Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) Sejarah Tahun 4

RANCANGAN TAHUNAN SEJARAH TAHUN 4 – ( 30 MINIT )

Minggu / Tarikh
Standard Kandungan
Standard Pembelajaran
Catatan

1

1.1  Pengertian sejarah dan kemahiran   sejarah
1.1.1 Menyatakan pengertian sejarah dan sumber sejarah.
1.1.2 Mengenal pasti konsep masa silam dan ruang berdasarkan  garis masa dan kronologi.
K.1.1.7. Menyatakan kepentingan pengurusan masa dalam kehidupan harian.

1.1.3  Mengenalpasti peristiwa mengikut garis masa.
K.1.1.8. Menyatakan kehidupan masyarakat masa lalu dan kesinambungan dengan masa kini.

2

1.1.4  Menyatakan tinggalan sejarah yang terdapat di muzium dan tempat bersejarah.
K.1.1.8. Menyatakan kehidupan masyarakat masa lalu dan kesinambungan dengan masa kini.

1.1.5 Menjelaskan sebab dan akibat dalam peristiwa sejarah.
1.1.6 Menyatakan kepentingan sejarah dalam kehidupan.
k.1.1.9 Menjelaskan kepentingan menghargai warisan bangsa bagi melahirkan jati diri.

Minggu / Tarikh
Standard Kandungan
Standard Pembelajaran
Catatan

3

1.2  Pengertian diri dan keluarga
1.2.1 Menyatakan biodata diri
1.2.2 Mengenal pasti salasilah keluarga
K.1.2.7 Menyatakan adab yang perlu diamalkan dalam sesebuah keluarga.

1.2.3 Menyatakan pengertian keluarga asas.
1.2.4 Mengenal pasti gelaran anggota keluarga.
K.1.2.8 Menyatakan kepentingan penggunaan gelaran dalam institusi keluarga.
K.1.2.9 Menyatakan keistimewaan mewujudkan keluarga asas.

4
1.2.5 Menjelaskan perkembangan diri dan keluarga mengikut garis masa.
K.1.2.8 Menyatakan kepentingan penggunaan gelaran dalam institusi keluarga.

1.2.6 Menyatakan peristiwa bersejarah dalam keluarga.
K.1.2.7 Menyatakan adab yang perlu diamalkan dalam sesebuah keluarga.
K.1.2.8 Menyatakan kepentingan penggunaan gelaran dalam institusi keluarga.

5

TAHUN BARU CINA

Minggu / Tarikh
Standard Kandungan
Standard Pembelajaran
Catatan

6

1.3  Sejarah Sekolah

1.3.1 Menyatakan nama dan alamat sekolah dengan lengkap.
1.3.2 Mengenal pasti lokasi sekolah.
K.1.3.7 Menjelaskan tanggungjawab diri sebagai warga sekolah.

1.3.3 Menceritakan sejarah penubuhan sekolah.
K.1.3.8 Mengenal pasti usaha-usaha untuk mengekalkan kebersihan dan keindahan sekolah.

7

1.3.4 Menyatakan cogan kata, visi dan misi sekolah
K.1.3.7 Menjelaskan tanggungjawab diri sebagai warga sekolah.
K.1.3.8 Mengenal pasti usaha-usaha untuk mengekalkan kebersihan dan keindahan sekolah.

1.3.5 Menyatakan maksud warna dan simbol pada lencana dan bendera sekolah.
K.1.3.9 Menyatakan sekolah sebagai sesebuah institusi     pendidikan yang perlu dibanggakan.

8

1.3.6 Menyatakan struktur organisasi pentadbiran
K.1.3.9 Menyatakan sekolah sebagai sesebuah institusi     pendidikan yang perlu dibanggakan.

Minggu / Tarikh
Standard Kandungan
Standard Pembelajaran
Catatan

8

1.4  Kawasan tempat tinggal murid

1.4.1 Menyatakan alamat tempat tinggal dengan lengkap.
1.4.2 Menyatakan lokasi tempat tinggal.
K 1.4.9 Menyatakan sejarah tempat tinggal sebagai perkara yang perlu dihargai.

9

1.4.3 Menyatakan sejarah tempat tinggal.
K 1.4.9 Menyatakan sejarah tempat tinggal sebagai perkara yang perlu dihargai.

1.4.4  Menyatakan bentuk muka bumi kawasan tempat tinggal.
1.4.5 Menyatakan keistimewaan kawasan setempat.
K.1.4.7 Menyatakan tanggungjawab menjaga kemudahan awam di kawasan setempat.

10

1.4.4  Menyatakan bentuk muka bumi kawasan tempat tinggal.
1.4.5 Menyatakan keistimewaan kawasan setempat.
K.1.4.7 Menyatakan tanggungjawab menjaga kemudahan awam di kawasan setempat.

1.4.6 Menjelaskan tokoh kebanggaan setempat. 
K.1.4.8 Menyatakan kepentingan mengindahkan persekitaran tempat tinggal.
K1.4.9 Menyatakan sejarah tempat tinggal sebagai perkara yang perlu dihargai.

Minggu / Tarikh
Standard Kandungan
Standard Pembelajaran
Catatan

11

2.1  Zaman Air Batu
2.1.1 Menyatakan maksud Zaman Air Batu.
2.1.2 Menyatakan perubahan yang berlaku pada Zaman Air Batu.
K 2.1.4 Menyatakan keperluan menghargai alam sekitar.
K 2.1.6 Menyatakan kepentingan menghargai masa yang mempengaruhi kehidupan harian.

2.1.2 Menyatakan perubahan yang berlaku pada Zaman Air Batu.
K 2.1.4 Menyatakan keperluan menghargai alam sekitar.
K 2.1.6 Menyatakan kepentingan menghargai masa yang mempengaruhi kehidupan harian.

12

13

CUTI  PERTENGAHAN PENGGAL  1

14

2.1  Zaman Air Batu
2.1.3 Menamakan benua dan lautan di dunia selepas pencairan air batu.
K 2.1.5 Menyatakan sikap yang perlu diamalkan dalam menjaga alam sekitar.

2.1.3 Menamakan benua dan lautan di dunia selepas pencairan air batu.
K 2.1.5 Menyatakan sikap yang perlu diamalkan dalam menjaga alam sekitar.

15
2.1.3 Menamakan benua dan lautan di dunia selepas pencairan air batu.
K2.1.6 Menyatakan kepentingan menghargai masa yang mempengaruhi kehidupan harian

2.1.3 Menamakan benua dan lautan di dunia selepas pencairan air batu.
K2.1.6 Menyatakan kepentingan menghargai masa yang mempengaruhi kehidupan harian

16

3.1  Kehidupan manusia prasejarah
3.1.1 Menyatakan maksud  prasejarah. 
3.1.2 Menyatakan lokasi  prasejarah.
K 3.1.7 Menyatakan persediaan untuk menghadapi perubahan persekitaran

3.1.1 Menyatakan maksud  prasejarah. 
3.1.2 Menyatakan lokasi  prasejarah.
K 3.1.7 Menyatakan persediaan untuk menghadapi perubahan persekitaran

Minggu / Tarikh
Standard Kandungan
Standard Pembelajaran
Catatan

17

3.1  Kehidupan manusia prasejarah
3.1.3 Menyatakan kegiatan masyarakat prasejarah.
K 3.1.8 Menyatakan sikap manusia prasejarah yang perlu dicontohi.

3.1.3 Menyatakan kegiatan masyarakat prasejarah.
K 3.1.8 Menyatakan sikap manusia prasejarah yang perlu dicontohi.

18

3.1.4 Mengenal pasti alatan dan kegunaannya dalam masyarakat prasejarah
K 3.1.6 Menyatakan kepentingan menghargai tinggalan sejarah

3.1.4 Mengenal pasti alatan dan kegunaannya dalam masyarakat prasejarah
K 3.1.6 Menyatakan kepentingan menghargai tinggalan sejarah

19
3.1.5 Menyatakan kepercayaan manusia prasejarah.
K 3.1.8 Menyatakan sikap manusia prasejarah yang perlu dicontohi.

3.1.5 Menyatakan kepercayaan manusia prasejarah.
K 3.1.8 Menyatakan sikap manusia prasejarah yang perlu dicontohi.

Minggu / Tarikh
Standard Kandungan
Standard Pembelajaran
Catatan

20

4.1   Kedudukan Kerajaan-kerajaan Melayu Awal
4.1.1 Menamakan kerajaan kerajaan Melayu awal.
K 4.1.5 Menyatakan keistimewaan kerajaan kerajaan Melayu awal.

4.1.1 Menamakan kerajaan kerajaan Melayu awal.
K 4.1.5 Menyatakan keistimewaan kerajaan kerajaan Melayu awal.

21

4.1.2 Mengenal pasti lokasi kerajaan-kerajaan Melayu pada peta Malaysia.
K 4.1.6 Menyatakan keperluan menjaga kebersihan pesisiran pantai.

4.1.2 Mengenal pasti lokasi kerajaan-kerajaan Melayu pada peta Malaysia.
K 4.1.6 Menyatakan keperluan menjaga kebersihan pesisiran pantai.

22

4.1.3 Menamakan laut, selat, teluk dan pulau pada peta di sekitar Kerajaan Melayu awal.

23  &
24

CUTI  PERTENGAHAN TAHUN

Minggu / Tarikh
Standard Kandungan
Standard Pembelajaran
Catatan

25

4.1   Kedudukan Kerajaan-kerajaan Melayu Awal
4.1.4 Menyatakan aktiviti berasaskan laut dalam kerajaan-kerajaan Melayu.
K 4.1.7 Menyatakan kepentingan menghargai kemakmuran negara.

4.1.4 Menyatakan aktiviti berasaskan laut dalam kerajaan-kerajaan Melayu.
K 4.1.7 Menyatakan kepentingan menghargai kemakmuran negara.

26

5.1 Tokoh-tokoh terbilang Kesultanan Melayu Melaka
5.1.1 Menyatakan maksud tokoh terbilang.
K 5.1.4 Menyatakan keistimewaan tokoh-tokoh terbilang Kesultanan Melayu Melaka dalam pembentukan sahsiah individu.

5.1.1 Menyatakan maksud tokoh terbilang.
K 5.1.4 Menyatakan keistimewaan tokoh-tokoh terbilang Kesultanan Melayu Melaka dalam pembentukan sahsiah individu.

27
5.1.2 Menjelaskan kedudukan tokoh-tokoh terbilang dalam masyarakat Melayu lama.
K 5.1.5 Menjelaskan tentang nilai-nilai murni masyarakat dahulu yang dapat dicontohi.

5.1.2 Menjelaskan kedudukan tokoh-tokoh terbilang dalam masyarakat Melayu lama.
K 5.1.5 Menjelaskan tentang nilai-nilai murni masyarakat dahulu yang dapat dicontohi.

Minggu / Tarikh
Standard Kandungan
Standard Pembelajaran
Catatan

28

5.1 Tokoh-tokoh terbilang Kesultanan Melayu Melaka
5.1.3  Menyatakan peranan jawatan tokoh terbilang dalam membangunkan Kesultanan Melayu Melaka.
K 5.1.6 Menyatakan kepentingan menghargai tokoh-tokoh terbilang Kesultanan Melayu Melaka dalam masyarakat.

5.1.3  Menyatakan peranan jawatan tokoh terbilang dalam membangunkan Kesultanan Melayu Melaka.
K 5.1.6 Menyatakan kepentingan menghargai tokoh-tokoh terbilang Kesultanan Melayu Melaka dalam masyarakat.

29

5.2  Parameswara sebagai pengasas Kesultanan Melayu Melaka
5.2.1 Menyatakan latar belakang Parameswara sebagai
pengasas Melaka.
K 5.1.5 Menyatakan sifat-sifat kepimpinan tokoh yang  boleh dicontohi.

5.2.1 Menyatakan latar belakang Parameswara sebagai
pengasas Melaka.
K 5.1.5 Menyatakan sifat-sifat kepimpinan tokoh yang  boleh dicontohi.

30

5.2.2 Menjelaskan rentetan peristiwa perjalanan Parameswara dari Palembang ke Melaka.
K 5.2.6  Menyatakan kepentingan menghargai sumbangan seseorang pemimpin yang dihormati dalam masyarakat.

5.2.2 Menjelaskan rentetan peristiwa perjalanan Parameswara dari Palembang ke Melaka.
K 5.2.6  Menyatakan kepentingan menghargai sumbangan seseorang pemimpin yang dihormati dalam masyarakat.

Minggu / Tarikh
Standard Kandungan
Standard Pembelajaran
Catatan

31

Hari Raya Puasa

32

5.2  Parameswara sebagai pengasas Kesultanan Melayu Melaka
5.2.3 Menyatakan peristiwa pembukaan Melaka.
K 5.2.6 Menyatakan kepentingan menghargai sumbangan seseorang pemimpin yang dihormati dalam masyarakat.

5.2.3 Menyatakan peristiwa pembukaan Melaka.
K 5.2.6 Menyatakan kepentingan menghargai sumbangan seseorang pemimpin yang dihormati dalam masyarakat.

33

5.2.4 Menyatakan asal usul nama Melaka berdasarkan
pelbagai sumber.
K 5.2.7 Menjelaskan kewujudan Kesultanan Melayu Melaka sebagai warisan yang dibanggakan.

5.2.4 Menyatakan asal usul nama Melaka berdasarkan
pelbagai sumber.
K 5.2.7 Menjelaskan kewujudan Kesultanan Melayu Melaka sebagai warisan yang dibanggakan.

34

5.3  Tun Perak  sebagai Bendahara Melaka
5.3.1 Menyatakan riwayat hidup Tun Perak.
K 5.3.5 Menyatakan sifat-sifat kepimpinan tokoh yang
boleh dijadikan contoh.

5.3.1 Menyatakan riwayat hidup Tun Perak
K 5.3.5 Menyatakan sifat-sifat kepimpinan tokoh yang
boleh dijadikan contoh.

Minggu / Tarikh
Standard Kandungan
Standard Pembelajaran
Catatan

35

5.3 Tun Perak  sebagai Bendahara Melaka

5.3.2 Menyenaraikan Sultan Melaka semasa Tun Perak menjadi Bendahara.
K 5.3.5 Menyatakan sifat-sifat kepimpinan tokoh yang
boleh dijadikan contoh.

5.3.2 Menyenaraikan Sultan Melaka semasa Tun Perak menjadi Bendahara.
K 5.3.5 Menyatakan sifat-sifat kepimpinan tokoh yang
boleh dijadikan contoh.

36

5.3.3 Menyatakan kebijaksanaan Tun Perak dalam menangkis serangan Siam di Melaka.
K 5.3.6 Menghubungkaitkan kebijaksanaan tokoh dalam membentuk sahsiah individu.

5.3.3 Menyatakan kebijaksanaan Tun Perak dalam menangkis serangan Siam di Melaka.
K 5.3.6 Menghubungkaitkan kebijaksanaan tokoh dalam membentuk sahsiah individu.

37

5.3.4 Menyatakan peranan Tun Perak dalam membina  kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka.
K 5.3.7 Menyatakan kepentingan nilai ketaatan dan kesetiaan kepada pemimpin.

5.3.4 Menyatakan peranan Tun Perak dalam membina  kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka.
K 5.3.7 Menyatakan kepentingan nilai ketaatan dan kesetiaan kepada pemimpin.

Minggu / Tarikh
Standard Kandungan
Standard Pembelajaran
Catatan

38

CUTI  PERTENGAHAN PENGGAL 2

39

5.4  Hang Tuah sebagai Laksamana Melaka
5.4.1 Menyatakan riwayat hidup Hang Tuah.
K 5.4.4 Menyenaraikan sifat-sifat kesetiaan tokoh kepada institusi beraja.

5.4.2 Menyatakan peranan Hang Tuah sebagai laksamana.
K 5.4.6 Menyatakan tanggungjawab rakyat dalam
mempertahankan kedaulatan negara

40

5.4.3 Menjelaskan peristiwa pertarungan antara
Hang Tuah dengan Hang Jebat dalam  Hikayat Hang Tuah.
K 5.4.5 Menyatakan kebijaksanaan tokoh dalam  menyelesaikan sesuatu masalah.

5.4.3 Menjelaskan peristiwa pertarungan antara
Hang Tuah dengan Hang Jebat dalam  Hikayat Hang Tuah.
K 5.4.5 Menyatakan kebijaksanaan tokoh dalam  menyelesaikansesuatu masalah.
K 5.4.6 Menyatakan tanggungjawab rakyat dalam
Mempertahankan kedaulatan Negara.

41 - 42

ULANGKAJI

Peranan Penerapan Elemen Kewarganegaraan dan Nilai Sivik Melalui Mata Pelajaran Sejarah

1.0         PENGENALAN
Secara individu, kami dikehendaki menghasilkan satu tugasan projek untuk kursus SJH3103 Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah. Penghasilan tugasan ini adalah melalui bacaan tambahan pelbagai bahan sumber mengenai peranan penerapan elemen kewarganegaraan dan nilai sivik melalui mata pelajaran Sejarah dalam melahirkan warganegara Malaysia yang bersatu padu dan bersemangat patriotik.

Kurikulum Standard Sejarah Sekolah Rendah membolehkan murid memahami tingkah laku manusia, sebab dan akibat, keunikan sejarah tanah air dan kegemilangan negara bagi melahirkan warganegara yang patriotik dan menjunjung amalan demokrasi di Malaysia. Kandungan kurikulum menggunakan pendekatan kronologi. Persembahan kandungannya pula adalah berfokuskan tentang sejarah negara yang disepadukan dengan elemen kewarganegaraan dan nilai sivik.

Dalam tugasan ini, fokus dan kandungan kurikulum sejarah akan dijelaskan dengan lebih lanjut. Begitu juga, tugasan ini memberi tumpuan mengenai sejauhmanakah penerapan elemen kewarganegaraan dan nilai sivik melalui mata pelajaran Sejarah dapat memainkan peranan dalam melahirkan Malaysia yang bersatu padu dan bersemangat patriotik.

2.0         KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH
Berdasarkan Dokumen Standard, KSSR, Sejarah Tahun 4, KPM (2013), Kurikulum Standard Sejarah Sekolah Rendah bermatlamat untuk membolehkan murid memahami tingkah laku manusia, sebab dan akibat, keunikan sejarah tanah air dan kegemilangan negara bagi melahirkan warganegara yang patriotik dan menjunjung amalan demokrasi di Malaysia.

Begitu juga, fokus utama Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah adalah untuk menyemai ilmu pengetahuan dan asas kemahiran pemikiran Sejarah di samping menerapkan semangat patriotisme melalui pengetahuan tentang masa lalu yang mempengaruhi masa kini. Melalui pembelajaran ini, murid mampu membina kerangka kronologi tentang  sesuatu peristiwa penting dan tokoh yang terlibat. Begitu juga, murid dapat membuat perbandingan tentang pengalaman manusia dan seterusnya berupaya memahami diri mereka secara individu dan sebagai ahli dalam masyarakat.

Seperti yang telah digariskan dalam Dokumen Standard, KSSR, Sejarah Tahun 4, KPM (2013), organisasi Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah merupakan kesepaduan tiga elemen utama iaitu mencakupi ilmu pengetahuan (kandungan), asas Kemahiran Pemikiran Sejarah (kemahiran), penerapan elemen kewarganegaraan dan nilai sivik bagi memupuk minat murid terhadap Sejarah. Kandungan kurikulum Sejarah sekolah rendah menggunakan pendekatan kronologi, di mana ia mencakupi beberapa tema seperti; Sejarah Awal Negara (Tahun 4), Kedaulatan Negara (Tahun 5) dan Kemakmuran Negara Kita (Tahun 6).

Begitu juga, elemen kewarganegaraan dan nilai sivik turut diserapkan melalui mata pelajaran Sejarah di sekolah rendah. Penerapan elemen ini menggunakan Dimensi Kewarganegaraan. Antara dimensi kewarganegaraan yang diketengahkan ialah perkongsian sejarah, perkongsian nilai, perasaan kekitaan, perkongsian masa depan, kesetiaan, tanggungjawab warganegara dan keterikatan emosi kepada negara. Setiap dimensi kewarganegaraan ini bertujuan untuk membentuk warganegara yang berketrampilan dan bermaklumat.

Kesimpulannya, mata pelajaran Sejarah di peringkat sekolah rendah merupakan satu kesinambungan ke peringkat sekolah menengah sebagai suatu disiplin ilmu yang dinamik. Kurikulum ini merupakan satu usaha untuk melengkapkan murid dengan perkembangan ilmu pengetahuan, kemahiran dan pengamalan nilai murni serta penerapan semangat jati diri sebagai warganegara Malaysia.

3.0         PERANAN ELEMEN KEWARGANEGARAAN DAN NILAI SIVIK DALAM MELAHIRKAN WARGANEGARA MALAYSIA YANG BERSATU PADU DAN BERSEMANGAT PATRIOTIK

Dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah, elemen kewarganegaraan dan nilai sivik yang diajar melalui mata pelajaran Sejarah adalah sebagai asas dalam melahirkan warganegara yang mempunyai identiti kebangsaan. Elemen tersebut diharapkan agar dapat membentuk rakyat Malaysia yang mempunyai kesepaduan sosial dan intergrasi nasional. Walau bagaimanapun, sejauh manakah penerapan elemen kewarganegaraan dan nilai sivik melalui mata pelajaran Sejarah ini dapat memainkan peranan dalam melahirkan Malaysia yang bersatu padu dan bersemangat patriotik.

Terdapat tujuh dimensi kewarganegaraan yang diketengahkan sebagai penanda aras untuk menerapkan elemen kewarganegaraan dan nilai sivik dalam mata pelajaran Sejarah. Dimensi kewarganegaraan yang pertama ialah melalui perkongsian sejarah. Melalui perkongsian sejarah, terdapat beberapa elemen yang diterapkan seperti berbangga dengan sejarah dan asal usul negara, menghargai kewujudan dan kegemilangan kerajaan Melayu tradisional, mengambil iktibar kesan penjajahan kuasa luar ke atas negara, menghayati peristiwa kemerdekaan negara dan memelihara warisan negara. Elemen-elemen ini amat penting khasnya dalam mengambil iktibar peristiwa yang telah berlaku. Abd. Rahman Abd. Rashid (1999), mempelajari sejarah bukan semata-mata untuk pengetahuan, tetapi juga menjadi pedoman dan memberi iktibar kepada sesuatu bangsa tentang apa yang telah berlaku. Melalui penerapan elemen-elemen ini, mata pelajaran Sejarah akan melahirkan warganegara yang mengetahui dan memahami sejarah pembentukan negara.

Seterusnya, dimensi kewarganegaraan yang diketengahkan ialah perkongsian nilai. Dalam dimensi ini, tiga elemen kewarganegaraan dan nilai sivik yang akan diterapkan dalam mata pelajaran Sejarah. Antaranya ialah menyanjungi prinsip Rukun Negara, menghormati kepelbagaian agama dan budaya serta berbangga dengan lambang dan simbol negara. Menurut Nazaruddin (2000), Rukun Negara adalah satu susunan cara (prinsip) hidup bermasyarakat yang mengandungi nilai-nilai kenegaraan dan norma-norma sosial yang meliputi semua aspek kehidupan bernegara. Dengan penerapan elemen dan nilai sivik melalui mata pelajaran Sejarah, ia dapat melahirkan warganegara yang mengamalkan sikap dan perlakuan yang berhemah. Ciri-ciri warganegara seperti ini amat penting di mana Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum dan agama.

Selain itu, dimensi kewarganegaraan yang digunakan ialah perasaan kekitaan. Dalam dimensi ini, elemen kewarganegaraan dan nilai sivik yang diterapkan ialah menghormati amalan kepelbagaian kaum, budaya dan agama, berbangga dengan hari kemerdekaan, memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan berbangga dengan pencapaian negara. Menurut Ismail Said (2010), mata pelajaran Sejarah membentangkan pelbagai peristiwa dan fakta berkenaan permuafakatan pelbagai kaum pada waktu sebelum, semasa dan selepas merdeka boleh membangkitkan semangat kebersamaan dalam kalangan setiap warganegara. Sesungguhnya, melalui penerapan elemen dan nilai sivik seperti ini, mata pelajaran Sejarah mampu membentuk warganegara yang bersatu padu dan bersemangat patriotik.

Begitu juga, melalui dimensi kewarganegaraan seterusnya, iaitu perkongsian masa depan, elemen kewarganegaraan dan nilai sivik seperti menghornati masyarakat pelbagai kaum, memakmurkan ekonomi negara dan mengekalkan warisan negara dapat diterapkan. Menurut Mohd Sohaimi Esa et al. (2011), negara kita tidak dapat lari daripada menghadapi pelbagai cabaran hubungan etnik seperti kepentingan etnik dari aspek sosial yang meliputi aspek pemisahan fizikal, pengasingan pendidikan, popurisasi kaum dan kontrak sosial. Oleh yang demikian, penerapan elemen dan nilai sivik khasnya melalui mata pelajarah Sejarah, masyarakat di negara ini mampu untuk bertolak ansur dan saling bekerjasama dalam melonjakkan ekonomi negara. Begitu juga, kita mampu membina keyakinan dan tanggungjawab warganegara Malaysia untuk mencorakkan masa depan negara pada masa depan.

Di samping itu, melalui dimensi kewarganegaraan yang seterusnya iaitu kesetiaan, elemen kewarganegaraan dan nilai sivik seperti mematuhi perintah Tuhan, mentaati Raja dan Negara, menghormati pemimpin negara serta mematuhi undang-undang dan peraturan negara dapat diterapkan melalui mata pelajaran Sejarah. Negara Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem raja berperlembagaan. Menurut Nadzan Haron dan Rozeman Abu Hassan (2010), perlembagaan bertindak sebagai garis panduan kepada pembentukan undang-undang sama ada di pihak pemerintah atau rakyat. Oleh yang demikian, dengan penerapan elemen kewarganegaraan dan nilai sivik dalam mata pelajaran Sejarah, ia dapat memupuk warganegara yang mempunyai kepercayaan kepada Tuhan  dan mempunyai perasaan taat dan setia kepada negara.

Seterusnya, elemen kewarganegaraan dan nilai sivik dalam mata pelajaran Sejarah diterapkan melalui dimensi kewarganegaraan, iaitu tanggungjawab warganegara. Dalam dimensi ini, antara elemen dan nilai sivik yang akan diterapkan ialah mempertahankan identiti negara, mempertahankan warisan negara serta menerima perbezaan kaum, budaya dan agama. Hal ini turut dinyatakan oleh Omardin Haji Ashaari dan Yunus Muhamad (2002), sejarah dapat membantu mengembang dan membangkitkan kesedaran terhadap tugas dan tanggungjawab warganegara itu kepada negaranya dan mampu menanam rasa bangga menjadi warganegara. Ini sekaligus membuktikan penerapan elemen kewarganegaraan dan nilai sivik dalam mata pelajaran Sejarah mampu melahirkan warganegara yang mengetahui dan memahami tanggungjawab sebagai warganegara dengan sepenuh hati.

Dimensi kewarganegaraan yang terakhir seperti yang digariskan dalam Dokumen KSSR, Sejarah ialah keterikatan emosi kepada negara. Dalam dimensi kewarganegaraan ini, antara elemen kewarganegaraan dan nilai sivik yang akan diterapkan melalui mata pelajaran Sejarah ialah menghargai sejarah asal usul negara, menghargai warisan negara dan identiti negara, menghayati prinsip Rukun Negara, bersyukur dengan keharmonian dan kemajuan ekonomi serta berbangga dengan pencapaian negara. Dengan penerapan elemen dan nilai sivik ini, mata pelajaran Sejarah mampu melahirkan warganegara Malaysia yang bersatu padu dan bersemangat patriotik. Hal ini turut disokong oleh Sheela Abraham (1994), di mana beliau mengatakan bahawa sudah menjadi satu tradisi bahawa sejarah diberi tanggungjawab untuk menanam nilai-nilai seperti moral, budaya dan patriotik dalam kalangan generasi muda.

Jelas sekali bahawa penerapan elemen kewarganegaraan dan nilai sivik ini dilaksanakan secara sistematik melalui tujuh dimensi kewarganegaraan yang telah digariskan dalam Dokumen KSSR, Sejarah. Sesungguhnya, penerapan elemen kewarganegaraan dan nilai sivik melalui mata pelajaran Sejarah dapat memainkan peranan dalam melahirkan warganegara Malaysia yang bersatu padu dan bersemangat patriotik.

4.0         PENUTUP

Secara keseluruhannya, tugasan ini telah membincangkan mengenai sejauh manakah penerapan elemen kewarganegaraan dan nilai sivik melalui mata pelajaran Sejarah dapat memainkan peranan dalam melahirkan warganegara Malaysia yang bersatu padu dan bersemangat patriotik.

Seperti yang kita sedia maklum, mata pelajaran Sejarah akan diperkenalkan dan diajar di peringkat sekolah rendah (Tahap 2). Fokus utama Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah adalah untuk menyemai ilmu pengetahuan dan asas kemahiran pemikiran Sejarah di samping menerapkan semangat patriotisme melalui pengetahuan tentang masa lalu yang mempengaruhi masa kini. Manakala, organisasi Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah merupakan kesepaduan tiga elemen utama iaitu mencakupi ilmu pengetahuan (kandungan), asas Kemahiran Pemikiran Sejarah (kemahiran), penerapan elemen kewarganegaraan dan nilai sivik bagi memupuk minat murid terhadap Sejarah.

Dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah, elemen kewarganegaraan dan nilai sivik akan diterapkan melalui mata pelajaran Sejarah. Elemen dan nilai sivik tersebut diharapkan agar dapat melahirkan Malaysia yang bersatu padu dan bersemangat patriotik. Elemen kewarganegaraan dan nilai sivik diterapkan secara sistematik melalui dimensi kewarganegaraan yang telah digariskan. Antara dimensi kewarganegaraan yang diketengahkan ialah perkongsian sejarah, perkongsian nilai, perasaan kekitaan, perkongsian masa depan, kesetiaan, kewarganegaraan serta keterikatan emosi kepada negara.

Sesungguhnya, melalui penerapan elemen kewarganegaraan dan nilai sivik dalam mata pelajaran Sejarah, kita mampu melahirkan warganegara yang bersatu padu dan bersemangat patriotik. Hal ini amat penting untuk diterapkan dari peringkat awal lagi, khususnya di sekolah rendah bagi mengukuhkan lagi nilai yang ada dalam diri seorang warganegara. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya.

                                                                                                                       Hasil Tugasan Projek,
                                                                                                                       Anita Dilam (PISMP Sej)