2.0 LAPORAN PROJEK
2.1 Terangkan Tentang Sejarah Penubuhan,
Cogan Kata, Visi Dan Misi Sekolah
Serta Maksud Warna Dan Simbol Pada Lencana Dan Bendera
Sekolah
Kejayaan
sesebuah sekolah bukan sahaja bergantung dengan guru atau pelajarnya tetapi
juga mempunyai satu tunjang yang dijadikan sebagai panduan untuk mencapai
kejayaan yang diingini. Antara tunjang atau matlamat yang dapat mendorong
kejayaan sesebuah sekolah seperti cogan kata, visi dan misi sekolah, maksud dan
simbol pada lencana, bendera sekolah serta sejarah sekolah yang menjadi pokok
pangkal untuk dijadikan landasan dalam mencapai sesuatu. Sekolah yang telah
dijadikan untuk projek berasaskan sekolah yang telah kami pilih adalah Sekolah
Kebangsaan Bandar Bintangor, Sarawak. Encik En. Awangku Suhaili
Bin Awangku Mohammad merupakan Guru Besar di sekolah ini. Kemudian dibantu oleh
Encik Mohd Rani Bin Arip selaku Penolong Kanan Pentadbiran, Encik Ibrahim
Drahman sebagai Penolong Kanan HEM dan Encik Jamel Anak Maleng sebagai Penolong
Kanan Kokurikulum serta dibantu oleh guru-guru dan staf yang lain. Sekolah antara yang terawal ditubuhkan
di bandar Bintangor ini boleh dihubungi di alamat Sekolah Kebangsaan Bandar
Bintangor, Pejabat Pelajaran Daerah Meradong 96500 Bintangor.
Sekolah ini mempunyai sejarahnya
tersendiri. Sebelum 1963 terdapat tiga buah sekolah di Bandar,
Bintangor iaitu SRB Kai Chung, SRK Abang
Amin dan SRB St. Augustine. SRK Abang Amin adalah sekolah beraliran Bahasa
Inggeris manakala SRB Kai Chung beraliran Bahasa Cina. Di Sekolah-Sekolah inilah tempat ibu
bapa-ibu bapa di kawasan Bandar, Bintangor menghantar anak-anak mereka untuk
persekolahan peringkat sekolah rendah.
Walau
bagaimanapun, situasi ini berubah pada tahun 1963. Pada tahun itu, tertubuhlah sebuah sekolah
baru yang bernama Binatang Town School.
Ini adalah suatu keputusan yang telah dibuat oleh Majlis Daerah
Meradong. Pada masa iu, Penguasa semua
sekolah rendah beraliran Bahasa Inggeris adalah di bawah kuasa Majlis Daerah
Binatang. Perkara yang telah mengakibatkan Majlis Daerah Meradong membuat
keputusan ini adalah kerana kesesakan bilangan murid darjah 1 di ketiga-tiga buah sekolah
ini. Maka pada tahun 1963, Binatang Town
School telah di tubuhkan unuk menampung bilangan anak-anak yang tidak dapat
diterima belajar di ke tiga-tiga sekolah ini.
Binatang
Town School bermula sejarahnya dengan membuka sebuah kelas iaitu darjah 1,
menggunakan sebuah bilik di sebelah kiri di bawah Majlis Daerah Meradong. Pada masa itu, Guru Besar ialah Encik Michael
Yong Yu Ing. Pada tahun 1964, dua buah kelas dibuka di bawah Majlis Daerah
Meradong, satu di sebelah kiri dan satu lagi di sebelah kanannya. Guru Besar pada tahun itu ialah Encik James
Tu Leh Chung. Walaubagaimanapun pada thun 1965 terdapat sebuah lagi kelas
menggunakan sebuah bilik di sebelah kanan di bawah Majlis Daerah Meradong dan
dua buah kelas pula iaitu darjah dan 3
di tempat yang mana digunakan oleh SMK Binatang sebelum itu. Tempat itu adalah di antara gelanggang tenis
Pejabat Daerah dan Kilang kasut lama yang tersedia pada masa itu.
Pada
penghujung tahun 1965, murid-murid dan guru-gurunya berpindah ke bangunan
sekolah baru yang telah dibina dan terletak di 1/2km, Jalan kelupu,
Bintangor. Seterusnya pada 7 Oktober
1966, hari Pembukaan rasmiya bangunan sekolah baru itu telah di lakukan oleh
seorang ahli Parlimen iaitu Encik Sandom ak Nyuak (Temenggong). Sekolah ini
menukarkan namanya kepada Council Town School pada 1966 dan SRK Binatang Town
atau SRK Bandar, Binatang apabila pada 196 dan
SRK Binatang Town atau SRK Bandar,Binatang apabila semua sekolah rendah
kepunyaan Majlis Daerah Meradong diambil alih oleh kerajaan Persekutuan pada
Tahun 1974.
Sekarang
sekolah ini mempunyai Persatuan Ibubapa dan Guru dan yang dipertuanya ialah
Encik Jamaluddin Awang Chee. Nama yang
terbaru sekolah ini ialah SRK Bandar, Bintangor. Sejak Kebelakang ini, sekolah ini mempunyai
murid-murid sekitar 160 orang dengan 12 orang guru termasuk Guru Besar, seorang
Pekerja Am dan seorang Tukang Masak.
Pada Tahun 1994 sebuah asrama telah didirikan untuk tempat penginapan
murid-murid yang rumahnya jauh dari sekolah.
Seterusnya
adalah cogan kata sekolah di mana Sekolah Kebangsaan Bandar Bintangor ini
berpegang teguh kepada “Ilmu Sinar Hidup”. Menurut cogan kata ini para pelajar yang menutut di sekolah ini
mempunyai kebolehan dan berpotensi untuk mencapai perkembangan yang seimbang di
bidang intelek, emosi, rohani dan jasmani. Dengan itu, seluas-luas peluang akan
diberikan kepada para pelajar untuk mengimbangkan keempat-empat bidang tersebut.
Selain itu, sekolah ini juga mempunyai visi dan misi yang menjadikannya sebagai
target untuk sekolah mereka. Visi mereka adalah “Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera”.
Manakala misi yang mereka ingin capai pula adalah “Melestarikan Sistem Pendidikan
Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi
Negara”.
Di samping itu, matlamat Sekolah
Kebangsaan Bandar Bintangor juga boleh dilihat pada lencana sekolah. Lencana
ini melambangkan identiti Sekolah Kebangsaan Bandar Bintangor. Warna yang
terdapat pada lencana sekolah ini seperti warna merah, kuning, biru, daun,
sijil, daun serta cogan kata yang terdapat di bahagian bawah lencana. Warna dan
pemilihan simbol ini mempunyai maksudnya tersendiri. Misalnya, warna merah melambangkan
semangat yang jitu untuk menuntut ilmu pengetahuan. Warna Kuning melambangkan
ketinggian martabat ilmu pengetahuan untuk semua. Manakala, daun pula
melambangkan kerjasama dan toleransi masyarakat SRK Bandar, Bintangor. Sijil
melambangkan kejayaan Sekolah dalam bidang kurikuum dan kokurikulum. Warna Biru
melambangkan kerajinan dan keharmonian kaum. Seterusnya yang terakhir iaitu
cogan kata ‘Ilmu Sinar Hidup’ yang merupakan teras dan panduan untuk
merealiasasikan Wawasan Pendidikan.
Bendera
sekolah ini juga mengambil contoh daripada gambar logo sekolah. Dengan ukuran
150 dan 95 sentimeter bendera Sekolah Kebangsaan Bandar Bintangor mengambil
warna biru sebagai warna latar belakang. Seperti yang kita tahu warna biru
melambangkan keharmonian kaum yang berbilang bangsa. Di tengah bendera tertera
gambar logo sekolah seperti yang dinyatakan sebelum ini. Di sebelah bawah bendera ini diletakkan nama
sekolah “SK Bandar, Bintangor”.
2.2 Jelaskan
Tentang Program/Projek Berimpak Tinggi Yang Dilaksanakan Untuk Membangunkan
Kecemerlangan Sekolah
Seperti
sekolah-sekolah yang lain. Sekolah Kebangsaan Bandar Bintangor juga mempunyai
program ataupun projek yang dilaksanakan untuk membangunkan kecemerlangan
sekolah. Walaupun program atau projek yang dilaksanakan tidaklah sebesar mana
namun sekolah ini mempunyai usaha untuk meningkatkan kecemerlangan sekolah
khususnya dalam bidang akademik. Antara usaha yang telah dijalankan di sekolah
ini adalah program kelas bimbingan yang menekankan kepada 3 tahap iaitu tahap
pandai, sederhana dan tahap lemah. Program ini bertujuan untuk mengesan
murid-murid yang lemah seterusnya membimbing mereka dengan membuat kelas
bimbingan agar prestasi murid dapat dipertingkatkan. Program yang seterusnya
adalah ujian yang dilaporkan sendiri oleh Guru Besar kepada Jabatan Pelajaran
Daerah. Hal ini untuk memantau tahap atau prestasi murid sekolah. Seterusnya,
program yang terakhir adalah program Laporan Dialog Prestasi. Laporan Dialog
Prestasi ini biasanya dilaksanakan selepas ujian di mana bertujuan untuk
melaporkan tahap prestasi murid-murid kepada ibu bapa mereka agar ibu bapa tahu
dengan pencapaian anak mereka sendiri serta berusaha untuk mendorong mereka
untuk berjaya. Dengan adanya program ini maka semua ibu bapa akan berbicang
dengan guru-guru mengenai anak mereka terutamanya nasihat-nasihat kepada ibu
bapa agar peka terhadap akademik anak-anak mereka. Tambahan pula program ini
berobjektifkan untuk menambahbaik keputusan UPSR dari tahun ke tahun dan
program ini berkesan apabila keputusan UPSR telah meningkat dari tahun ke tahun
dengan adanya program-program seperti yang dinayatakan tadi. Kerjasama yang
dilakukan oleh pihak guru untuk mengumpul pelbagai bahan untuk digunakan di
dalam proses pembelajaran menyebabkan kejayaan demi kejayaan dapat dicapai oleh
sekolah ini walaupun peratusannya adalah sedikit.
Bulan Bahasa Kebangsaan adalah sebuah
program yang sering dianjurkan oleh pihak sekolah di Malaysia. Tujuan program
ini diadalah adalah untuk melahirkan murid-murid yang dapat menguasai Bahasa
Melayu dan Bahasa Inggeris di samping membimbing murid-murid supaya dapat
menggunakan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sama ada dalam pertuturan mahupun
penulisan. SK Bandar Bintangor juga tidak ketinggalan dalam menjalankan Bulan Bahasa
yang mana ianya diadakan pada sekitar bulan Jun setiap tahun. Pelaksanaan
program ini telah memberi impak positif kepada murid terutama dari aspek bahasa
yang mana ianya berjaya menampakkan hasil yang berperingkat-peringkat mengikut
keupayaan murid. Selain itu, bakat murid juga dapat dicungkil menerusi program
ini. Hasilnya, SK Bandar Bintangor berjaya memenangi beberapa pertandingan
bercerita di peringkat daerah iaitu tempat ketiga pertandingan bercerita dalam
Bahasa Melayu dan keempat dalam Bahasa Inggeris.
Setiap
program yang diadakan di sekolah mestilah seimbang sama ada dari aspek akademik
mahupun kokurikulum. Hal ini selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara yang
memberi penekanan tentang perkembangan murid dari pelbagai aspek iaitu jasmani,
emosi, rohani, intelek dan sosial murid. Sekiranya pihak sekolah hanya
melaksanakan program akademik, murid-murid hanya akan berkembang dari aspek
intelek sahaja sebaliknya perkembangan aspek-aspek yang lain terabai. Keadaan
ini tidak berlaku di SK Bandar Bintangor kerana pihak sekolah telah merancang
dengan sebaik mungkin aktiviti yang bakal diadakan. Contohnya, aktiviti kelab
yang diadakan sekali seminggu yang mana kelab yang ditubuhkan di SK Bandar
Bintangor adalah berasaskan matapelajaran. Contohnya kelab Bahasa Melayu, kelab
Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Kelab-kelab sebegini sangat penting
kerana murid-murid dapat melakukan aktiviti berkaitan seterusnya dapat
mempertingkatkan ilmu pengetahuan mereka. Tambahan pula, aktiviti kelab juga
mendedahkan murid-murid mengenai kepimpinan dan disiplin yang mana ianya
terletak di dalam aspek selain dari intelek.
2.3 Menilai
Dan Memberi Justifikasi Tentang Keberkesanan Usaha- Usaha Untuk Mengekalkan Kebersihan Dan
Keindahan Sekolah
Sekolah yang bersih berupaya
menyediakan persekitaran yang kondusif bagi murid-murid untuk melibatkan diri
secara aktif di dalam kelas. Di samping itu, sekolah yang bersih juga dapat
mengelakkan murid-murid daripada terkena penyakit bawaan vektor. Sekolah yang
indah pula dapat menarik minat murid-murid untuk belajar oleh sebab suasananya
yang sejuk mata memandang. Terdapat beberapa usaha dalam mengekalkan kebersihan
dan juga keindahan sekolah yang dilakukan di SK Bandar Bintangor. Antaranya,
pihak sekolah menyediakan serta mendidik murid sekolah untuk menggunakan tong
sampah kitar semula. Tong sampah ini terdiri daripada tiga tong dengan warna
yang berbeza iaitu warna biru, coklat dan jingga. Setiap warna ini mewakili
kumpulan bahan yang berbeza. Jadi, murid-murid akan membuang sampah ke dalam
tong sampah berdasarkan kumpulan bahan yang telah diterangkan guru.
Pendedahan
mengenai aspek penjagaan kebersihan dan keindahan sekolah kepada murid juga
amat penting dalam menjaga kebersihan dan keindahan sekolah. Hal ini kerana
melalui pendedahan tersebut, murid-murid akan menjadi faham tujuan mereka
menjaga kebersihan dan juga keindahan sekolah seterusnya berusaha untuk
menjaganya. Di SK Bandar Bintangor, murid-murid telah didedahkan tentang betapa
pentingnya menjaga kebersihan dan keindahan sekolah ketika sesi pengajaran dan
pembelajaran dalam kelas terutamanya dalam matapelajaran Pendidikan Islam dan
Moral. Di samping aspek penjagaan kebersihan dan keindahan sekolah, murid-murid
SK Bandar Bintangor juga didedahkan mengenai aspek penjagaan diri yang betul.
Di SK Bandar Bintangor, murid-murid akan berbaris bagi memberus gigi selepas
makan Aktiviti tersebut merupakan satu
rutin harian yang baik dan patut diteruskan lagi.
Pihak
sekolah SK Bandar Bintangor juga telah melibatkan pihak luar dalam usaha bagi
menjaga kebersihan dan keindahan di sekolah. Antaranya ialah Jabatan Kesihatan
dan Jabatan Alam Sekitar. Penglibatan kedua-dua jabatan tersebut amat penting
kerana merekalah yang bertindak melakukan pemantauan terhadap program 3K sekolah.
Mereka akan pergi melawat ke sekolah seterusnya memberikan nasihat sekiranya
perlu. Selain itu, Jabatan Kesihatan umpamanya turut melakukan aktiviti lain di
sekolah iaitu berkenaan dengan penjagaan diri murid yang mana pegawai dari
Jabatan Kesihatan datang ke sekolah secara berkala dan mengajarkan murid untuk
memberus gigi dengan betul. Penglibatan dari pihak luar untuk membantu menjaga
kebersihan dan keindahan sekolah sangat dialu-alukan serta dihargai pihak
sekolah. Hal ini kerana pihak sekolah beranggapan mereka lebih pakai mengenai
hal tersebut
Program
gotong-royong merupakan satu aktiviti wajib dalam usaha menjaga kebersihan dan
keindahan di sekolah. Hal ini kerana melalui gotong-royong, banyak perancangan
yang tertangguh akan dapat dilaksanakan kerana mempunyai sumber manusia yang
mencukupi. Melalui gotong-royong juga, pembersihan sekolah secara besar-besaran
dapat dilakukan. Di SK Bandar Bintangor, mereka kebiasaanya akan mengadakan
gotong-royong sebanyak dua kali dalam masa setahun. Gotong-royong pertama
diadakan secara kecil-kecilan iaitu pada peringkat jawatankuasa kelas yang
terdiri daripada guru dan murid sahaja. Gotong-royong kedua pula diadakan
selepas Ujian Pencapaian Sekolah Rendah yang melibatkan Persatuan Ibu Bapa dan
Guru. Gotong-royong kedua pula dapat dilakukan secara besar-besaran kerana SK
Bandar Bintangor mempunyai Persatuan Ibu Bapa dan Guru yang aktif dan suka
membantu.
Selain
usaha yang dilakukan oleh pihak sekolah dan penglibatan pihak luar, ibu bapa
murid-murid SK Bandar Bintangor juga memberikan sumbangan yang amat besar dalam
mengekalkan kebersihan dan keindahan sekolah yang mana semua ibu bapa akan
dilibatkan dalam jawatankuasa kelas. Ibu bapa bagi murid yang menghuni asrama
pula akan diserap ke dalam program 3K sekolah yang mana mereka akan membantu
penyelaras program 3K untuk asrama bagi membersihkan dan menghias asrama semasa
program gotong-royong berlangsung. Tambahan pula, seperti yang dinyatakan
sebelum ini pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Bandar Bintangor biasanya
mengadakan program gotong-royong bagi membersihkan sekolah ini serta membantu
menyiapkan beberapa projek yang telah dirancangkan pihak sekolah bagi
mencantikkan lagi SK Bandar Bintangor. Pihak SK Bandar Bintangor berasa sangat
bertuah kerana ibu bapa murid-murid banyak yang aktif serta turun
bergotong-royong
Aktiviti
menjaga kebersihan dan keindahan sekolah telah memberikan banyak kesan kepada
SK Bandar Bintangor. Antaranya, SK Bandar Bintangor menjadi lebih bersih dan
ceria. Perkara ini jelas dalam dilihat di dalam kawasan sekolah terutama tempat
murid-murid makan serta asrama murid-murid. Kedua-dua kawasan ini dihias dengan
cantik sekali. Selain itu, aktiviti menjaga kebersihan dan keindahan sekolah
juga telah memberikan kesedaran kepada warga sekolah akan kepentingan menjaga
dan mengekalkan kebersihan serta keindahan sekolah. Perkara ini dapat
dibuktikan apabila warga sekolah sangat berdisiplin dengan membuang sampah di
tempat yang betul serta menghiaskan kawasan sekolah tanpa mengharapkan balasan.
Tambahan pula, kerjasama antara warga sekolah juga bertambah baik dengan adanya
aktiviti menjaga kebersihan dan keindahan sekolah. Hal ini kerana warga sekolah
semakin banyak berinteraksi menerusi aktiviti yang dirancang seperti program
gotong-royong.
2.4 Kemukakan Idea-Idea Yang Rasional Tentang
Sekolah Sebagai Institusi
Pendidikan Yang Perlu Dibanggakan
Sekolah merupakan
sebuah institusi yang melahirkan ilmuan dan golongan cerdik pandai. Sekolah
tempat dimana kemenjadian murid itu berlaku. Selain itu, ia juga tempat dimana
pembelajaran berlaku dari tidak tahu menulis, membaca, mengira sehingga tiga
aspek ini dapat dipenuhi. Disini juga tempat murid-murid membentuk kemahiran
komunikasi dan intrapersonal serta kemahiran sosial mereka.
Berikut merupakan idea yang rasional
untuk menjadikan sekolah sebagai institusi pendidikan guru yang perlu
dibanggakan. Idea yang pertama ialah peranan pendidik itu sendiri. Pendidik
tersebut merujuk kepada insan guru. Guru mesti mempunyai ilmu pengetahuan yang
luas serta pelbagai dalam apa-apa sahaja bidang ilmu kerana mereka merupakan
sumber rujukan murid-murid mereka. Guru mesti mempunyai sikap yang dedikasi
dalam mendidik anak-anak muridnya. Jauhi amalan diskriminasi terhadap anak
murid kerana amalan ini dapat menjejaskan prestasi atau kebolehan dan kemahiran
anak muridnya. Sebagai pendidik, seorang guru perlu menerapkan nilai
pembelajaran sepanjang hayat dalam diri mereka, hal ini kerana seorang guru
perlu meningkatan ilmu serta kemahirannya supaya mampu memberi ilmu yang
terbaik kepada anak didiknya.
Untuk menjadikan sekolah sebagai
institusi pendidikan yang dibanggakan sekolah tersebut juga perlu mempunyai
kemudahan prasarana yang lengkap serta terkini dari segi teknologi. Adanya
makmal komputer, makmal sains dan kemudahan prasarana yang lain ia dapat
membantu guru-guru dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan lebih
berkesan dan melahirkan murid yang berwibawa. Kemudahan prasarana yang lengkap
dan terkini ini juga membantu guru-guru untuk meningkatkan kemahiran dan
kebolehan mereka untuk mengajar dan menarik minat murid-murid mereka dengan
menggunakan kaedah multimedia contohnya video dan gambar serta perisian yang
berkaitan dengan pelajaran dalam membantu untuk memahamkan dan memberikan
pendidikan yang terbaik kepada anak muridnya.
Peranan pihak pentadbir atau pihak
pengurusan adalah sangat penting untuk kemajuanan dan kejayaan yang hendak
dicapai. Sekolah yang cemerlang dan berjaya adalah bermula dengan kemantapan
dan kehebatan pihak pengurusan dan pentabirannya. Dalam pengurusan ini, peranan
guru besar, penolong-penolong kanan dan guru-gurunya amat penting, ketiga-tiga
pihak ini perlu bekerjasama dengan baik untuk menjayakan misi dan visi sekolah.
Perancangan akademik , kokurikulum , hal ehwal murid dan keceriaan sekolah
harus dirangka bersesuaian dengan kemudahan dan persekitaran yang ada.
Perancangan akademik harus menyeluruh dan bukan tertumpu terhadap satu atau dua
bahagian sahaja oleh itu setiap tahap harus mempunyai program mereka sendiri.
Tumpuan yang diberikan harus seimbang dan bukan cara penyisihan atau membiarkan
yang mungkin atas sebab kurang penting. Struktur pembelajaran dalam bilik
darjah harus bersesuaian dengan tahap kebolehan murid dan menekankan pengajaran
berpusatkan murid. Penggunaan alat bantuan pengajaran yang berkesan dapat
membantu situasi pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih seronok. Menggunakan
bilik-bilik khas secara maksimum dan teknologi pendidikan yang ada menjadikan
suasana pembelajaran lebih seronok dan mencabar. Kebosanan dan kurang minat
dapat diminimakan. Aktiviti yang dijalankan sama ada dalam atau luar bilik darjah
harus berkeupayaan untuk menarik minat pelajar. Penggunaan LCD , makmal
komputer, makmal sains , bengkel , bilik seni , bilik muzik dan bili-bilik khas
yang lain harus diselengara dengan baik.Penggunaan pelbagai teknik pengajaran
akan menimbulkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang menarik.
Persekitaran sekolah yang kondusif
dan menarik dapat menghasilkan persekitaran kerja yang berkualiti. Wajah
sekolah harus menarik supaya motivasi murid dapat di tingkatkan. Jika keadaan
persekitaran sekolah yang muram maka tanggapan pertama menjadi negatif oleh itu
Program 3K harus diberikan perhatian dan dipertingkatkan dari masa kesemasa.Ia
juga merupakan elemen yang penting dan tidak harus diabaikan. Jika kita masuk
dalam kawasan sekolah. Keadaan sekolah itu cantik dan menarik makan kita akan
merasa seronok. Motivasi untuk bekerja meningkat. Gaya kepimpinan pengurusan
juga akan mempengaruhi persekitaran kerja. Gaya kepimpinan yang bersesuaian
menjadikan pesekitaran kerja aman dan tenteram maka tidak wujud perasaan
tertekan. Guru-guru dan murid akan merasa seronok melaksanakan fungsi mereka.
Landskap dan mural dinding yang menarik sudah pasti mewujudkan persekitaran
yang kondusif. Ia ditambah dengan kata-kata atau ungkapan bermotivasi
menjadikannya lebih menarik. Keadaan bilik darjah yang terurus dapat melahirkan
keadaan yang seronok untuk belajar. Tugas ini merupakan sebahagian daripada
tanggungjawab Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.
Penglibatan ibu
bapa dan PIBG adalah pelanggan sekolah oleh itu hubungan yang baik harus
diwujudkan. Jika mereka tidak ada sudah pasti tidak adanya guru dan sekolah
kerana merekalah yang melahirkan murid. Kenapa wujudnya aduan atau komplin?.
Jawapannya ialah perasaan tidak puas hati. Kenapa ia berlaku ?. Jawapannya
ialah saluran maklumat tidak sampai. Konsep sokong menyokong atau konsep saling
bersandaran harus diguna pakai dan memutuskan hubungan. Mereka dengan rela hati
akan menyumbangkan apa juga yang diminta oleh pihak sekolah. Syaratnya ialah
hubungan yang baik. Pihak pentadbir harus bijak menggunakan peluang ini jika
wujud. Pihak PIBG juga merupakan pengeluar dana untuk memajukan sesebuah
sekolah. Maka hubungan ini amat penting diwujudkan bagi menjamin keseimbangan
sekolah.
Selain daripada Kementerian
Pendidikan terdapat badan-badan kerajaan yang lain yang boleh menyumbang untuk
meningkatkan dan memberikan perkhidmatan kepada pihak sekolah untuk menjadikan
sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan yang boleh dibanggakan. Contohnya
pihak sekolah mewujudkan hubungan yang baik dengan Polis Diraja Malaysia,
Kementerian Kesihatan, Penguasa Tempatan dan lain-lain. Pihak pengurusan
sekolah harus bijak menggunakan peluang yang ada jika diberikan kesempatan
untuk menjalinkan hubungan dengan pihak tersebut. Hubungan yang baik adalah
syarat utama. Mungkin ada ibu bapa murid yang bekerja dengan agensi-agensi
tersebut oleh itu pihak sekolah harus memahami siapakah keluarga anak didik
mereka
Saiz populasi murid yang kecil
memudahkan pengurusan dan pentadbiran pengajaran dan pembelajaran dijalankan
oleh itu populasi sekitar 500 hingga 600 orang adalah sesuai jika ramai sekitar
1000 orang mungkin menjadi sukar. Saiz kecil tapi latar belakang pelajar kurang
baik maka kejayaan sedikit sukar untuk dicapai. Yang terbaik ialah saiz kecil
dan latar belakang yang baik iaitu dari keluarga yang berpendidikan tinggi. Ini
adalah pandangan umum. Pokok yang baik datangnya dari benih yang baik atau baka
yang baik dan dijaga dengan baik. Jika prestasi akademik berada pada tahap 90
hingga 95% sudah pasti ia menjadi bukti kepada pentadbiran sekolah berkesan.
Kesimpulannya, untuk menjadikan
sekolah sebagai tempat yang dibanggakan amat mencabar sekiranya kesemua elemen
yang sudah dibincangkan diatas tidak dilaksanakan dengan teliti. Menjadikan
sebuah sekolah untuk mencapai tahap kecemerlang yang diimpikan oleh setiap
pengurusan perlu bermula dengan matlamat dan disertai dengan usaha.
No comments:
Post a Comment