah siap
sepenuhnya dan mula beroperasi pada tahun 2001. Sebanyak 21 orang
tenaga pengajar dan seramai 373 orang pelajar telah memulakan sesi
persekolahan di Sekolah Kebangsaan Sarikei ini. Encik Ali Bujang
merupakan guru besar yang pertama di sekolah ini.
Sekitar
tahun 16 April 2003, Cik Rokiah Anak Jilan telah menjadi guru besar
kedua bagi SK Sarikei. Namun, beliau tidak mengambil tempoh masa yang
lama sebagai guru besar di sekolah tersebut dan telah diganti oleh Puan
Rakiah @ Maimon Binti Haji Mahadi sebagai guru besar ketiga sehingga
sekarang.
Pada
tahun 2002, sebuah sekolah Pra Sekolah telah ditubuhkan dan telah
dipertanggungjawabkan kepada guru pra sekolah yang pertama iaitu Cik
Puteri Rusmiyati Binti Radin Abdul Muin dan pada 2006, sebuah lagi kelas
Pra Sekolah telah ditubuhkan.
Sekolah
ini mempunyai satu padang untuk kegunaan sukan padang, gelanggang pula
terdapat 2 iaitu gelanggang serba guna dan gelanggang petanque, makmal
computer, bangunan-bangunan kelas, perpustakaan, makmal sains dan banyak
lagi. Setiap dinding bangunan yang terdapat di sekolah ini mempunyai
lukisan mural yang berunsurkan pendidikan.
Daripada
sudut pencapaian akademik pula, peratusan kecemerlangan UPSR pada
setiap tahun menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan dan
membanggakan. Pelbagai pertandingan telah dimenangi oleh sekolah ini
semenjak ia ditubuhkan. Contohnya, peningkatan keputusan UPSR
pelajar-pelajar sekolah tersebut. Malah, sekolah ini pernah memenangi
beberapa pertandingan seperti mendapat tempat ketiga bagi pertandingan
tarian peringkat daerah Sarikei, johan bagi pertandingan bola sepak
peringkat Sarikei dan banyak lagi.
Semenjak
ditubuhkan, SK Sarikei telah menghasilkan visi dan misi untuk dijadikan
sasaran dalam membangunkan sekolah tersebut. Visi bagi sekolah ini
ialah “Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera” yang
berfokuskan kepada pembangunan modal insan yang dapat memberi sumbangan
kepada pembangunan Negara kita. Manakala misi bagi sekolah ini ialah
“Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan
Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara”. Misi sekolah ini lebih
berfokuskan kepada impian sekolah ini untuk mewujudkan sistem pendidikan
yang berkualiti.
Logo
sekolah yang telah dihasilkan oleh warga sekolah merupakan simbol yang
boleh menyimpulkan hasrat sesebuah sekolah. Bentuk bulat yang terdapat
pada logo seeoklah ini melambangkan kesepaduan kerjasama dan
permuafakatan guru dan murid dalam menjana ilmu pengetahuan. Warna
kuning pada lencana tersebut pula melambangkan kegemilangan sekolah
serta warga sekolah dan ibu bapa bagi melahirkan anak-anak berilmu
pengetahuan serta berakhlak mulia. Manakala tahun 2001 yang berada di
tengah-tengah logo membawa maksud bahawa sekolah ini telah mula
beroperasi pada tahun 2001.
Lagu
sekolah ini telah dihasilkan oleh Encik Jamaluddin Bin Ahmad dan En.
Awg Ahmad Ibrahim yang bertajuk “Gemilang Sekolahku”. Lagu ini sering
dinyanyikan sewaktu perhimpunan dan semasa adanya aktiviti formal
sekolah tersebut.
2.0 PROGRAM-PROGRAM BERIMPAK TINGGI
A) Program e-book
Di
SK Sarikei, terdapat beberapa program atau projek berimpak tinggi yang
telah dijalankan untuk membantu dalam membangunkan kecemerlangan
sekolah. Program tersebut adalah meliputi bidang kurikulum dan
kokurikulum. Dalam bidang kurikulum, salah satu program atau projek yang
berimpak tinggi yang dapat membangunkan kecemerlangan SK Sarikei ialah
program ebook dan penggunaan “smartboard” dalam kelas. Smartboard ini
juga dikenali sebagai Papan elektronik atau “Interactive White Board”. Papan jenis ini berciri interaktif. Ia merupakan sejenis papan putih yang memaparkan imej daripada monitor computer. Permukaan papan ini berfungsi sebagai satu papan sentuh (touch screen) yang besar. Papan elektronik ini mempunyai saiz yang berlainan. Pengguna boleh mengawal kedua-dua perisian daripada komputer dan dari papan.Komputer
yang disambungkan kepada papan elektronik ini boleh dikawal melalui
menyentuh permukaan papan elektronik ini. Ini boleh dilakukan dengan
menggunakan jari kita ataupun dengan menggunakan pen elektronik yang
khas untuk tujuan ini. Menurut Puan Rakiah, Guru Besar SK Sarikei,
program ebook dan smartboard ini telah dilancarkan sejak 2 tahun lepas
oleh Yang Berhormat (YB) Norah. Program ini telah dilaksanakan di
prasekolah-prasekolah di SK Sarikei ini. Terdapat tiga buah prasekolah
yang ada di sekolah ini. Setiap prasekolah dilengkapi dengan smartboard
dan komputer serta seorang juruteknik telah dilantik untuk memantau
kelancaran penggunaan program tersebut. Ebook pula diberikan kepada
setiap murid Tahun 4 untuk digunakan dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran. Pembelajaran dan
pengajaran melalui penggunaan e-Book dapat membantu pelajar-pelajar
mengurangkan beban untuk membawa buku teks ke sekolah dan
pelajar-pelajar dapat meningkatkan prestasi pembelajaran, sekolah dapat
mengurangkan bilangan pelajar yang tidak datang ke sekolah, senang
dibawa dan dapat mengakses internet bagi mencari maklumat dengan pantas. Program
ebook serta penggunaan smartboard ini adalah berdasaran sukatan
pelajaran yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan.
B)Program Latihan Bola Sepak antara sekolah-sekolah rendah di Sarikei
Program
latihan bola sepak ini telah dilaksanakan bersama dengan SK Agama MIS
Sarikei. Program ini bertujuan untuk melatih murid-murid yang mempunyai
bakat dalam sukan Bola sepak bagi mewakili bahagian Sarikei dalam
mana-mana perlawanan bola sepak. Latihan yang dijalankan adalah
sepanjang tahun. Hal ini bagi mengasah bakat-bakat murid daripada
kedua-dua buah sekolah agar dapat bermain dengan baik. Menurut Puan
Rakiah, Guru Besar SK Sarikei, melalui program latihan ini, sebuah
pasukan bola sepak khas telah ditubuhkan. Pasukan ini juga pernah
memenangi tempat pertama iaitu johan dalam perlawanan bola sepak antara
sekolah rendah pada peringkat negeri Sarawak. Pasukan bola sepak SK
Sarikei ini juga sentiasa menyertai perlawanan bola sepak pada setiap
tahun sempana Perayaan Hari Jadi Tuan Yang Terutama Negeri Sarawak.
Malah, pasukan ini pernah memenangi sebagai Naib Johan Bola Sepak Piala
Perak Sarikei.
C) Program Keagamaan Murid Tahun 6
Dalam
program ini, dapat dibahagikan kepada beberapa aktiviti sampingan iaitu
Majlis Khatamal Al-Quran serta Majlis Berkhatan bagi murid-murid Tahap 2
khusunya Tahun 6. Perlaksanaan program ini adalah bertujuan untuk
melahirkan insan yang seimbang berdasarkan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan iaitu daripada pelbagai aspek Jasmani, rohani, emosi, sosial
dan intelektual. Pihak sekolah ternyata tidak menolak kepentingan
program keagamaan dalam melaksanakan aktiviti dan program. yang
berbentuk kerohanian. Program ini adalah sangat mendapat sambutan
daripada ibu dan bapa murid. Program ini dikatakan telah bermula sejak
tahun 2005 lagi. Majlis Khatamal Al-Quran ini dijalankan adalah bagi
memenuhi program JQAF dalam sukatan pelajaran sekolah rendah.
23.0 Menilai dan memberi justifikasi tentang keberkesanan usaha-usaha untuk mengekalkan kebersihan dan keindahan sekolah.
Sekolah
Kebangsaan Sarikei merupakan sekolah yang amat menitik berat mengenai
kawasan sekolah mereka. Pelbagai usaha-usaha telah dijalankan bagi
menimbulkan kesedaran pelajar-pelajar sekolah tersebut agar kebersihan
dan keindahan kawasan sekolah berada di tahap yang memuaskan. Hal ini
penting bagi memastikan pelajar-pelajar dapat belajar dalam suasana yang
kondusif dan ceria.
Sekolah
ini juga banyak menyediakan tong sampah di sekitar kawsan sekolah. Hal
ini, bagi memudahkan pelajar untuk membuang sampah terus ke dalam tong
sampah. Malah, sekolah ini turut ada menyediakan tong sampah kitar
semula bagi tujuan sampah-sampah yang dapat dikitar semula.
Pelajar-pelajar telah diberi pendedahan awal mengenai program kitar
semula agar pelajar-pelajar dapat mengaplikasikan ilmu tersebut dalam
kehidupan seharian mereka.
Pihak
sekolah telah menggalakkan pihak luar untuk terlibat dalam program
kebersihan dan keindahan. Contohnya, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)
yang turut dijemput untuk terlibat dalam aktiviti gotong-royong sekolah
tersebut. Gotong –royong yang dijalankan di sekolah ini biasanya
dijalankan pada waktu-waktu tertentu. Tetapi pemantauan kebersihan tetap
dijalankan setiap hari dari kelas ke kelas oleh guru-guru sekolah
tersebut. Ibu bapa pelajar-pelajar sekolah tersebut juga ada
mengeluarkan beberapa sumbangan berbentuk idea dan tenaga. Pelbagai idea
telah di sumbangkan oleh ibu bapa bagi memastikan kebersihan dan
keindahan sekolah tersebut berada di tahap yang memuaskan.
Bagi
guru pula, mereka lebih banyak memberi sumbangan kepada penganjuran
program kebersihan dan keindahan sekolah tersebut. Guru-guru di sekolah
ini juga telah mengadakan pertandingan kebersihan antara kelas. Pemenang
bagi pertandingan kebersihan dan keindahan antara kelas akan diberi
hadiah. Malah untuk memastikan bilik darjah sentiasa ceria, guru-guru
telah menganjurkan pertandingan bilik darjah berhias agar dapat memberi
semangat kepada pelajar untuk menghias kelas mereka.
Bagi
peringkat sekolah juga, SK Sarikei juga telah terlibat dengan beberapa
program kebersihan dan keindahan. Contohnya pertandingan berbintang.
Pertandingan ini telah dianjurkan bagi melihat tahap kebersihan dan
keindahan sekolah-sekolah yang terdapat di Daerah Sarikei. Bagi
pertandingan berbintang, sekolah ini telah memenangi beberapa bahagian
iaitu bilik darjah berbintang, kantin berbintang dan perpustakaan
berbintang. Pertandingan ini telah dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan
Daerah Sarikei.
Melainkan
itu, sekolah ini juga ada menjalankan program 3K. Program 3K merupakan
singkatan kepada kecerian, kebersihan dan keselamatan. Dari pemerhatian
yang telah kami jalankan, kami dapat melihat bahawa sekolah ini amat
mementingkan kecerian. Ini dapat dibuktikan apabila kita dapat melihat
pelbagai mural-mural yang menarik terdapat pada dinding-dinding bangunan
sekolah. Malah, mural-mural yang dilukiskan ini juga berunsurkan
pendidikan menjadikan sekolah ini kelihatan menarik dan ceria. Manakala
mengenai kebersihan, program-program mengenai kebersihan turut
dianjurkan. Contohnya aktiviti gotong-royong bagi membersihkan kawasan
sekolah untuk mengelakkan pembiakkan nyamuk aedes. Bagi aspek
keselamatan pula, dapat dilihat guru-guru dan warga sekolah amat
mementingkan aspek ini. Hal ini kerana, dapat dilihat bahawa suasana
sekolah yang tidak membahayakan.
Kesimpulannya,
sekolah telah mnejalankan pelbagai program bagi mengekalkan kebersihan
dan keindahan sekolah ini. Program-program yang dianjurkan ini dapat
memberikan kesan yang besar kepada warga sekolah dan persekitarannya.
Antaranya ialah, daripada program-program ini, kebersihan dan keindahan
sekolah ini dapat dipertingkatkan. Apabila kebersihan dan keindahan
sekolah dapat dipertingkatkan maka suasana persekolahan akan lebih ceria
dan tidak menganggu persekitaran pembelajaran pelajar. Malah,
kebersihan sekolah ini harus di jaga agar dapat mengelak daripada
penyakit-penyakit yang berbahaya seperti malaria dan denggi.
4.0 SK SARIKEI SEBAGAI SEBUAH INSTITUSI YANG BOLEH DIBANGGAKAN
Sk
Sarikei merupakan sebuah sekolah yang aktif dalam bidang kokurikulum
dan juga kurikulum. Antara anugerah yang pernah diterima di sekolah ini
ialah anugerah pada peringkat bahagian, daerah, negeri dan kebangsaan.
Penglibatan pelajar yang aktif dalam bidang kurikulum dan kokurikulum
mampu menjadikan sekolah ini mendapat anugerah. Sekolah ini pernah
menjadi naib johan dalam pertandingan bola sepak peringkat negeri
Sarawak. Selain itu, sekolah ini juga terlibat aktif dalam pertandingan
bola sepak peringkat bahagian dan daerah. Oleh hal yang demikian,
sekolah ini berjaya mengharumkan nama sekolah diperingkat negeri. Target
mereka pada tahun ini, 2014 adalah menjadi johan peringkat negeri dalam
sukan bola sepak.
Perkhemahan
unit beruniform pula berjaya mencapai peringkat kebangsaan. Perkhemahan
ini diadakan di Kuala Lumpur. Seramai 2 orang pelajar telah terpilih
mewakili unit beruniform masing-masing. Persatuan pengakap dan kadet
remaja sekolah adalah wakil sekolah itu. Sekolah ini amat aktif dalam
persatuan unit beruniform. Terdapat tiga persatuan yang ditawarkan di
sekolah ini. Antaranya ialah pengakap, kadet remaja sekolah, dan bulan
sabit merah Malaysia.
Keputusan
akademik pelajar dari tahun ke tahun amat memberansangkan. Adakalanya
purata keputusan peperiksaan menurun namun ianya tidak menurun secara
mendadak. Kelas-kelas tambahan diadakan pada sebelah petang iaitu hari
selasa dan khamis. Manakala hari isnin dan rabu pula merupakan
perjumpaan untuk persatuan unit beruniform dan sukan dan permainan.
Rumusan analisis keputusan UPSR dari tahun 2008 sehingga 2013 di Sk.
Sarikei. Gps pada setiap tahun tersebut berubah-ubah dan masih pada
tahap yang cemerlang. Contohnya, pada tahun 2013, Sk. Sarikei mendapat
Gps yang cukup baik iaitu 2.46 sehingga sekolah ini dianugerahkan sijil
kecemerlangan oleh jabatan pendidikan negeri Sarawak kerana penurunan
gred purata sekolah dalam ujian pencapaian sekolah rendah. Pada tahun
2010, ianya mencatat jumlah Gps yang paling teruk iaitu 2.74. namun
begitu, pada tahun yang sebelumnya iaitu 2008 dan 2009, sekolah ini
mencatat jumlah Gps yang memuaskan iaitu sekitar 2.61 dan 2.48. Pada
tahun 2011 dan 2012 pula, Gps keputusan Upsr mencatat jumlah 2.51 dan
2.57. Sedikit penurunan Gps menjadikan sekolah ini mendapat anugerah
yang cemerlang.
Selain
itu, PIBG di SK Sarikei memainkan peranan tersendiri dalam menjadikan
sekolah ini satu instiusi yang membanggakan. PIBG adalah satu penubuhan
yang diceburi secara sukarela. AJK yang dipilih perlu menitikberatkan
ciri-ciri keikhlasan, pengorbanan masa, wang ringgit dan tenaga. Fungsi
PIBG ialah membantu sekolah dalam pelbagai aktiviti demi kebaikan
anak-anak yang belajar di sekolah tersebut. Selain dari itu juga PIBG
juga berperanan mencari sumbangan dari ahli dan orang ramai samada
berbentuk wang, material mahupun tenaga bagi faedah para pelajar.PIBG
yang ditubuhkan adalah bertujuan untuk mewujudkan permuafakatan antara
ibu bapa dan guru di sekolah yang berkenaan. Permuafakatan seumpama ini
diharapkan dapat membina kesefahaman tentang tugas dan tanggungjawab
bersama dalam usaha untuk meningkatkan mutu pengajaran guru-guru dan
pembelajaran murid di sekolah, selain mempertingkatkan kerjasama dan
perkongsian antara pihak sekolah, ibu bapa, dan komuniti setempat.
Bagi
menentukan tokoh pelajar cemerlang dan memberi penghargaan kepada
mereka, satu majlis telah diadakan. Pada Majlis Menjunjung Ilmu 2013
yang telah diadakan pada 7 November 2013 yang lalu, pihak sekolah telah
bersetuju untuk memilih 2 pelajar yang dirasakan begitu tepat sekali
untuk memegang gelaran sebagai Tokoh Ko-Kurikulum & Tokoh Kurikulum
bagi tahun 2013. Pelajar yang terpilih untuk memegang gelaran Tokoh
Ko-Kurikulum 2012 adalah Adik Mohd Hamizan bin Mohd Fakri, pelajar dari
Tahun 5 dan Adik Siti Aisyah Binti Hussain, pelajar Tahun 6 untuk
memegang gelaran sebagai Tokoh Kurikulum 2013. Ciri-ciri dan perwatakan
yang ada pada beliau ialah Mempunyai ciri-ciri kepimpinan, Berpotensi
untuk cemerlang dalam kurikulum, Seorang pelajar yang ringan tulang
dalam memberi pertolongan kepada para guru, Bergiat aktif dalam bidang
Ko-Kurikulum dan Ko-Akademik. Antaranya ialah mewakili sekolah dalam
Pertandingan bercerita, hafazan, dan kuiz matematik dan melayakkan
beliau pergi ke peringkat yang seterusnya iaitu peringkat negeri. Mereka
juga pernah mewakili sekolah ke Korobori Pengakap Peringkat Negeri
untuk pelajar lepasan UPSR. Selain itu, mendapat Pingat Perak untuk
kategori B bagi acara "Free Sparring" untuk pelajar Bawah 12 Tahun di
Kejohanan Tae Kwon Do GTF Antara Sekolah Sarawak Kali ke-20. Beliau
telah Mendapat 5A dalam UPSR 2013.
Pencapaian dalam bidang Ko-Kurikulum :
Terpilih
mewakili Negeri Sarawak ke Kejohanan Bola Sepak Majlis Sukan Sekolah
Malaysia (MSSM) Peringkat Umur Bawah 12 Tahun yang telah diadakan di
Universiti Teknologi Malaysia di Skudai, Johor pada 2 hingga 9 Jun 2013
yang lalu. Beliau bermain diposisi “wing defender” dan berjaya
menjaringkan gol sebanyak 2 kali. Selain itu, beliau juga terpilih
mewakili Negeri Sarawak ke Kejohanan Antara Zon Untuk Kumpulan Umur
Bawah 12 Tahun yang telah diadakan pada 7 hingga 11 Oktober 2012 di
Kinrara Oval, Puchong, Selangor. Kejohanan adalah dibawah kendalian
Persatuan Bola Sepak Malaysia bertujuan mencungkil bakat yang boleh
diketengahkan untuk mewakili peringkat negeri dan kebangsaan. Beliau
juga mewakili sekolah dalam Pertandingan Bola Tampar dan Sepak Takraw
Peringkat Zon KDSR 4. Acara 100M L 12 dan Perbarisan Sempena Kejohanan
Olahraga MSSDHT serta Olahraga bagi acara Lompat Jauh L11 dan Sepak
Takraw untuk Program Pembangunan Sukan 1Murid 1Sukan.
Sekolah
ini begitu aktif dalam kurikulum dan kokurikulum. Sekolah ini juga
pernah diaungerahkan sebagai sekolah cemerlang pada tahun 2013 kerana
telah berjaya dalam penurunan Gps Upsr. Penglibatan yang aktif dalam
kokurikulum telah menjadikan sekolah ini berjaya ke peringkat negeri
iaitu sukan permainan bola sepak. Selain itu, diperingkat daerah,
sekolah ini berjaya mengharumkan nama apabila mendapat tempat kedua bagi
pertandingan nasyid dan tempat pertama dalam hafazan.
PEMBENTANGAN OLEH :
NORSAFINA BINTI OSMAN
NORSYAZREEN BINTI ABD. RAHIM
NUR FATIN BINTI IBRAHIM
No comments:
Post a Comment