KAJIAN
LAPANGAN SK ABANG HAJI MATAHIR SARIKEI, SARAWAK
1.0
Pengenalan Sejarah Sekolah
Sekolah Rendah Melayu Kampung Sarikei telah
dimulakan sejak awal tahun 1924 dengan menempatkan pelajar awal belajar di
sebuah pondok bangsal berdekatan dengan tanah perkuburan lama Kampung Melayu
Sarikei. Pada tahun 1931, Guru Besar pertama yang berkhidmat di sekolah
berkenaan ialah Cikgu Wan Dollek atau lebih dikenali dengan nama Wan Abdullah.
Tenaga pengajar adalah tiga orang dengan anak didik awalnya seramai antara
50-60 orang yang keseluruhannya berbangsa Melayu. Kemudian kira-kira pada
penghujung tahun 1931 sekolah ini dipindahkan ke rumah Allahyarham Tuan Haji
Bustamam bin Haji Muhammad.
Pada
tahun 1936 sekolah ini dipindahkan pula ke permis bekas Pejabat Kerajaan (Opis
Kerajaan), Pejabat Daerah di kawasan Nyelong, Sarikei buat sementara menunggu
pelbagai usaha untuk mewujudkan tempat atau sekolah yang lebih kekal. Pada
tahun 1938 dilakukan perpindahan semula ke kediaman Lebai Haji Abdul Rahman bin
Haji Abdul Karim yang berasal dari Kampung Rejang sementara menunggu bangunan
baru yang diusahakan oleh beberapa orang individu dan Ketua-ketua Masyarakat
pada ketika itu. Di antara mereka yang mengasas dan mengusahakan penubuhan
sekolah ini ialah Tuan Haji Bijak, Tuan Haji Bustamam, Lebai Haji Abdul Rahman,
Tuan Haji Karim (Ketua Kampung), Pengiran Haji Umar Pengiran Benggala, Encik
Yusuf, Awang Putera atau Yan Mok, Imam Kampung Melayu, Sarikei pada ketika itu
dan Tuan Haji Matahir yang datang dari Kampung Binatang (Bintangor).
Berkat usaha gigih mereka ini
dan masyarakat setempat akhirnya bangunan sekolah Melayu Kampung Sarikei
akhirnya didirikan di tapak kekalnya di tepi tanah Perkuburan Kampung Melayu,
Sarikei.Sekolah Melayu Kampung Sarikei ini akhirnya diberi nama Sekolah Rendah
Kerajaan Abang Haji Matahir, Sarikei sempena nama salah seorang daripada pengasas
awalnya. Bangunan lama SRK Abang Haji Matahir yang didirikan pada tahun 1938
ini kekal di tapak lama sehingga pada tahun 1960.
Pada tahun berikutnya
bangunan baru didirikan oleh pihak Majlis Daerah Sarikei dengan sebuah blok
Bangunan bertingkat bagi enam buah kelas di Jalan Masjid Baru, Sarikei.
Bangunan itu masih kekal hingga sekarang, tetapi dengan sedikit
pengubahsuaian.Pada tahun 1989, Jabatan Pendidikan Negeri di bawah World Bank Project telah mendirikan
bangunan tambahan dan baru bagi SRK Abang Haji Matahir, Sarikei dengan kos
binaan 5.3 juta ringgit. Sekarang SRK
Abang Haji Matahir telah pun berkembang dengan pertambahan beberapa buah blok
bangunan. Sekolah ini sekarang adalah sekolah Gred A.
Sekolah ini tidak mempunyai
bendera yang spesifik, namun tetap menggunakan logo sekolah mereka sebagai
simbol kebanggaan yang akan mewakili SK Abang
Haji Matahir ke mana-mana tempat dan acara. Seperti yang dipaparkan
dalam lampiran, bentuk buku dalam sekolah ini bermaksud sekolah ini sentiasa
menjulang ilmu dan memartabatkannya sesuai dengan kedudukannya memain peranan
sebagai faktor kelangsungan bangsa Malaysia. Lima gelung berangkai itu pula
mewakili Rukun Iman dan Rukun Negara sebagai prinsip utama warga sekolah.
Bingkai yang membentuk logo sekolah itu diertikan sebagai kegigihan ke arah
kecemerlangan pelajar dan guru. Warna biru adalah lambang perpaduan, merah
sebagai tanda megah atau berani, dan putih mewakili kebersihan dan kesucian.
Cogan kata sekolah ini pula
adalah seperti yang tertera pada lencana sekolah, iaitu “Berusaha Untuk
Kecemerlangan”. Cogan kata inilah yang menjadi prinsip utama dan sebagai
pendorong utama untuk warga sekolah ini untuk berkerja keras, khususnya semua
warga pendidiknya. Kami tidak menjumpai rekod arau maklumat berkenaan siapa
yang mencipta cogan kata sekolah ini, dan kemungkinan besar dicipta bersama
logo sekolah. Bagi visi dan misi sekolah, menurut maklumat yang kami dapati,
visi dan misi semua sekolah harus seragam kerana ia merupakan arahan dari KPM.
Visi sekolah ini adalah Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera”,
manakala misi sekolah ini adalah “ Kami warga sekolah kebangsaan Abang Haji
Matahir, Sarikei akan sedaya upaya melestarikan,sistem pendidikan yang
berkualitio untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara.”
2.0
Program Kurikulum Dan Kokurikulum Berimpak Tinggi Untuk Membangunkan
Kecemerlangan Sekolah
Untuk memastikan sekolah ini boleh menjadi
sebuah sekolah yang dibanggakan, kita perlua melihat apakah jenis murid yang
akan dihasilkan oleh sekolah ini. Oleh tiu, berdasarkan maklumat yang kami
dapati, sekolah ini juga amat mengambil berat mengenai perkembangan akademik
dan kokurikulum murid kira seiring dengan FPK untuk melahirkan individu yang
seimbang dari segala sudut. Namun, sekolah ini tetap juga mengangkat kedudukan
akademik lebih sedikit berbanding kokurikulum.
Dari
segi program berimpak tinggi untuk meningkatkan kecemerlangan sekolah, terdapat
beberapa program yang dikenalpasti mampu memenuhi aspirasi sekolah ini. Antaranya
ialah kelas tambahan yang dibuat setiap hari pada waktu persekolahan dengan
menitikberatkan beberapa mata pelajaran penting. Murid sasaran ialah murid
Tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR. Masa yang diperuntukkan ialah
selama satu jam.
Untuk
menyediakan murid-murid agar lebih bersedia untuk menduduki peperiksaan UPSR,
satu kem motivasi diadakan khusus untuk murid Tahun 6 yang berlangsung selama 1
minggu di SK Abang Haji Matahir sendiri. Kem motivasi yang diadakan itu lebih
menjurus pada bantuan murid untuk menguasai mata pelajaran itu, dan memfokuskan
kepada cara-cara murid untuk menjawab soalan dalam UPSR. Ia telah diadakan pada
awal bulan Mac ini. Menurut maklumat dari informan kami, iaitu Cikgu Din, kem
ini dilaksanakan lebih awal kerana ia lebih efisien berbanding pada semester
kedua, yang sepatutnya pihak sekolah dan para murid Tahun 6 fokus pada pecutan
akhir peperiksaan.
Selain
itu, sekolah ini juga menjalankan Program Anak Angkat. Fokus program ini adalah
memastikan para murid iaitu murid Tahun 6 yang terlibat dapat memenuhi sebarang
kekurangannya khususnya dalam bidang akademik. Mana-mana murid yang dipilih
akan diletakkan di bawah jagaan seorang guru. Guru yang dipilih inilah yang
akan menjadi “ibu” atau “bapa” kepada murid-murid dibawah jagaannya. Sebarang
kekurangan atau masalah yang dihadapi oleh murid tersebut, guru hendaklah
memikirkan cara untuk membantu murid mengatasi masalah tersebut.
Jika
dilihat dari sudut kerjasama ibu bapa terhadap program-program yang
dilaksanakan, acap kali ibu bapa hanya memandang dingin akan program-program
ini dan sedikit sekali ibu-bapa yang
menunjukkan sokongan. Menurut informan kami, kebanyakkan ibu bapa yang bekerja
di sini terdiri daripada golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Ada yang
bekerja sebagai buruh, petani, nelayan, dan sedikit sahaja yang bekerja sebagai
kakitangan awam. Oleh itu, kesedaran terhadap kepentingan pendidikan adalah
amat rendah dari pihak ibu-bapa dan tampaknya tabiat ini diwariskan pula pada
anak-anak mereka. Keadaan ini serba sedikit menyukarkan usaha pihak sekolah
untuk menjalankan suatu aktiviti.
3.0
Keberkesanan Usaha-Usaha Untuk Mengekalkan Kebersihan Dan Keindahan Sekolah
Kebersihan dan keceriaan sekolah ini juga dapat
kami perhatikan menjadi keutamaan sekolah ini. Kenyataan ini dapat dibuktikan
melalui persekitaran sekolah yang teratur, cantik, dan bersih seperti yang
dipaparkan dalam gambar kami. Walaupun para pekerja melakukan kebanyakan kerja
pembersihan secara rutin, namun pihak sekolah sendiri juga memainkan peranan
yang amat besar dalam aspek keceriaan dan kebersihan sekolah.
Antara
usaha yang dapat membuktikan usaha pihak sekolah dalam aspek ini adalah program
Gotong-Royong Perdana yang menggabungkan tenaga kerja dari pihak sekolah
termasuk guru-guru dan murid serta sumbangan dari pihak ibu bapa secara
sukarela. Selain dari tujuan pembersihan dan keceriaan sekolah, ia juga untuk
merapatkan hubungan antara pihak sekolah dengan ibu bapa di samping memberi
kesedaran kepada semua pihak akan peri pentingnya persekitaran sekolah yang
bersih dan kondusif demi pembelajaran murid-murid SK Abang Haji Matahir.
Apabila aktiviti ini dijalankan, kawasan yang jarang dibersihkan akan diberi
tumpuan yang lebih seperti pembersihan kawasan longkang, tandas, stor, saliran
bumbung sekolah, tangki air, surau, kelas dan sebagainya. Aktiviti pembersihan
juga dijalankan dalam skala yang besar dalam tempoh setengah hari. Kebiasaannya
gotong-royong perdana ini dibuat pada bulan Januari sebagai persediaan
memulakan tahun persekolahan yang baru.
Dalam
kelas pula, tanggunggjawab keberishan, keceriaan, dan kecantikan kelas terletak
di bahu para murid yang menggunakan kelas itu sendiri di bawah bimbingan guru
kelas. Seperti yang kita sudah sedia maklum, penggunaan jadual pembersihan juga
digunakan di setiap kelas SK Abang Haji Matahir seperti sekolah yang lain. Guru
kelaslah yang memastikan jadual ini dipatuhi oleh para murid jagaannya dengan
baik. Hal ini menunjukkan bahawa aspek kebersihan dan keceriaan juga diberikan
tumpuan. Secara tidak langsung, murid-murid juga akan diterapkan nilai
bertanggungjawab dan nilia kebersihan.
Untuk
memastikan kebersihan dan keceriaan semua kelas terjaga setiap minggu, di SK
Abang Haji Matahir terdapat sebuah ketetapan bahawa guru bertugas pada minggu
tersebut akan pergi ke setiap kelas untuk menilai aspek kebersihan dan
keceriaan setiap kelas. Keputusan untuk kelas yang terbaik bagi aspek tersebut
pada minggu ini akan diumumkan pada minggu hadapan, iaitu perhimpunan mingguan
yang seterusnya, dan kelas yang mendapat gelaran ini akan diberikan insentif,
yang kebanyakkannya berbentuk hamper. Dengan ini, setiap kelas pastinya akan
berusaha untuk merebut gelaran tersebut. Ia merupakan suatu cara yang bijak
bagi memotivasikan murid-murid untuk terus konsisten meningkatkan aspek
kebersihan dan keceriaan kelas mereka dari minggu ke minggu.
Sudah
juga menjadi kebiasaan sekolah ini untuk setiap pagi sebelum bermulanya sesi persekolahan,
setiap murid SK Abang Haji Matahir dibawah pengawasan guru bertugas dengan
bantuan para pengawas sekolah akan membersihkan kawasan yang ditetapkan. Tugas
yang biasa dijalankan adalah mengutip dan menyapu sampah serta mengosongkan
tong sampah.
Secara keseluruhannya,
sumbangan PIBG tidaklah menonjol dalam aspek ini. Kebanyakkan usaha berkaitan
kebersihan dan keceriaan sekolah bergatung sepenuhnya kepada kebijaksanaan
sekolah merancang dan melaksanakan program kebersihan dan keceriaan. Hal ini kerana
kami difahamkan PIBG sekolah ini tidak aktif memandangkan pengerusi dan
timbalannya tidak menetap di sini. Dari sudut kos pula, kebanyakkan informan
kurang pasti jumlah yang tepat dan ia sebenarnya amat bergantung kepada
aktiviti yang dijalankan. Sekolah ini juga kurang mendapat tempat dalam
pencapaian berkenaan kebersihan dan pencapaian sekolah. Sekolah ini juga
didapati agak kurang berkolaborasi dengan pihak lain berkenaan kebersihan dan
keceriaan sekolah. Namun menurut pendapat kami, ia tidak juga menjejaskan aspek
kebersihan dan keceriaan sekolah kerana sekolah tetap menjaganya dengan
cemerlang.
Berkaitan dengan program
kitar semula, kami mendapati sekolah ini tidak berkesempatan untuk
melaksanakannya. Hal ini kerana terlalu banyak program yang perlu dikendalikan
oleh pihak sekolah sehingga merencatkan perlaksanaan program ini. Guru-guru
terpaksa menyisihkan program ini kerana kesibukan yang mereka hadapi.
4.0
Idea-Idea Yang Rasional Tentang Mengapakah Sekolah Sebagai Institusi Pendidikan
Yang Perlu Dibanggakan.
Hasil daripada lapangan projek yang dijalankan,
banyak maklumat yang diperolehi daripada pihak pentadbir sekolah bagi
membincangkan idea-idea yang rasional tentang mengapakah sekolah sebagai
institusi yang perlu dibanggakan. Antara idea yang telah dikemukan oleh
penolong kanan 1 ialah kerana sekolah merupakan tempat membina modal insan. Hal
ini kerana modal insan merupakan aset utama pembangunan negara pada masa
hadapan. Jika dilihat fokus utama kerajaan Malaysia dalam membangunkan negara Malaysia
sejak dahulu adalah menfokuskan aspek pendidikan yang diajar di sekolah rendah
dan sekolah menengah. Malah pendidikan lebih ditumpukan semasa Tun Dr. Mahathir
menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-4. Hal ini kerana beliau sedar bahawa
pendidikan sangat penting bagi melahirkan modal insan yang seimbang seperti
yang digariskan di dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan. Selain itu, jika kita
lihat sendiri bagaimana Tun Dr. Mahathir sebagai mantan Perdana Menteri
Malaysia yang sangat berkarisma adalah disebabkan beliau mendapat pendidikan di
sekolah. Tanpa melalui pendidikan di sekolah, maka beliau tidak mungkin dapat
memerintah negara apatah lagi menjadi Perdana Menteri.
Idea
ini turut dikemukakan oleh Guru Besar Sekolah Kebangsaan Haji Matahir. Beliau menambah
lagi dalam pengalaman beliau menjadi guru semasa mengajar di sekolah rendah
dahulu. Zaman dahulu, guru sekolah rendah hanya mendapat gaji yang rendah dan
dianggap sebagai profesion yang tidak dipandang berbanding dengan profesion
yang lain. Namun kini profesion perguruan merupakan pilihan ramai dan tidak
semua orang boleh menjadi seorang guru. Sebagai contoh, untuk memohon masuk ke
Institut Pendidikan Guru sahaja, proses temu duga dan ujian kecergasan fizikal
perlu dilalui oleh bakal guru pelatih yang telah terpilih. Dan tidak semua
bakal guru pelatih tersebut diserap masuk ke Institusi Pendidikan Guru. Maka,
tidak hairanlah mengapa sekolah menjadi institusi yang perlu dibanggakan. Hal
ini kerana untuk melahirkan modal insan yang seimbang, ia memerlukan seorang
guru yang profesional dan mempunyai kemahiran dalam mempelbagaikan pengajaran
dan pembelajaran di sekolah agar menarik dan mampu membentuk modal insan yang
seimbang.
Selain itu, kami juga turut menemu bual Penolong
Kanan Kokurikulum, beliau mengatakan bahawa institusi Sekolah perlu untuk kita
banggakan kerana melalui sekolah maka perpaduan dapat dibentuk. Buktinya ialah walaupun terdapat sekolah
Jenis Cina dan Sekolah Jenis India namun di Sekolah kebangsaan masih terdapat
golongan cina dan golongan india ini. Selain itu, kerajaan juga berusaha
menyatukan perpaduan kaum melalui mewujudkan sekolah wawasan dimana murid
berbilang kaum disatukan dibawah satu bumbung. Kesannya kita dapat lihat pada
masa kini Malaysia telah diangkat menjadi negara contoh di seluruh dunia
sebagai negara yang mempunyai rakyat berbilang kaum yang bersatu padu dan hidup
dengan harmoni di bawah satu negara. Maka memang wajar untuk institusi sekolah
ini kita banggakan kerana sekolah mampu menjadi tempat pemupukan negara bangsa
di peringkat awal.
Idea ini turut dikemukan oleh ketua penyelia
Pendidikan khas. Menurut beliau, institusi sekolah perlu dibanggakan kerana ia
mampu menerima untuk menempatkan murid kurang upaya untuk belajar bagi
meneruskan kehidupan pada masa hadapan. Walaupun pada mulanya agak sukar untuk
mendidik murid kurang upaya ini, namun terbukti bahawa murid pendidikan khas
juga mampu mendapat tempat dan ruang untuk bersosial seperti insan normal yang
lain. Contohnya, guru tersebut memberi contoh terdapat murid yang mempunyai
kemahiran dalam bermain peralatan muzik sejak kecil lagi tanpa bimbingan. Hal
ini membuktikan bahawa murid pendidikan khas ini mempunyai bakat yang terpendam
dan perlu dikembangkan. Oleh itu, institusi sekolah lah yang memainkan peranan
penting sebagai pusat ilmu untuk membentuk insan yang bermula dari kosong. Maka
terbukti bahawa institusi sekolah perlu untuk kita banggakan.
5.0
PENUTUP
Sebagai penutup, saya mendapati bahawa warga
pendidik begitu menyokong bahawa institusi sekolah perlu untuk dibanggakan atas
beberapa faktor antaranya ialah kerana insitusi pendidikan menjadi tempat untuk
membina modal insan yang akan menjadi aset pembangunan negara pada hadapan.
Selain itu, kerana sekolah merupakan tempat pemupukan negara bangsa dari paringkat
awal. Dan juga kerana sekolah mampu menerima untuk menempatkan murid kurang
upaya untuk belajar bagi meneruskan kehidupan pada masa hadapan.
DISEDIAKAN OLEH:
ANDY MOLTAR ANAK SIN
MOHD NUR AMIN BIN RAHIM
NASHRULLAH BIN ANDY AHMAD
No comments:
Post a Comment