1.0 PENERANGAN TENTANG SEJARAH SEKOLAH, COGAN KATA, VISI DAN
MISI SEKOLAH SERTA MAKSUD WARNA DAN SIMBOL PADA LENCANA DAN BENDERA SEKOLAH
SEJARAH
SEKOLAH
Sejarah awal penubuhan Sekolah
Kebangsaan Agama Majlis Islam Sarawak Sarikei, ditubuhkan pada tahun 1992 oleh
Kerajaan Negeri Sarawak. Pada ketika itu SK Agama tidak mempunyai bangunan
sendiri. Namun demikian, masalah bangunan bukanlah satu penghalang kepada
Kerajaan Negeri Sarawak untuk menubuhkan Sekolah Kebangsaan Agama di Bahagian
Sarikei.
Justeru
itu, seorang pegawai dari Jabatan Agama Islam Sarawak telah dihantar ke Sarikei
untuk meninjau dan mencari bangunan sementara. Pada permulaannya pilihan pertama
ialah bangunan LAKISRI (di atas Premis Sugar Bun). Memandangkan ketidaksuaian
sekolah beroperasi di atas premis makanan, maka pegawai tersebut telah meninjau
bangunan lain di sekitar Sarikei. Akhirnya Bangunan MAKSAK Bahagian Sarikei
telah dipilih kerana kesesuaiannya untuk dijadikan sekolah sementara.
Maka
sesi persekolahan SK Agama MIS Sarikei pun mula beroperasi pada 1 Disember 1992
di Bangunan MAKSAK Bahagian Sarikei dengan En. Ali Bin Bujang sebagai Guru
Besar pertamanya. Pada awal penubuhannya, tenaga pengajar adalah seramai enam
orang iaitu 4 orang guru dari Jabatan Pendidikan dan dipertanggungjawabkan
untuk mengajar matapelajarasn teras manakala 2 orang guru dari Jabatan Agama
Islam Sarawak pula bertanggungjawab mengajar mata pelajaran Bahasa Arab.
Pengambilan
awal pelajar adalah seramai 50 orang iaitu 25 orang pelajar lelaki dan 25 orang
pelajar perampuan. Kemasukan pelajar tersebut adalah setelah lulus menduduki
Ujian Kemasukan Ke Tahun satu Sekolah Agama yang dikendalikan bersama oleh
Jabatan Pendidikan Bahagian dan Jabatan Agama Islam Sarawak.
Memandangkan
Bangunan MAKSAK tidak dapat menampung bilangan pelajar yang bertambah setiap
tahun, maka Jabatan Agama Islam Sarawak dangan kerjasama Kerajaan Negeri
Sarawak telah membina sebuah sekolah bangunan sementara di tapak sebenar iaitu
di Lot 1150 Kampung Seberang, Jalan Rentap, Sarikei. Sesi persekolahan di tapak
sebenar pun bermula pada 10 Mac 1997. Setelah sekian lama menanti, bangunan
tetap yang baru telah siap dibina pada 1 Ogos 2002. Bangunan tetap ini telah
digunakan sepenuhnya mulai 2 Ogos 2002 hingga sekarang.
Senarai nama-nama Guru Besar yang
pernah bertugas di Sekolah Kebangsaan (A) Majlis Islam Sarawak, Sarikei.
1.
Encik Ali Bin Bujang 14.11.1992
hingga 20.07.1993
2.
Awg.ku Ibrahim Bin Awg. Hussein 21.07.1993
hingga 09.07.1995
3.
Puan Maria Bt. Razali 10.07.1995
hingga 20.04.1097
4.
En. Nasir Bin Masani 21.04.1997
hingga 30.12.1997
5.
En. Abd. Aziz Bin Muraee 31.12.1997
hingga 24.11.1998
6.
Cik. Husfa Bt. Jamaluddin 25.11.1998
hingga 02.11.2001
7.
Ustaz. Mahdi Bin Ain 03.11.2001
hingga 04.11.2002
8.
En. Aziz Bin Bawi 05.11.2002
hingga 16 Jun 2007
9.
Ustaz Mahdi Bin Ain 1
September 2008 Hingga sekarang
Cogan
kata "Berilmu, Berbakti, Beribadah":
Usaha yang gigi dan berterusan
merupakan teras untuk membentuk insan cemerlang, gemilang dan terbilang. Cogan
kata ini sejajar dengan hasrat sekolah, murid-murid serta ibu bapa bagi
melahirkan murid-murid yang berilmu pengetahuan sama ada duniawi atau akhirat
serta sentiasa berusaha dengan bersungguh-sungguh dalam mencapai kecemerlangan
dalam semua bidang termasuk golongan ikhtisas yang berwibawa dan modal insan
yang terserlah cirri-ciri keislamannya.
Visi
:
Pendidikan berkualiti ,
Insan terdidik,
Negara sejahtera
Misi
:
Melestarikan sistem pendidikan yang
berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara
Moto
sekolah :
Skamis sekolah terbilang di bahagian
sarikei
Konsep
:
Melahirkan para ikhtisas yang
berteraskan agama yang kukuh
KETERANGAN
LENCANA ATAU LOGO SEKOLAH S.K (A) MAJLIS ISLAM SARAWAK, SARIKEI 2007
Bentuk Perisai
Bentuk perisai melambangkan kekuatan,
kesepaduan, kerjasama, permuafakatan serta tekad guru dan murid demi
mempertahankan kualiti pendidikan dalam menjana ilmu pengetahuan.
Warna hijau
Warna hijau adalah warna sekolah yang
melambangkan teras keislaman yang manjadi pegangan warganya dalam menjana
kegemilangan dan berkomited untuk melahirkan anak-anak yang soleh dan soleha
serta mulia dan teguh akhlak dan elok pekertinya.
Tahun 1992
Tahun penubuhan sekolah ini.
Buku terbuka
Melambangkan ilmu pengetahuan yang
seharusnya ditimba semaksimumunya.
Bintang
Merangkumi cita-cita tinggi seluruh
warga SKAMIS dalam menggapai kecemerlangan dan kegemilangan ilmu berlandaskan
rukun Islam yang kelima.
Warna biru
Warna Biru melambangkan perpaduan dan
keseluruhan serta komitment menuntut ilmu dan membentuk insane yang berakhlak.
Jalur Merah
Melambangkan keberanian, kesungguhan
dan pengorbanan warga SKAMIS dalam usaha berterusan untuk mengejar
kecemerlangan.
Jalur Hitam
Melambangkan kecekalan dalam menimba
ilmu pengetahuan dunia dan akhirat.
Jalur Kuning
Menggambarkan keagungan perundangan
dan peraturan serta kestabilan dalam warga SKAMIS
Warna Hijau
Melambangkan kehormanian dan
kesantunan warga skamis.
MOTTO
SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan Agama (MIS) Sarikei
sekolah yang terbilang dibahagian Sarikei
PIAGAM
PELANGGAN SEKOLAH KEBANGSAAN AGAMA SARIKEI:
Kami warga SK. AGAMA SARIKEI dengan penuh
ihtizam berjanji memberi perkhidmatan dan pendidikan cekap, professional dan
mesra dengan:
§
Menentukan
semua murid mendapat ilmu dan pendidikan yang sempurna
§
Memberi
perhatian dalam pendidikan kepada semua murid tanpa mengira kaum, latarbelakang
dan kepercayaan.
§
Menentukan
murid-murid sudah dapat membaca, mengira dan menulis selepas 6 bulan di tahun 1
§
Memastikan
murid-murid menerima tunjukajar yang maksimum
§
Memastikan
murid-murid dapat mengamalkan segala ilmu pendidikan yang diperoleh dengan
jujur dan ikhlas
§
Menyeimbangkan
keperluan jasmani dan rohani murid-murid agar menjadi murid-murid yang
bertanggungjawab serta berketrampilan
§
Menyediakan
bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran bagi murid-murid agar memperoleh
pembelajaran yang efektif
§
Memastikan
murid-murid belajar, mengamal, bertaqwa, jujur, amanah, ikhlas dan
berketrampilan pada setiap masa
Lagu sekolah
Putera
puteri SK Agama
Kita
semaikan benih ketaqwaan,
Putera
puteri SK. Agama,
Berilmu,
Berbakti dan Beribadah,
Amalan
murnikan terpahat,
Kita
suburkan,
Cahaya
keimanan,
Melalui
amalan harian,
Semangat
terpahat,
Kekuatan
tekad,
Ilmu
yang baik disambut hangat,
Kepada
agama, bangsa dan negara,
Berganding
jalan seiring,
Menuju
kearah wawasan sekolah,
Mencapai
hasrat falsafah,
Kita
katakana,
Kita
kotakan,
Kita
buktikan,
Kita
amalkan,
Kita
cernakan,
Kearah
kecemerlangan.
2.0 JELASKAN PROGRAM KURIKULUM DAN KOKURIKULUM BERIMPAK TINGGI
UNTUK MEMBANGUNKAN KECERMERLANGAN SEKOLAH
PERMATA
SKAMIS
Sebenarnya pelbagai program yang telah
dijalankan di Sekolah Rendah Agama Sarikei yang mampu memupuk kecermerlangan
sekolah dari segi kurikulum mahupun kokurikulum. Namun demikian, hasil dapatan
daripada responden menyatakan terdapat satu program besar sekolah yang
benar-benar memberi impak yang tinggi kepada diri murid serta warga sekolah
tersebut dan dilaksanakan pada setiap tahun. Program yang dimaksudkan ialah
program yang diberi nama PERMATA SKAMIS. PERMATA SKAMIS ini merupakan satu program
yang memberi fokus kepada murid tahun 6 untuk meningkatkan lagi kefahaman
mereka dalam satu-satu subjek yang bakal dilalui sepanjang UPSR kelak.
Pelaksanaan program ini adalah berlaku dalam bilik darjah dan terdapat seorang
guru yang bertindak sebagai pembimbing. Setiap guru yang terlibat dalam
mengajar subjek peperiksaan dikehendaki terlibat dalam program ini dan sedaya
upaya membantu para murid untuk menguasai subjek ataupun topik yang diajar pada
hari tersebut.
Pelaksanaan
program ini berlaku sebanyak tiga kali seminggu iaitu pada hari Isnin, Rabu dan
Jumaat. Juga, program ini dijalankan pada sebelah petang iaitu bermula pada jam
2.30 p.m. Pembahagian giliran untuk guru yang mengendalikan program ini adalah
tertera pada rajah di bawah:
HARI
|
SUBJEK
|
ISNIN
|
BAHASA
MELAYU
(PEMAHAMAN
& PENULISAN)
|
RABU
|
BAHASA
INGGERIS
|
JUMAAT
|
MATEMATIK
|
ISNIN
|
SAINS
|
RABU
|
BAHASA
ARAB
|
Selain itu, program ini melibatkan
guru, murid dan kakitangan sekolah. Peranan guru dan murid ialah melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran dan kakitangan sekolah pula bertindak menyediakan
alatan ataupun bahan yang diperlukan sepanjang program ini berlangsung contoh
seperti kertas, membuat salinan bahan dan sebagainya. Untuk pengetahuan, semua
warga sekolah tersebut memberi respon dan menyambut dengan baik program ini
keranan mereka percaya, program seperti ini mampu melonjakkan kecermerlangan
sekolah.
Untuk kos pula, sebenarnya program ini
tidak melibatkan kos khusus yang tinggi. Hal ini kerana, ia tidak memerlukan
bahan yang terlampau banyak dan bahan yang disediakan juga mengikut budi becara
guru. Maksudnya disini, semua bahan yang hendak dipersembahkan kepada murid
disediakan oleh guru itu sendiri dan dibantu oleh kakitangan sekolah. Pun
begitu, terdapat beberapa prosedur dalam menjayakan program ini. Prosedur ini
dapat dibahagikan kepada sebelum, semasa dan selepas. Sebelum program ini
dijalankan, Penolong Kanan 1 telah membentangkan kertas kerja dalam mesyuarat
yang dijalankan. Setelah mendapat persetujuan semua pihak, barulah program ini
dijalankan di peringkat sekolah. Semasa program ini dijalankan pula, guru
subjek, murid dan kakitangan sekolah telah melaksanakan program ini iaitu
seperti mana yang tertera dalam jadual di atas. Selepas program ini dijalankan,
iaitu setelah selesai UPSR pada tahun tersebut, semua guru dan kakitangan
sekolah telah melakukan refleksi untuk penambahbaikan dalam program ini.
Ternyata program ini telah memberi
impak yang tinggi kepada sekolah mahupun warga sekolah. Hal ini kerana,
keputusan setiap murid di sekolah tersebut meningkat setiap tahun. Hal ini
dibuktikan dalam helaian gambar yang terdapat di lampiran yang menyatakan di
mana ia menujukkan purata keputusan sekolah kian menaik. Secara tidak langsung,
apabila keputusan para murid memberangsangkan, keputusan setiap aktiviti
kokurikulum juga menaik dan positif.
3.0 MENILAI DAN MEMBERI JUSTIFIKASI TENTANG
KEBERKESANAN USAHA-USAHA UNTUK MENGEKALKAN KEBERSIHAN DAN KEINDAHAN SEKOLAH
Untuk SK Agama Sarikei, terdapat dua
usaha yang dilakukan secara berterusan dari semasa ke semasa. Pertama ialah
melaksanakan jadual khidmat murni. Melalui jadual ini, pembahagian tugas
pembersihan dalam kalangan murid diadakan bagi memastikan setiap murid
bersama-sama terlibat dalam usaha mengekalkan kebersihan sekolah. Murid-murid
akan dibahagikan kepada beberapa buah kumpulan yang mewakili zon-zon
pembersihan di sekolah.
Setiap kumpulan akan bertugas di zon
yang telah ditetapkan pada setiap pagi untuk kerja-kerja pembersihan. Malah,
setiap kumpulan tersebut bertanggungjawab akan kebersihan zon yang telah
ditetapkan. Ini bermaksud murid yang bertugas untuk sesuatu zon tersebut akan
sentiasa menjaga kebersihan zon masing-masing. Kemudian, jadual zon pembersihan
akan bertukar setiap hari bagi memastikan setiap murid berpeluang untuk menjaga
setiap zon yang ada. Pelaksanaan usaha ini sudah menjadi budaya yang berterusan
di SK Agama Sarikei.
Kedua
ialah memurnikan kawasan landskap sekolah. Usaha ini banyak disumbangkan oleh
guru secara sukarela. Kesungguhan dan perasaan cinta akan sekolah dalam
kalangan guru dapat dibuktikan melalui hasil mural yang telah menghiasi dinding
sekolah SK Agama Sarikei. Kebanyakan projek membuat mural tersebut adalah sumbangan
duit guru sendiri. Ini bermaksud guru SK Agama Sarikei tidak mengharapkan
peruntukan dari pihak luar untuk memulakan kerja-kerja menceriakan kawasan
sekolah. Setiap mural yang diusahakan membawa mesej yang tersendiri seperti
asmaul husna, tulisan jawi, sudut panitia, dan sebagainya.
Guru besar bertindak sebagai pendorong
dan penggalak semangat untuk guru-guru yang lain berusaha meningkatkan
keceriaan sekolah. Selain daripada mural, guru SK Agama Sarikei juga ada
mengusahakan kawasan kecerian seperti taman burung, taman SPBT (Skim Pinjaman
Buku Teks), dan taman Sains. Secara rumusnya, kesemua usaha yang dilakukan
untuk meningkatkan kecerian sekolah merupakan hasil titik peluh warga SK Agama
Sarikei sepenuhnya. Ketiadaan peruntukan dari kerajaan tidak menghalang sekolah
ini untuk terus membangun dan berkembang dari aspek keceriaan dan kebersihan
sekolah.
Hasil
daripada kesungguhan dan keikhlasan untuk mengekalkan kebersihan dan keceriaan
sekolah, SK Agama Sarikei semakin dikenali di masyarakat luar. Beberapa
anugerah dan kemenangan telah berjaya dicapai dalam bidang kebersihan dan
keceriaan sekolah. Antara yang paling terbaharu adalah dinobatkan sebagai Johan
untuk Pertandingan Kebersihan Sekolah Peringkat Antarabangsa bagi tahun 2013.
Setiap
usaha yang dilakukan untuk mengekalkan kebersihan di SK Agama Sarikei
melibatkan semua pihak. Seperti mana lazimnya, guru besar akan bertindak
sebagai ketua untuk usaha melakukan kerja-kerja pembersihan. Guru besar akan
meronda pada setiap pagi untuk memastikan mereka yang bertugas ada menjalankan
tugas masing-masing. Kemudian, guru pula bertindak sebagai pemantau pelajar
yang bertugas. Seperti mana tugas pelajar, guru juga dibahagikan kepada
beberapa kumpulan yang kecil untuk memantau kumpulan pelajar yang bertugas.
Bagi pelajar pula, jadual bertugas akan bertukar pada setiap bulan yang merujuk
kepada zon-zon pembersihan yang tertentu.
Secara rumusnya, guru besar memainkan
peranan yang sangat penting untuk memastikan rombakan dan semakan terhadap
jadual yang telah ditetapkan sentiasa dilakukan. Hal ini adalah untuk menjamin
bahawa nilai kerjasama antara semua pihak sentiasa terjalin. Malah, nilai
tentang kebersihan dan kerjasama ini sentiasa ditekankan pada setiap pagi
semasa perhimpunan mingguan diadakan. Apa yang istimewa di SK Agama Sarikei
adalah perasaan cinta akan sekolah wujud dalam diri semua pihak. Perasaan
inilah yang mendorong semua pihak sentiasa bersungguh-sungguh untuk mengekalkan
kebersihan sekolah.
Namun
begitu, tidak dapat dinafikan juga wujud beberapa kekangan yang sentiasa
menjadi cabaran kepada sekolah. Antaranya ialah tiada peruntukan yang
disediakan oleh kerajaan untuk meneruskan dengan lebih lanjut kerja-kerja
kebersihan dan keceriaan. Pelbagai usaha dan medium yang telah digunakan untuk
memohon peruntukan, namun begitu menurut guru besar sampai kini, SK Agama
Sarikei tidak pernah diluluskan peruntukan untuk bidang tersebut. Maka, jalan
penyelesaian yang dilakukan untuk meneruskan perancangan asal adalah dengan
peruntukan sendiri dari sumbangan guru-guru. Selain itu, terdapat juga beberapa
orang pelajar yang sentiasa leka dan tidak bersungguh-sungguh dalam menjalankan
tugas. Oleh itu, bimbingan secara berterusan sentiasa dilakukan bagi membentuk
akhlak yang baik dalam diri pelajar seperti ini.
4.0 BINCANGKAN IDEA-IDEA YANG RASIONAL TENTANG MENGAPAKAH
SEKOLAH SEBAGAI INSTITUSI PENDIDIKAN YANG PERLU DIBANGGAKAN
Pendidikan
merupakan aset utama dan perkara yang paling penting dalam kehidupan seseorang
individu. Pendidikan dianggap sebagai tulang belakang kepada kehidupan kita.
Tanpa pendidikan, kehidupan kita menjadi tidak bermakna dan tidak berguna.
Pendidikan boleh diperolehi di mana-mana sahaja namun, tempat yang paling
sesuai untuk memperolehi pendidikan yang lebih bermakna adalah institusi
pendidikan. Institusi pendidikan boleh terdiri daripada sekolah, universiti,
pusat latihan dan kolej. Sekolah merupakan institusi pendidikan yang perlu
dibanggakan oleh setiap pelusuk masyarakat di dunia ini. Mengapa sekolah
sebagai institusi pendidikan perlu dibanggakan?
Setelah menjalankan kajian lapangan
di Sekolah Agama Sarikei, Sarawak, persoalan tersebut dapat dijawab berdasarkan
maklumat-maklumat yang telah diperolehi. Idea-idea rasional mengapa sekolah
sebagai institusi pendidikan yang perlu dibanggakan boleh dibahagikan kepada
tiga idea utama. Pertama ialah sekolah sebagai pusat ilmu pengetahuan.
Sepertimana yang diperhatikan, sekolah berperanan sebagai saluran untuk
menyampaikan pendidikan kepada generasi muda. Berdasarkan maklumat yang
diperolehi, sekolah merupakan pusat ilmu pengetahuan yang sangat efektif. Hal
ini kerana sekolah merupakan institusi pendidikan yang menjalankan pembelajaran
secara formal. Pembelajaran secara formal bermaksud pembelajaran yang diterima
secara langsung dan dikendalikan oleh sesebuah institusi. Berbeza dengan
pembelajaran tidak formal yang berlaku di luar sekolah, pembelajaran kanak-kanak
diterima secara tidak langsung tanpa penerangan dan bimbingan yang sepenuhnya
namun jika disekolah, pembelajaran dapat diterima secara langsung.
Pembelajaran
secara formal di sekolah menyediakan pembelajaran secara teratur dan
bersesuaian dengan kebolehan murid dan kesannya kepada murid adalah sangat
positif. Pembelajaran murid adalah berpandukan kepada Rancangan Pelajaran
Tahunan (RPT) dan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) di mana RPT dan RPH ini
disediakan oleh guru bagi menyediakan pembelajaran yang teratur kepada murid
mengikut tahap kebolehan mereka. Pembelajaran formal ini juga pembelajaran yang
melibatkan guru dengan murid di mana guru berperanan menyampaikan pembelajaran
secara langsung kepada murid.
Sekolah sebagai pusat ilmu
pengetahuan kerana sekolah dijadikan sebagai tempat untuk mendapatkan
pembelajaran akademik. Pembelajaran akademik pada zaman sekarang sangat penting
kerana tanpa akademik, kehidupan seseorang itu tentunya akan menjadi susah dan
payah. Akademik sangat penting untuk mendapat kejayaan dan lebih-lebih pada
masa kini yang melihat prestasi seseorang individu tersebut berdasarkan
pencapaian akademik. Oleh itu, sekolah merupakan tempat yang paling sesuai
untuk mendapatkan pembelajaran akademik. Tambahan pula, dasar kerajaan juga
sangat mementingkan pencapaian akademik. Kerajaan mewajibkan ibu bapa untuk menghantar
anak-anak mereka mendapatkan pelajaran di sekolah. Hal ini menunjukkan kerajaan
sangat memartabatkan sekolah sebagai institusi pendidikan yang perlu
dibanggakan. Selain itu, sekolah juga mampu memberikan peluang kepada murid
untuk meneroka kehidupan. Di sekolah, murid belajar pelbagai bidang dan secara
tidak langsung mereka dapat memahami erti sebuah kehidupan berdasarkan apa yang
mereka pelajari di sekolah.
Idea yang kedua pula iaitu sekolah sebagai
pusat untuk melatih kemenjadian manusia. Kemenjadian manusia ini dibahagikan
kepada dua iaitu pembentukan peribadi dan hubungan dengan Tuhan. Sekolah bukan
sahaja menyediakan pendidikan akademik semata-mata, sekolah juga berperanan
sebagai pusat yang berperanan melatih kemenjadian manusia dalam diri murid.
Pembentukan peribadi murid sangat ditekankan di sekolah di mana disiplin murid
dijaga dengan baik dan setiap tindakan murid akan diambil perhatian oleh
guru-guru. Murid-murid juga diwajibkan untuk mengamalkan budaya sekolah yang
baik seperti memberi saalam, bertegur sapa, menjaga kebersihan dan berpakaian
kemas. Sepertimana yang dilakukan di Sekolah Agama Sarikei, murid-murid di
sekolah tersebut akan bersalam dengan guru-guru dan orang dewasa yang lalu
dihadapan mereka. Murid-murid juga sentiasa menjaga kebersihan sekolah dan
sentiasa memakai pakaian yang kemas.
Kedua ialah hubungan dengan Tuhan.
Sekolah juga perlu menitikberatkan nilai kerohanian dalam diri murid iaitu hubungan
dengan Tuhan. Di samping menyediakan pembelajaran akademik, sekolah juga
mestilah memberikan didikan dan bimbingan agama kepada murid. Hal ini agar
mereka sentiasa ingat kepada Tuhan dan mengamalkan apa yang disuruh oleh agama
dan menjauhi apa yang dilarang dalam agama. Perkara ini juga memberikan peluang
murid untuk belajar dan memahami dengan lebih jelas tentang ilmu-ilmu agama
yang mereka tidak pelajari semasa di rumah. Apa yang mereka pelajari semasa
disekolah akan dapat dijadikan sebagai amalan harian mereka. Contohnya di
Sekolah Agama Sarikei, murid-murid diwajibkan untuk sembahyang secara berjemaah
di surau sekolah pada waktu tengah hari dan membaca al-Quran pada setiap pagi
Jumaat.
Idea rasional yang ketiga ialah
sekolah mampu meningkatkan perkembangan murid. Perkembangan yang difokuskan
adalah perkembangan dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial murid.
Sekolah adalah institusi pendidikan yang sangat membantu dalam perkembangan
awal kanak-kanak. Perkara ini adalah selaras dengan kehendak Falsafah
Pendidikan Kebangsaan yang mementingan keseimbangan dari segi jasmani, emosi,
rohani, intelek dan sosial. Perkembangan jasmani murid boleh dilihat dari segi
penglibatan murid dalam aktiviti yang disediakan di sekolah seperti sukan, unit
beruniform, permainan dan lain-lain. Subjek Pendidikan Jasmani yang terdapat
disekolah menunjukkan bahawa sekolah sangat memberikan perhatian kepada
perkembangan jasmani murid. selain daripada aktiviti-aktiviti tersebut, guru
juga berperanan dalam membantu pekembangan jasmani murid di mana guru akan
sentiasa menjaga kesihatan dan keadaan fizikal murid mereka.
Perkembangan emosi pula saling
berkait dapat dengan suasana sekolah. Sekolah mestilah mempunyai suasana yang
indah dan ceria serta mampu menimbulkan perasaan minat murid untuk datang ke
sekolah. Sekolah yang cantik akan disukai oleh murid-murid dan secara tidak
langsung murid akan menyayangi sekolah mereka. Motivasi murid juga boleh
dipengaruhi melalui keceriaan sekolah dan murid akan berasa selesa untuk
belajar di sekolah. Selain itu, emosi juga berkait rapat dengan pendekatan yang
digunakan oleh guru semasa menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran. Guru
menggunakan pendekatan yang sesuai dan mampu mewujudkan keselesaan murid untuk
belajar. Hal ini sangat penting bagi meningkatkan rasa minat murid terhadap
pelajaran dan seterusnya suka untuk datang ke sekolah.
Seterusnya ialah perkembangan
rohani. Di sekolah, murid juga turut diberikan didikan dan ajaran agama. Perkembangan
rohani sangat penting bagi melahirkan individu yang mempunyai keperibadian
mulia dan mempunyai nilai-nilai murni yang tinggi. Sekolah merupakan aset utama
bagi melahirkan individu seperti ini. Di samping mendapatkan pembelajaran
akademik, didikan agama juga tidak dilupakan. Perkara ini sangat membantu dalam
melahirkan insan yang seimbang dunia dan akhirat. Sepertimana yang berlaku di
Sekolah Agama Sarikei, sekolah ini juga sangat mementingkan didikan agama
kepada murid-murid. Murid-murid mengaplikasikan ajaran agama di sekolah seperti
sembahyang, hormat menghormati, berbuat baik dan banyak lagi.
Dari segi perkembangan intelek,
murid-murid diberikan peluang untuk melibatkan diri dalam apa jua aktiviti yang
disediakan di sekolah. Pembelajaran murid semasa di sekolah adalah pembelajaran
secara maksimum di mana murid dapat belajar dalam pelbagai bidang seperti
matematik, sains dan bahasa. Murid-murid sangat diberikan galakan untuk
menyertai mana-mana program, aktiviti atau perkara yang melibatkan
pembelajaran. Seterusnya ialah peranan guru di mana guru sangat memainkan
peranan penting dalam perkembangan intelek murid. Kaedah dan pendekatan
pengajaran yang digunakan guru dipelbagaikan agar pembelajaran murid akan
menjadi lebih bermakna dan menarik. Contohnya, guru menjalankan pembelajaran di
luar bilik darjah agar murid-murid berasa seronok untuk belajar dan mampu
meningkatkan minat mereka untuk belajar.
Terakhir ialah perkembangan sosial.
Perkembangan sosial ini berkait rapat dengan interaksi murid. Di sekolah,
murid-murid diberikan kebebasan untuk berinteraksi samada dengan guru ataupun
rakan-rakan mereka. Perkara ini sangat penting agar murid-murid dapat
membiasakan dan menyesuaikan diri mereka dengan masyarakat sekeliling serta
dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi mereka. Guru juga berperanan dalam
perkara ini di mana guru harus mewujudkan interaksi yang baik dengan murid agar
murid tidak berasa segan untuk berinteraksi dengan guru-guru mereka. Melalui
pemerhatian yang dijalankan, murid dan guru mempunyai interaksi yang baik dan
murid berasa selesa untuk berinteraksi dengan guru-guru mereka.
HASIL PERBENTANGAN :
- FAZAL BIN AHMAD
- AZRI BIN MALIK
- MOR EDDIN BIN MORTADA
- MUHD ADHA FAKRULLAH BIN ABDUL RAZAK
No comments:
Post a Comment